| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


BREAKING NEWS !

Motivasi Kepimpinan: Virus Terapi Diri



Virus adalah sejenis wabak atau jangkitan yang membahayakan sehingga berpontensi membawa maut. Virus sifatnya yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar adalah punca mengapa ia agak sukar diubati. Ada juga yang berpendapat bahawa virus juga seperti bakteria yang mempunyai kategori baik dan jahat. Namun, virus yang ingin dihujahkan dalam penulisan pena motivasi ini adalah lebih cenderung kepada kemahuan dan kehendak diri sendiri yang barangkali negatif bagi sesetengah pihak.

Terapi diri bermaksud satu cara yang selesa yang digunakan sebagai rawatan atau servis layanan untuk diri sendiri yang sering disajikan di spa atau pusat kesihatan. Selalunya, terapi diri sebegini juga pastinya berbayar. Maka, apabila digabungkan kedua-dua konsep ini akan menjadi ‘Virus Terapi Diri’ di mana akan membahaskan kemahuan dan kehendak yang barangkali positif atau negatif untuk dijadikan sebagai ganjaran kepada diri sendiri setelah berjaya menyelesaikan sesuatu perkara.

Seringkali berlaku dalam kehidupan seharian, kita akan mendapat tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh masa yang tertentu. Padahal jadual seharian kita juga sememangnya sudah padat dengan rehat dan hobi yang hendak dilakukan. Maka, sebagai ‘terapi diri’, kita sewajarkan menetapkan niat untuk menghadiahkan atau mengupah diri sendiri setelah berjaya melangsaikan tugasan tersebut agar diri kita lebih bersemangat untuk melakukannya. Sebagai contoh, kita mahu menonton perlawanan bola sepak eropah yang akan ditayangkan pada lewat pagi nanti. Maka, pujuklah diri sendiri agar menyiapkan tugasan terlebih dahulu sebelum mengizinkan diri sendiri untuk menonton perlawanan tersebut. Demikianlah definisi ‘virus’ yang ingin diketengahkan kerana biarpun ia adalah sebagai ganjaran, sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi harian kita kerana tidak tidur dalam tempoh waktu yang sesuai.



Seterusnya, menerima tugasan sebagai cabaran kehidupan. Kadang-kala, dalam dunia kerjaya, tidak mustahil kita akan menerima tugasan yang kita sendiri merasakan tidak mampu melakukannya kerana terhad ilmu dan masa. Maka, sahutlah cabaran itu dan positifkan diri untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan baik. Pujuklah diri sendiri kerana dengan melakukan tugasan yang agak baru untuk diri kita juga akan mendapat ilmu pengetahuan secara tidak langsung dan boleh dijadikan sebagai ‘terapi diri’ biarpun pada asalnya ‘virus’ telah menyelubungi diri kita yang tidak rela untuk melakukan. Ilmu pengetahuan sememangnya adalah harta yang tidak akan luput malah mampu hak milik keturunan kita.


‘Virus Terapi Diri’ ini juga tidak hanya fokus kepada bidang kerjaya. Ia juga boleh dijadikan dalam kehidupan seharian sebagai hamba Allah. Selalunya, apabila kita terlalu sibuk akan hal dunia, kita akan terlupa bahawa hal dunia yang kita sibukkan itu adalah sementara. Manakala, kehidupan akhirat itu adalah selamanya. Namun, persediaan untuk akhirat yang selamanya itu lebih kecil berbanding hal dunia yang bersifat sementara. Maka, tidak salah juga kita ‘terapi diri’ dengan membaca Al-Quran mengikut kemampuan dan mengamalkan solat sunat ketika rehat semasa bekerja. Seharusnya, ‘virus’ yang terlalu sibuk akan urusan dunia itu diketepikan buat sementara sambal menguruskan urusan akhirat.

Sebagai kesimpulan, dalam menguruskan ‘Virus Terapi Diri’ ini, kita hendaklah tegas dalam melakukannya. Ini adalah kerana jika kita melakukannya sambil lewa, hasilnya pasti akan mengalami kecacatan dari perancangan awal. Oleh itu, sikap bersungguh-sungguh tidak boleh ditinggalkan dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Hasil Nukilan: Fya Pelangi, 2015



ShareThis