| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


BREAKING NEWS !

Antara Hostel dan Rumah Sewa ?


hampir seminggu tidak menulis. namun, dengan izin Allah, pada malam ini berkesempatan untuk melontarkan secebis idea yang kian menemani di hati ini. ewahhh ! ayattt ! HEHE.

okay, kali ini duduknya fya di sini adalah untuk membidaskan topik yang bertajuk yang tentera lha ea. HEHE. *jimat dakwat. tak payah tulis banyak kali :P

pada pendapat fya, kedua - duanya ade kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. dan kalau fya berada dalam situasi ini, fya akan memilih untuk tinggal di rumah sewa. sudah pasti :)

google image
first, belajar. bila kita duduk rumah sewa ini, kita akan belajar cara hidup. nak plan ape, nak belanja macam mana, nak arrange rumah, housemate dan sebagainya. sedikit sebanyak sebenarnya dapat mengajar kita erti kehidupan sendiri. so nya, mungkin juga bila sampai masa sebenar untuk kita hidup sendiri, pengalaman pun da ade :) kalau hostel, semua da ade siap. just tinggal bayar dan gerak.

second, peraturan. kita seolah - olah dikawal bila duduk hostel. fya takde lha cakap tak bagus. kalau hidup takde peraturan, macam mana nak hidup kann ? tapi, kadang kala peraturan tu jugak menyusahkan kita. contoh, nak balik awal, pagor tak bukak lagi. nak keluar emergency, pagor da kunci. kalau rumah sewa, haa. ikut suka kamu lha kann ?

third, bole buat income. kalau duduk hostel, boleh masak ? boleh bawak sebarangan barang elektrik ? berbeza dengan rumah sewa kann ? rumah sewa, nak makan pun bole masak sendiri. rase lapor, pergi lha dapur dan masak. then, bole masak - masak, jual - jual untuk tambah side income. kann ? kalau duduk hostel, mampukahhh ? :O

then, faktor jarak. haa. kalau ni, depends on hostel lha kann. tak semua, tapi kebanyakkannya hostel lebih jauh untuk ke kampus berbanding rumah sewa. nak keluar, kena awal. nak balik, letih. kalau rumah sewa, rasenya lebih mudah :)

next, faktor keselesaan. kalau rumah sewa, kita bole pilih sape penghuninya. dengan siapa kita nak duduk. hostel plak, still ade sesetengah tu, da ditetapkan. tapi, kalau silap pilih housemate tu, tanggung lha nasibnya kann. HEHE.

last, perbelanjaan. ni pun depends. tapi, selalunya rumah sewa lebih murah sebenarnya. dengan syarat, kena pandai lha cari rumah sewa tu. kalau cari yang mahal, memang mahal jugak lha kann. kalau macam fya, bila total sewa, makan, minum semua di rumah sewa adalah lebih rendah berbanding yuran yang ditetapkan :)  

last but not least, inilah pendapat saya. anda ? :) 

Speechless Saturday !



HAHA. ni kira pengganti nak tunjuk muka aku lha. ehhhem ! ni baju korporat cos sayaaaa >.<

ape yang speechlessnya ? meh tengok bawah ea.






















  

dalam 5 hari, sumbat semua 8 subjek. yang paling best, start ngan subjek yang aku tak bape nak gemor. then, diakhiri 2 subjek penuh pembacaan pada hari yang sama.
-.-"

Kita dan Gadget. Yang Mana Lebih Difokuskan ?


alhamdulillah, maha suci Allah, Tuhan sekalian alam. terpanggil hati dan perasaan serta kekuatan nak buat entry untuk hari ini. sekali lagi menggunakan mata serta berbekalkan hati dan akal untuk memahami yang telah Allah berikan sebagai kajian sekeliling dan barangkali, ini adalah entry untuk minggu ini juga mungkin. entah lha. heee.


kalau kita tengok sekarang, everywhere, everyminutes, people is more with their gadget. am i right ? rata - rata lebih menggemari melakukannya ia bersama tugasan yang lain. contohnya, bercakap dengan fon sambil berjalan, ber ' tweet  'sambil buat kerja, taip mesej sambil sembang dengan kawan dan sebagainya. 

sebenarnya, apabila kita melakukannya ia bersama tugasan yang lain, peratusan kita fokus terhadap perkara yang kita lakukan akan berkurang samada pada tugasan atau gadget. mungkin, ade juga yang bercakap, " aku fokus dua - dua ! " tapi adakah anda mengetahui bahawa pada hakikatnya, tidak.
  
