| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


BREAKING NEWS !

Ujian Medsi.

salam setia ;
hari ni, setia nak kongsi sikit about exam yang bakal setia duduki :( takut **

::MEdSI Test | Ujian MEdSI::

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)
Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020,negara memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk menjadi guru. Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.Kandungan Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:
 - Personaliti 
 - Minat Kerjaya 
 - Nilai Integriti 
 - Kecerdasan Emosi. 


Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan
menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon. 
Pelaksanaan MEdSI dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan calon guru yang dipilih adalah sesuai dari segi personaliti, minat kerjaya, integriti dan kecerdasan emosi.


Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. HAK CIPTA TERPELIHARA.
Dokumen MEdSI adalah sulit dan terkawal. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI 
1.Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan  Etika Pakaian Lelaki
 - Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
 - Memakai kasut dan berstokin;
 - Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
 - Sandal/selipar tidak dibenarkan;  Rambut Lelaki
 - Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
 - Fesyen rambut tidak keterlaluan;
 - Rambut tidak boleh diwarnakan.  Etika Pakaian Perempuan
 - Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
 - Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
 - Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
 - Sandal/selipar tidak dibenarkan;
 - Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
Rambut Perempuan
 - Rambut tidak boleh diwarnakan;
 - Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2.Membawa Alat Tulis Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya
untuk menduduki ujian seperti berikut :
 - Pensil 2B
 - Getah Pemadam (Eraser)
 - Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru

3.Membawa Kad Pengenalan /MyKad Calon diminta membawa kad
pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

4.Membawa Slip
Menduduki Ujian MEdSI
 - Calon diminta membawa Slip Menduduki Ujian;
 - Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (http://www.mpm.edu.my)
 - Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.

Jom Join Bloglist Sangat Setia !

salam setia ;

pada ketika waktu pagi yang aku pun tengah kelaparan, ni. muncul - lah idea aku.
idea apa?

aku nak wat sikit aktiviti kat blog aku ni.
apa aktiviti tu?



sekarang, aku nak ajak korang semua, join bloglist aku ni. dan wat pengetahuan korang,
aku ada tujuan, kenapa aku wat.
apa tujuannya?

mahu mengeratkan ukhwah antara bloggers.
bila korang terjun join bloglist ni, aku pun boleh - lah selalu - selalu terjah blog korang.
boleh follow korang, komen - komen korang.
disamping, aku akan promotekan blog korang kat sidebar blog aku.
don't worry. aku dah takde wat pape skarang ni. so, aku pasti selalu update :)
so, akan bertambah ramai - lah yang akan mengledah blog korang nanti.
aku tahu, follower aku tak sampai 100 pun.


tapi, bagi aku, ni antara usaha aku nak menambahkan segala kekurangan kat blog aku tu.
aku sedar. blog aku tak hebat, tak power. tapi, takpe - lah. semua ni, usha :)
ok - lah. jom - lah join ! tapi, ada syarat - syaratnya. simple je.
apa syarat - syaratnya ?

1. jadi follower sangat setia.

2. tepek banner bloglist sangat setia kat atas tu kat entry korang.

3. kat entry korang tu, komen - lah sikit - sikit pasal bloglist ni. nak kutuk, puji, ngamuk, pape je - lah, tafadhal. kerana manusia memang perlukan semua tu :) pastikan jugak, entry korang buat tu, link kan ke sini. orite dear ?

4. tag at least, sorang kawan pun da cukup korang. make sure diketahui tau, ok ?

5. da buat, da settle, bagi link entry korang tu kat komen entry ni. baru aku bole tau sape yang join and promote blog korang !

6. tamat :))


hehe. mudah, kan?
tarikh off : 15th august 2011
( http://fyapelangi.blogspot.com genap setahun )

sebagai pertama kalinya aku buat, aku nak tag kawan - kawan aku :

jom - jom terjah blog atas - atas ni.
THEN, join BLOGLIST ni jugak tau ! :)

Kenangan - Kolej MARA Kuala Nerang

salam setia ;

eheh. aku baru balik dari lunch di DEWAN SRI NERANG, kmkn. petang ni, makan ayam KFC bersama coselow. memang favourite student kat sini. aku gi tadi ngan kawan makan aku, SU. sedap and lazat. sampai aku pun kenyang :)

actually, bukan pasal makanan aku nak type petang senja ni.
aku just nak type pasal perjalanan PSPM 2 SESI 10 / 11 kat KMKN ni.
paper yang dah selamat :

