| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


BREAKING NEWS !

Salah Aku Kahh ?

assalamualaikum ;

SITUASI 1

sedang sibuk memping entry blog ke sana ke mari, sambil mempromote blog dengan menggunakan ayat " jom melawat ke blog saye ! hari ni saye buat entry best tau ! ". tetiba. . .

dia : awak blogger jugak ke ?
aku : tak. kbai.

SITUASI 2

dia : kau siap nak pegi mane tu ?
aku : ouh. aku siap nak pegi pantai Port Dickson ngan family aku. bercuti kat sane hujung minggu ni.
dia : korang nak buat ape kat pantai tu ?
aku : tanam jagung. boleh ?

Credit Gambar : Member Sekolah Aku, Firdaus.

SITUASI 3

sedang asyik menyapu sampai sambil menyanyi lagu artis baru lelaki popular, Hazama yang bertajuk ' Cinta Teragung '. tetiba ada suara yang menyapa aku di belakang. dan aku sangat terkejut.

dia : hai temah ! buat ape tu temah ?
aku : tebang pokok.

SITUASI 4

aku : awak. comel lha blog awak ni. bole tak saye nak request tutorial camne nak buat macam awak ni ?
dia : ouh. bole je awak. kejap lagi saye buat tau :)

sebulan selepas itu. . .

dia : eh, awak. awak da check kat blog saye belum pasal tutorial tu ? penat saye buat untuk awak tau.
aku : eh, da. saye da check da, and saye da guna. thanks sangat bantu saye. eh, kenapa awak ?
dia : huh ? awak da guna ? mane ? takde pun kat blog awak ?
aku : err. ade ke saye cakap nak guna tutorial tu untuk blog saye ? -.-"
dia : !@#$%^&*()

SALAH AKU KAHH ?

; geram. tak bole nak bukak twitter. ape kes ntah -.-"

Download Lagu OST Vanilla Coklat

assalamualaikum ;

sumber : google

memandangkan drama siri ni menjadi kegilaan ramai, maka, saje lha aku nak bagi link download lagu ost untuk drama siri ini ^^,

Cerita Hantu Paling Best Di Malaysia !

assalamualaikum ;

haii. ape khabar semua ? cewahh. saje bertanyakan khabar. nak amik hati jap. hehe. yeah, what i am going to update today ?

yeah. saban hari, cerita genre seram di Malaysia kian meningkat. pengarah dan producer seolah - olah suda lansung tidak memiliki idea bernas untuk membikin filem. semua pakat nak buat cerita seram. then, bila pergi tengok ngan couple kat wayang, bole lha nak peluk bagai ehh ? eheh.

sekadar gambar hiasan
takpe lha. yang tu, kita tolak tepi. aku yakin, kebanyakkannya da tahu mane yang patut and mane yang tak. cuma, ape yang aku nak ketengahkan, rata - rata cerita hantu sekarang, takde lha seram mane pun. kadang, dari seram, bole pulak nak gelak. what the -.-"

sekadar gambar hiasan

takpe lha. walau ape pun, tu semua just pendapat aku je. by the way, bagi aku, still ade cerita kita yang genre seram, menjadi ouh ^^ nak tahu tak ape ?

first ;




bagi aku, bole tahan lha cerita ni. menjerit aku nengoknya. HAHA. nak DOWNLOAD ?
>>>> SINI <<<<

next ;


cerita ni, aku takde lha rase seram mane. tp, pengarah pandai buat aku terkejut sane sini. so, i think, bole dikategorikan sebagai bole tengok lhaa ~


okayy, tu untuk bagi genre seram. bagaimana pulak dengan genre komedi seram ?



















pendapat korang, cemane pulak ? jom kongsikan ^^


semua sumber gambar : google

Tarikh Semakan SPM 2011 dan Tips Sambung Belajar Selepas SPM.

assalamualaikum ;

* planning karnival U *


wahh. aku yakin, debaran adik - adik yang menduduki SPM pada tahun lepas, pasti membuak - buak kann ? mana tak nya, result dah nak keluar. fewwit. lepas tu, tak sabar - sabar nak masuk U kann ? sampai kebosanan duduk rumah. HAHA.