katakan seseorang itu mampu meng ' reply ' mesej makwenya sambil sedang bermain game. itu tidak bermakna dia sedang fokus kedua - duanya. ye, memang dia still bole reply mesej tu tapi, dia tidak fokus kerana sudah pasti dia tidak memberi respon yang baik terhadap mesej yang diberikan tadi.

okay, next situation. seseorang ngah ligat balas mesej pakwenya. sedang kat depannya, kawan dia ngah cerita pasal masalah dengan pakwe dia plak. for sure si dia yang ni tadi tak faham langsung ape yang kawan dia cerita. bila kawan dia mintak pendapat tentang masalah dia tadi tu, mesti si dia ni akan cakap " jap. jap. aku nak reply jap " tak pun, " kau sabar lha ea. kalau ade jodoh, tak kemana " err. tak best lansung responnya -_-" ye, dia still bole memberi respon. tapi, tak memberansangkan.

sebab tu, jangan pelik peraturan tak bagi guna fon sambil drive. kannn ?


sebab tu kalau orang ngah mesej aku, kalau dia tengah buat menda lain, aku memang tak suka dia mesej aku jugak. aku akan suruh dia buat keja dia sampai settle, baru mesej aku balik. tak kisah lha nak main game ke futsal ke masak ke. HAHA.

see, macam aku ngah update blog ni. aku tak suka ade orang kaco. dan - dan lha nak ajak sembang lha. nak mintak ajor ke ape ke. aku memang tak suka kalau time aku ngah update blog. nanti entry aku ntah ke mana, kerja tu pun ntah ke mana. HEHE.

Melody Monday #9 - Sayang By Shae

Sayang - SHAE

Sayang apa khabar denganmu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna di siniku tetap untukmu

Sayang apa khabar denganmu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kernaku sayang kamu

Download & Listen
>> Sayang - Shae <<

Tips Mengenali Seseorang

okay ! entry untuk harini, sambung dengan mood psikologi. HEHE. entry ni adalah artikal yang fya buat untuk course fya sebagai edaran di USIM sebab fya ditugaskan as AJK Multimedia dan Dokumentasi. so, saje lha fya nak share jugak dengan geng blogger dan para pembaca sekalian. untuk perkongsian :)
by the way, isi kandungannya ade yang fya google, ade yang fya tambah as pendapat sendiri. so, kalau da pernah baca tu, faham - faham lha kann. lagipun, kajian manusia, biasa lha. ilmu manusia, terhad :)

then, kalau nak komen pape untuk penambah baikkan artikal ni pun, ape salahnya :) 
enjoy reading yeahh !

ehhem. kalau tak nampak tu, mohon tekan [ right click - open in new tab - zoom ] lha ea untuk tumbesaran menyeluruh ! >.<


fyapelangi.com - New Born !

alhamdulillah. setelah letih sangat seharian, Allah masih izinkan nak update blog yang ' berwajah ' baru ni. HEHE. *padahal takde ubah ape pun pada design, kann ?


HEHE. entry ni sempena nak beritahu yang fyapelangi da ade domain sendiri ! HAHA. *err, perlu ke ? -..-" takde lha perlu sangat nak announce kann. cuma, kepuasan lha jugak. sebab asek kena detect as spam je. hangit jugak rasa hati ini -..-" then, tanpa membuang masa, segerakan diri beli domain dan disettlekan oleh Syafiq Ajis. lahirnya domain ni adalah pada 15 November 2012. kebetulan, fya start blogging pada 15 Ogos 2010. macam ade chemistry sket lha kat situ. HEHE.

so, lepas ni, fya akan lebih bahagia dalam dunia blogging yang sangat diminati ini walaupun ranking alexa kena start balik, haizz. biarkan sajaa. kalau difikirkan sangat, memang takkan jalan. kalau da nak guna domain sendiri tu, beli aje lhaa. ye dakk ?

