Ujian Medsi.

salam setia ;
hari ni, setia nak kongsi sikit about exam yang bakal setia duduki :( takut **

::MEdSI Test | Ujian MEdSI::

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)
Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020,negara memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk menjadi guru. Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.Kandungan Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:
 - Personaliti 
 - Minat Kerjaya 
 - Nilai Integriti 
 - Kecerdasan Emosi. 


Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan
menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon. 
Pelaksanaan MEdSI dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan calon guru yang dipilih adalah sesuai dari segi personaliti, minat kerjaya, integriti dan kecerdasan emosi.


Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. HAK CIPTA TERPELIHARA.
Dokumen MEdSI adalah sulit dan terkawal. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI 
1.Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan  Etika Pakaian Lelaki
 - Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
 - Memakai kasut dan berstokin;
 - Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
 - Sandal/selipar tidak dibenarkan;  Rambut Lelaki
 - Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
 - Fesyen rambut tidak keterlaluan;
 - Rambut tidak boleh diwarnakan.  Etika Pakaian Perempuan
 - Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
 - Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
 - Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
 - Sandal/selipar tidak dibenarkan;
 - Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
Rambut Perempuan
 - Rambut tidak boleh diwarnakan;
 - Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2.Membawa Alat Tulis Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya
untuk menduduki ujian seperti berikut :
 - Pensil 2B
 - Getah Pemadam (Eraser)
 - Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru

3.Membawa Kad Pengenalan /MyKad Calon diminta membawa kad
pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

4.Membawa Slip
Menduduki Ujian MEdSI
 - Calon diminta membawa Slip Menduduki Ujian;
 - Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (http://www.mpm.edu.my)
 - Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.

Comments

Botak said…
susah ke?
macam tak je..
hehehehehe... :D
gudluck tau! ;)...senang ke? cam susah ja. huhu

errrrr...nak mintak pendapat ni. loading slow tak? rasenye ok tak blog syed ni? tolongg tolong .. :'( http://www.syedgraphix.com/2011/04/syedgraphix-tampil-lebih-simple.html
Ana Amalina said…
hye setia..xsangka lak setia pun g ujian MEdSI yea..setia jawab MEdSI kat mana?
ana pun jawab MEdSI gak arini...
setia apply kos ape?
Unknown said…
eheh. berdebar :)