eheh. situasi tu, aku sendiri da lalui. so, aku faham bagaimana perasaan tu. kann ? ade paper yang ditarget, ade paper yang hilang confident, ade yang tak jawab lha ape lha. yang pasti, sementara ade masa ni, kita berdoa lha ea. insyaAllah.

korang tahu tak bila tarikhnya keluar result SPM 2011 tu ? yeah. mengikut pendapat dan sumber yang bole dipercayai, result SPM 2011 akan keluar pada 22 MAC 2012. dan ada jugak sumber mengatakan result SPM 2011 akan keluar selepas 15 MAC 2012 dan sebelum 25 MAC 2012. ape pun, bersama lha kita menanti debarannya kann ^^,

nak semak result SPM 2011 ? klik SINI

--------------------------------------------------------------------------------

yeah. sambil tu, aku nak bagi beberapa tips lha untuk sambung belajar. aku just bole cakap, andai kata apa sahaja result yang dapat, terima dengan reda. sesungguhnya, Allah da beri yang terbaik untuk hambaNya. jangan pernah rasa menyesal dalam menuntut ilmu ni.

baiklah. kalau bab nak sambung mana pulak, tips aku, apply lha ikut minat kann. sebab, nanti kita jugak nak usung sampai abes. then, ukur baju di badan sendiri. jangan sombong. jangan rasa pandai. apply je semua. jangan ego nak buat keputusan and terima takdir. baiklah. aku nak bagi contoh. katakan lha, korang punya result biasa - biasa. and then, takde rezeki. tak dapat nak overseas, U, maktab and mane - mane. tapi, dapat sambung Matrikulasi. just go ahead ! amboi. mentang - mentang Matrik tu belum confirm U, tak semestinya dalam tu semuanya tak pandai. dari dok rumah, takde buat ape. dok rosakkan anak dara orang ke. at least, belajar. tu aku cakap, jangan sombong !

eh, jangan ingat budak STPM, STAM pun tak bole skor tau. and jangan sesekali pandang rendah. sesetengah golongan STPM, STAM ni, da ade perancangan sendiri. diorang nak sambung ape and ke mana. sebab tu diorang still di alam persekolahan pada usia sedemikian.

just aku nak ketengahkan, jangan terlalu bangga. and jangan pulak terlalu humble. jangan jugak pandang rendah kepada golongan lain. sesungguhnya, kita semua sama. tetap hamba Allah yang nyata. sertakan juga usaha, doa dan tawakal. insyaAllah. Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana. wallahualam.

; nanti nak buat tips STAM and STPM pulak lah ^^,

5 Drama Terbaik TV 3.

assalamualaikum ;

taraaa ! so, how with my new design ? *sigh. just different colour je maa. than, ade lha tambah yang lain siket - siket. eheh. saje letak lagu siket. ngehh. semuanya sebab hasil pendapat bernas di SINI berkenaan blog aku. eh, kalau korang nak bagi pendapat, bole klik kat link situ jugak ea atau SINI ^^, and sambil tu, aku tak nak tidur malam ni sebab esok aku kena balik U. takmo balik sane T.T


hurm,, baiklah. mari kita teruskan dengan tajuk dan point utama.

berikut aku senaraikan TOP 5 drama TERBAIK yang pernah TV 3 tayangkan.

5 ; OBSESI
PELAKON : Remy Ishak, Lisa Surihani

tahu tak cerita ni ? cerita ni, mase aku form four tau. 2008. drama ni, slot Samarinda. time ni, aku baru kenal siapa Lisa Surihani. aku pun rase Lisa start berlakon dalam drama ni. aku cair jugak lha dengan Lisa ni. bukan sebab aku les, tapi, aku nampak Lisa tu cun gilakk ! heronya, Remy Ishak. Remy Ishak pun aku baru kenal time ni. da lha berjambang. dalam pale aku, " nape lha hero ni tak ensem ? " tapi, sebab bagi aku, cerita tu best, aku tengok jugak lha ^^, ni lha first drama yang aku setia nak tengok. sebab, aku memang tak suka menonton televisyen. bukan sebab aku baik. tapi, sebab aku malas. bagi aku, semua ngarut. HAHA.