3 Perkara Buat Kita Sakit Hati #SalamMaalHijrah

alhamdulillah, kita di sini, bole senyum lagi makan nasi, tengok TV, buat esaimen. apa khabar saudara kita di Gaza ? dah makan ke belum ? nak tidur mana malam ni ? subhanAllah. neraka menantimu ya Israel ! ayuh ! kita usaha lha selagi mana yang kita mampu, kita sedekahkan :')


bercakap tentang Maal Hijrah, macam mana dengan penghijrahan kita ? di sini, fya nak share siket dengan antum semua dan sebagai peringatan diri fya sendiri :)

3 Perkara Buat Kita Sakit Hati
1 ) kita terlalu mencintai dunia
apabila kita tak dapat something yang kita nak, kita akan rasa resah, gelisah. sebab, kita rasa dunia ini adalah segalanya. bila tak dapat, rasa perit. sakit sangat hati ni. sedangkan, dunia ini sementara. tu, akhirat yang selamanya. 
2 ) bila kita rasa kita ni bagus
bila kita nampak orang lain lebih kita, kita rasa bengang. next, hati kita sakit. sedangkan, kita terlupa. kita manusia biasa. takkan sempurna. buat ape nak dengki ? kalau kita rasa kita ni memang takkan sempurna, kita takkan sakit hati :) 
3 ) bila kita rasa sedih sangat - sangat
seharusnya, kita tak perlu nak sedih sangat dengan ujian, musibah yang Allah bagi. sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui. Allah takkan berikan ujian kepada hamba yang Dia tak mampu nak harungi ujian tu. dan ! buat ape nak sedih sangat, Allah kan ade. mengadulah pada - Nya. tapi, takde lha sampai tak bole rasa sedih lansung kann. tu da lain pulak. kita kan manusia. ade fitrah yang Allah da tetapkan. cuma, berpada - pada :)

maka, bersamalah kita berhijrah ditakuk yang lama ke arah yang lebih baik. yang mana salah, tegur lha ea :)
akhirulkalam, jangan lupa doakan saudara kita :')

Mencari Pembaca - Novel Kontrak Janji Setia Antara Kita !

alhamdulillah ! masa yang ditunggu, telahpun tiba ! akhirnya, Novel Kontrak Janji Setia Antara Kita telahpun boleh didapati secara fizikal dan edisi penuh ! dah bole sampai ke pangkuan ! HAHA. tak perlu nak tunggu episod demi episod lagi. kann ? :)

mungkin ada sesetengah pihak yang bertanya, dari mana wujudnya novel ni ? kenapa tetiba je nak cerita pasal novel ni ? ohoho, ok. novel ini pernah diterbitkan minggu demi minggu, episod demi episod di blog ini. dan sekarang, fya telah asingkan di ruangan khas, SINI. dan seterusnya, kami berhasrat untuk menerbitkan blog khas untuk novel ini. iaitu di http://novelpelangi.blogspot.com. *cerita sejarah lha pulakk. HAHA.


berkenaan dengan harga, harga asal ialah RM 27. namun, sebagai pembukaan, pihak Kaki Novel telah berbesar hati memberi RM 4 sebagai diskaun. so, tinggal RM 23 je lha kann. malah, kepada 40 pembeli terawal akan dapat tandangan ekslusif penulisAii Fariza :) so, acane ? rase teruja kann ? HIHI.

macam mana nak order, nak tanya, or segalanya ?
bole contact fya di FanPageFaceBook atau kepada tahi-twitter, bole lha berhubung di Twitter. tak pun, bole contact dan order directly ke penulis novel ini sendiri, https://www.facebook.com/AiiFariza ( Aii Fariza ). nak lagi mudah, terus ke Aii Fariza lha tau.

heppp. tunggu ape lagi ? bole order sekarangg ! :)

Review - Istanbul Aku Datang

alhamdulillah. masih diizinkan Allah nak sign in blog ni, untuk coretkan entry kedua untuk bulan november ni. kali ni, tak nak update pasal psiko. *simpan idea untuk entry susulan. HAHA. tapi, nak update pasal wayang !



last two days, fya ke mid valley untuk menonton wayang. so that, i chose to watch this movie. Istanbul Aku Datang ! macam malas senanya nak tengok cerita melayu. tapi, bila tengok trailer bagai movie ni, macam best. so, i decided to watch this. and then, beli popcorn, masuk ke wayang, carik tempat duduk and so on. *perlu ke bagitau yang ni ? HAHA. okayy, lets proceed !