WB 023
QA 026
AE 025

3 subjek bersamaan 5 paper telah selamat dijawab. alhamdulillah. tinggal pemeriksa je
untuk menyemak dan menilai :)

so far, bagi aku, maths agak complicated. pening juga - lah. paper 1, paper 2.
both paper aku keluar dewan dalam keadaan tak puas hati teramat sangat !
ekonomi a.k.a makroekonomi untuk sem 2 ni pulak, no comment :).
anyway, tunggu je - lah result yang bakal keluar hujung bulan MEI ni. insyaAllah.
( jangkaannya, macamtu - lah ! )

tapi, AA 025 and AN 025, belum pass lagi.
maka, tinggal 2 paper ni je - lah peluang aku. samada boleh mengrepairkan result
sem lepas atau tidak.


macam budak KMKN ni, except AKU - lah !
majoritinya gila - gila smart akaun ouh !
jelous amat :( kerana mereka bijak. bak kata lectrer kat sini pun,
subjek PERAKAUNAN KMKN adalah trend mantap.

tahu tak, awal - awal masuk KMKN dulu, aku malu sangat.
bayangkan - lah. kawan - kawan aku kat sini, semua pandai - pandai. aku je yang low.
sampai budak sains yang masuk akaun pun, senang - senang je 4flat au.
adoyai. tensyen gak - lah.
da - lah cikgu cakap akaun kat sini takde gred selain A.
PRESSURE !!!
SPM AKAUN aku, B+ je pun.
aku rasa, graf turun tu. sebab, aku target D camtu je. kerana soalan sangat - sangatlah susah dan aku tak faham langsung !
ouh kenangan ! hehe. then, bila masuk sini, KMKN mengajar aku apa erti A pada
subjek PERAKAUNAN. alhamdulillah :)


memang betul cakap cikgu. student KMKN, tak pernah tak dapat A perakaunan.
aku sendiri tak faham. macamana cikgu sini bole buat semua tu ?
dulu, aku agak bengong akaun juga - lah. ikutkan, nak stop sambung akaun.
tapi, berkat doa mama, aku sambung gak akaun atas permintaan mama. aku follow JE :)

lagi ? hurm,,aku suka life sini. sini, saling tak tumpah macam sekolah aku.
maksud aku, peraturan.
laki, perempuan asing. outing mengikut jantina. NO COUPLE. NO DATING. surau. tazkirah. ceramah. solat jemaah dsb. yang paling aku tak tahan, still ada cikgu tunggu kat laluan nak ke kuliah.
haha. teringat. dulu, aku selalu kena amik nama lambat gi kelas.
sampai - lah sekarang. aku bahagia ngan macam tu. haha. sengal - kan ?


then, cara pembelajaran sini, ENJOY sangat. tak macam time sekolah dulu.
sometimes, aku pressure gak. da - lah ngan macam - macam masalah. ngan subjek nak kena cover
sampai 12 subjek !

BAHASA MALAYSIA
BAHASA INGGERIS
BAHASA ARAB TINGGI
SEJARAH ( aku benci sangat )
MATHEMATICS
SCIENCE
EKONOMI ASAS ( aku suka sangat )
ADDITIONAL MATHEMATICS
PRINSIP PERAKAUNAN
PENDIDIKAN AL -QURAN DAN ASSUNNAH ( aku suka :))
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
TASSAWUR ISLAM
see. 12, kan ? sekarang,

PERAKAUNAN
EKONOMI
MATEMATIK PERAKAUNAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN
4 je :)


lagi ? apa ea aku nak citer ?
so far, ni je pun aku nak story. macam biasa, aku memang sedang meratapi saat - saat terakhir kat KMKN ni. blog, maafkan aku. tak sepatutnya aku online before habis PSPM, kan ?
AKU DAH MUNGKIR JANJI.
kerana aku teramat bosan tadi :)

paper seterusnya, PERAKAUNAN.
ISNIN 9 pagi - 12 tengahari.

PENGURUSAN PERNIAGAAN
RABU 9 pagi - 12 tengahari.


habis je bisnes, aku nak sambung blogwalking. hehe.
doakan kami :) GOOD LUCK KMKN.
LOVE YOU ALL.

ShareThis