SINOPSIS : SINI

4 ; ANNISA
PELAKON : Fiza, Rozita Che Wan, Faradhiya, Zamarul Hisham

once again. drama slot Samarinda. aku suka cerita ni. penceritaan yang bijak. di mana kawan makan kawan. di mana, aku rase fenomena tu tak lekang sampai sekarang. aku percaya, ramai tengok cerita ni rasenya. cerita ni diatayangkan pada 2011 tak silap aku. kalau dihayati, sedih cerita ni. cerita ni jugak menggunakan banyak lagu dari 3 suara. am i right ?

SINOPSIS : SINI


3 ; GEMILANG
PELAKON : Shah Jazle, Kamal Adli, Tasha Shila, Tiz Zaqyah

haa. cerita ni pun, bila aku tanya orang, ramai cakap tak tengok. woii. ni cerita semangat bangsa tahu tak ? tu lha kome. cerita jiwang macam Vanilla Coklat tu je nak tengok. ngehh :P aku terpikat ngan cerita ni sebab watak Shah Jazle time dia kecik, buat aku menitik air mate woo. cerita ni, ditayangkan pada 2010. untuk slot Aksi. cerita ni jugak Tasha Shila mula menapak. . . 

SINOPSIS : SINI

2 ; CINTA ELYSA
PELAKON : Johan Asaari, Fasha Sandha

pada awalnya, aku pun tak berminat nak tengok cerita untuk slot Lestary ni sebab heroinnya. faham - faham je lha kann. tapi, heronya, aku suka. so, aku suka kan jugak lha tengok cerita ni. tapi, perasan tak, Johan macam kaku siket bila nak romantik. da lha aktor baru. tup  tup dapat jadi hero. sekali hero, dengan heroin yang ternama. pergh ! mantap. jalan penceritaanya pun. bole tahan lha. aku layan jugaks ^^, and aku berani cakap. ramai layan cerita ni kann ?

SINOPSIS : SINI

1 ; JUVANA
PELAKON : Zahiril Adzim, Johan Asaari, Adam Shah. . .

kenapa aku tak list barisan pelakon ? bukan sebab aku tak tahu atau tak ingat. tapi, sebab aku tahu, korang bole listkan sendiri untuk drama slot Aksi ni. sebab, korang tengok jugak kann ? aku rase, ni lha drama yang paling best yang ditayangkan di TV 3. no jiwang. is friendship, family. serius aku tabik lha cerita ni. cerita ni, simple. takde lha nak complicated sangat and senang faham. start difitnah terus lain lorongnya. semangat aku tengok cerita ni. watak Johan berjaya buat aku geram sangat ngan dia. means, menjadi lha watak tu kann ? HAHA. dan, aku mulai terpikat ngan Adam Shah. ouh. demm. LOL. cerita ni, cerita first pasal budak nakal kann ? and aku rase, cerita ni da membuktikan bahawa di bawah, takkan terus di bawah dan sebaliknya. eh, panjang pulak aku review. hihi.

SINOPSIS : SINI



fuu. semangat jugak erk aku mereview. HAHA. mane tak nya, aku bukan jenis suka nak menonton. lebih - lebih cerita yang ade tulis, " bersambung ". serious tak minat.


semangat tak aku ? HAHA. aku pernah print screen ni dulu ^^, eheh. panjang pulak entry aku kali ni ehh. LOL. anyway, ni lha 5 drama terbaik versi Fya Pelangi :).

Fya Pelangi : untuk sekarang, cerita yang terbaik bagi aku, Dingin Lavenda slot Zehra dan Pelangi Kasih slot samarinda. why pelangi jugak ? bukan sebab tu name aku. tapi, sebab cerita tu sangat bijak.