bila ditanya, best ke cerita ni ? of course akan dicakap best sebab memang best pun. bole lha nak bg 4-5 stars. alkisah yang mengisahkan seorang gadis yang tunggu propose dari jejakanya. at last, lain pulak ceritanya yang jadi kat istanbul tu. lain sangat ape yang diplan. watak Dian yang dimainkan oleh Lisa, menceritakan hidup ni, tak bole nak senang percaya sangat. fikir dulu sebelum buat keputusan. watak Haris yang dimainkan oleh Beto, mencerminkan lelaki haruslah menghormati wanita gitu. watak Azad oleh Tomok pula menunjukkan kita mestilah hargai ape yang ada di depan mata sebelum ianya pergi. nak cerita sinopsis, kang tak best plak kann. just cerita jiwang but still ade unsur lawak jenaka yang diketengahkan. serius. dalam jiwang - jiwang pun, bergema panggung orang gelakkan Lisa. HAHA. comel sangat ! pandai Tomok main watak. Beto, apetah lagi. memang ummmph ! HAHA. endingya pun menarik. pendek kata, tak rugi lha tengok, okayy ?

last but not least, 


HAHA. saje lha kann da alang nak buat entry. HEHE.

Jenis Lelaki Yang Setia.

kaifa halukum ? harapnya, semua ngah sehat bahagia lha gamaknya ea. HEHE.

allright ! kali ni nak cakap pasal the types of lelaki yang setia. ammboi tajuknya ea. HAHA. just untuk tatapan, tidak bermaksud ape - ape lah ea. jangan salah faham. *cuak kejap. by the way, again ini adalah kajian by Fya Pelangi. so, ni versi aku lha ea.

carian google
perasan atau tak, perempuan kalau yang dah berpunya akan setia dengan pasangannya. manakala, perempuan yang single, dy akan main redah je ngan mana - mana lelaki yang mahu berdamping dengannya. mungkin sebab masalah lelaki < perempuan. da akhir zaman ni kann, ouh Allah ! lelaki pulak, tak usah cakap lha kann. kalau perempuan tu dah melayan, takkan dy nak tolak. ye dakk ? dalam hal ni, sikit pun aku tak salahkan lelaki begitu juga perempuan. bukan salah sesiapa. it is normal. manusia mahu sentiasa dijaga, dilayan dan sebagainya. fitrah.

lelaki kalau dy betul - betul setia, dy akan ade differ siket kat perempuan yang dy setia tu compared to others. mungkin dy layan lain siket ke or pape je lha ! ade lha caranya yang mungkin kita tak tahu. tak semestinya kena show off baru setia, kann ? kadang, budak - budak yang show off tu, lagi lha tak bole percaya. setakat buat in a relationship kat FACEBOOK, korang da rase tu cukup setia ke ? haktuihhhh. setakat cara tu nak bangga ? silap sangat.

fiz graphic
namun, bila lelaki tu melayan mana - mana perempuan it doesn't mean dy syok kat perempuan tu. kadang, manusia ni ade pelbagai menda yang dy rase nak buat. tak semua lelaki are same. lets say lha lelaki yang melayan tu, dah berpunya. si dia tu plak tak payah nak cepat melenting. once kau dah percaya dy, kau dah sayang dy, so why kau nak rase mencurigai dy ? kalau kau mencurigai dy, kenapa kau percaya dan sayang dy, kann ? baik tak payah.

next, katekan si perempuan ni da sabar, da everythings lha but still nampak yang lelaki tu suke kat orang lain. kau call dy, dy tak jawab. text tak reply. maknanya, dy da tak nak lah tu. maka, cari lha orang lain ea. HAHA *gelak jahat. sebab ape aku cakap macam tu ? sebab, lelaki takkan lepaskan perempuan yang dy betul - betul mahukan dengan caranya yang tersendiri. kadang, nak tahu dy setia atau tak, perempuan tu sendiri je tahu. orang lain tak tahu. kau yang kenal dy kann ? so, kau je tahu jawapannya.

carian google
okay lha. setakat ini je kot nak berceloteh. ni setakat tips hasil dari pemerhatian, kenal org sane sini. nanti, bila da kawen, buat tips lain plak lha ! HAHA. ammboi, kemain panjang lagi entry kali ni ea ! semangat nak taip sebelum nak naik kuliah balik ni haa. cuti da semakin mencemburui. nampaknya, akan berhabuk semula lha blog ni. alahai. takpe, kot lha ade mase lebih time hujung minggu tu, akan try di update lha ea !

uhibbukum fillah ! ilal liqa'.

ShareThis