Lagu Carta TOP 5.

assalamualaikum ;

yeah. alhamdulillah. aku masih diberikan kudrat nak mengupdate lagi. sambil menghitung hari untuk pulang ke tempat aku belajar. maklumlah, cuti semester kian mencemburu. homaigod -.-" ngehh. and then, aku sedang kena tweet limit sebenarnya. HAHA. ni da masuk kali kesembilan aku kena baa. adoyy. kejam sungguh encik twitter ni ea. ngehh. tahu tak, pernah sekali tu, sampai 4 kali aku kena dalam sehari. dushh ! -.-" eh, korang ade twitter jugak ke ? jums kita bertweet tweet :)


lepas tu, aku agak teruja dan sangat berterima kasih kepada yang sudi memberi ulasan tentang blog aku di SINI. and insyaAllah, aku pergi terjah korang semua balik ea ! korang yang lain pun, jemput lha komen pasal blog fya kat SINI. and than, fya komen korang balik. amcam ? :)
eh, bukan tu main point aku untuk entry ni. baiklah. now, aku nak teruskan matlamat entry :)

5 : Carta Hati - Najwa Latiff
lagu ni mengisahkan seseorang yang bertahkta dihatinya. means, dia lha satu - satunya yang berada paling top dalam hati. dan akan setia selama - lamanya.

4 : Obsesi - Aqasha
lagu ni digunakan sebagai lagu tema dalam drama siri " Gemersik Kalbu " yang baru sahaja tamat. yang dinyanyikan oleh hero drama itu sendiri. lagu ini mengisahkan seorang jejaka nak tackle wanita tu. segala bagai yang ade pada wanita tu, memang perfect untuk jejaka tersebut. and jejaka tu begitu berharap agar si wanita tu terima cintanya.

3 : Introducing Me - Nick Jonas
fine. ni lagu versi lain lha pulak. simple. lagu ni just menceritakan pasal dirinya kepada si wanita. macam biodata gitu. lagu ni pun, relax.

2 : Lelaki Seperti Aku - Alif Satar
lagu yang mengisahkan girl nak tackle si jejaka. terbalik. sedangkan, si jejaka tu dah pun berpunya. and si wanita tu jugak sanggup buat apa sahaja untuk jejaka yang berjaya menawan hatinya itu. even, ada lelaki lain nak kat dia, dia tetap setia nak kat jejaka tu jugak. tapi, setia dia macam tak kena tempat lha pulak -.-"

1 : Pokok - Hazama Feat Meet Uncle Hussain
fine ! ni lha lagu paling ter TOP ! and bukan mudah untuk lagu lain merampas tahkta lagu ni. even time separuh akhir AJL 26, aku tak tengok pun lagu buat persembahan. tapi, aku dah agak da. orang undi, hazama. yang nyanyi, nubhan. memang cicir lha lagu ni kann -.-" mengikut fahaman aku, lagu mengisahkan seorang insan yang mahu menempuh hidup. tu fahaman aku lha. and lagu ni sangat relax. senang nak nyanyi. and sangat cool :)

akhirulkalam, ini lah carta TOP 5 hak milik kekal Fya Pelangi :)

nak download ? cari di SINI ^^,

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

assalamualaikum ;

* klik untuk join *

aku pun, start serious berblogging lepas aku habis matrik dulu. sejak tu, aku faham ape matlamat aku berblogging :) so that, nak tahu jugak lha kelemahan aku ape :)

simple. kenapa aku nak orang kritik blog aku ?

1 ) aku nak tahu lha kann ape kelemahan blog aku dari segi design, entry. ape yang kurang lagi kann ?
2 ) sebab, aku pelik. ade jugak orang kutuk blog aku kat belakang, pasaipa ? nape tak straight je ? so, aku bagi chance besar ni ! eww eww.
3 ) and aku nak tahu, agak - agak, aku ade peluang tak nak maju dalam dunia blog ni ehh ?

; insyaAllah aku akan reply dan ke blog korang semua semula komen yang sudi mengkritik :)

Likers Facebook Sangat Berbahaya ?

assalamualaikum ;

oh yeah ! result sem lepas u aku sudah pun keluar secara officially nya pada malam ini. kalau semalam, da just bole check berapa pointer. untuk hari ni, da bole check gred and segala bagai. pointer aku, alhamdulillah. aku puas. terima je lha. ye dakk ? yang aku tak puas hati, aku sedang tak bole nak tembus website untuk check result penuh aku. ouh damn ! grr. oke fine. sabar fya, sabar -.-"
baiklah, bukan tu yang aku nak ceritakan sebenarnya. entry ni, bertujuan nak bagitahu kat korang kenapa LIKERS tu bahaya ! korang jangan ingat LIKERS ni semua baik tau. choii -.-" HAHA. *tak pasal - pasal.

LIKERS
eh korang jangan ingat si pengeLIKE status, post korang tu saje buat part time tau. actually, kalau korang nak tahu. before mengeLIKE, mestilah akan baca dulu. kenapa ? ye lha. kot lha ter LIKE menda - menda yang berlanggar syariat ke, ape ke, kan da susa. so, itu da cukup untuk memberi bukti lha kann ?

then, lelebih kan, kalau korang main - main komen kat status ngan orang lain, tup tup si dia mai like kat mane - mane antara komen tu. nampak sangat dia memang baca dari atas, sampai habis. kalau tak, macam mane dia boleh pilih nak LIKE komen yang mane kann ?

so, tak rase ni berbahaya ke ? HAHA.

anda antara LIKERS itu ?

sila LIKE : SINI :D


; Fya Pelangi : korang patut hargai jasa baik likers ni. kalau tak,takde sape nak LIKE. ngee.

Wordless Wednesday #19 - It Works ?

assalamualaikum ;

* just click for more *

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

assalamualaikum ;

* klik untuk more *

hurm,, aku yakin blog aku ni patut dibaca. sebab, isu dalam blog aku, global. bergantung pada mood aku. kadang, berentri santai. kadang, berita. tak kurang juga, kadang aku mendoodle tau. tengok lha. and then, ade jugak bagi perkongsian bersama :) so,tak rugi kann kalau baca semua entry dalam blog ni ? :)

Download Full Movie - Bujang Terlajak.

assalamualaikum ;

Sumber : Google

LINK : SINI
* sekadar ingin berkongsi :)

Pemenang | Segmen : Promosi Header Dan Nama Blog Saya !

assalamualaikum ;

alhamdulillah. segmen bermula dari malam 26th January haritu until lha malam ni, 6th February. seramai 30 bloggers yang sudi menerjunkan diri beliau ke ruangan segmen ini. terima kasih fya ucapkan. nak usha list para peserta and sambil mengeratkan ukhuwah ? bole klik SINI.

but, seperti yang dijanjikan di SINI ;

* klik untuk lebih jelas *

maka, pemenangnya adalah : -

* klik untuk lebih jelas *


ini adalah petikan yang fya copy cats dari entry beliau :)

. . . . . . Mia buat sendiri. Mia memang selalu tukar-tukar header dan background. Kalau dah boring asyik tengok tu je, nanti Mia akan tukar lain. Untuk header yang kali ini, Mia memilih gambar kami sekeluarga yang sedang menikmati juadah makan malam di Damai Seafood Village. Suasana persekitaran yang ala-ala kampung dan menyamankan. Menampakkan suasana keluarga yang bahagia dan harmoni.

Dibawahnya ada kata pujangga dari Henry Ward Beecher mengatakan "We never know the love of our parents till we become parents". Kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai harganya. Bila dah jadi ibu bapa, barulah kita tahu apa itu maknanya cinta dan kasih sayang terhadap anak.

Nama blog ini, Mia Liana. Nama Mia Liana dipilih sebab melambangkan kelembutan dan keayuan wanita. Jauh beza dari nama sebenar Juliana dan nama di emel, Eli Liana. Jadi kalau ada sesiapa panggil dengan nama Mia Liana, memang confirm datangnya dari blog ini. Senang dan mudah, tak. . . . . .


kalau nak tahu lebih jelas, kena lha pegi ke entry beliau ! fya da bagi link kann ? hehe.

maka, berakhirlah segmen fya untuk kali ini. sekali lagi, fya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung. sesungguhnya, fya da buat yang terbaik untuk ping semua entry para peserta. fya juga mohon jutaan kemaafan seandainya ade salah dan silap sepanjang menjalankan segmen ini. akhir kata, yang baik itu datang dari Allah, dan yang lemah itu juga datang dari Allah, tetapi berlandaskan atas kelemahan fya sendiri :)

; mood gather BCR belum habis

ShareThis