| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


BREAKING NEWS !

Tips Berblogging ! - Edisi Fya Pelangi

assalamualaikum ;

yeah, alhamdulillah. masih berkudrat nak buat entry untuk blog tersayang ni. tapi, kali ni pasal tips plak. nak share ngan korang semua, tips berblogging. pada fya, is simple. hanya ade satu je tipsnya. iaitu : -



kenapa fya cakap macam tu ?

1. kita dalam dunia blogging ni, kena banyak mencuba untuk mendapat readers, dan followers tegar di blog kita. kita kena mencuba dalam pelbagai  medium dan cara dalam mengembangkan entry kita untuk mencapai matlamat.

2. okay, tu dari segi readers dan followers. disamping, design. macam mane nak design bagai kalau tak main tekan - tekan ape yang kita nak ? kalau asek bergantung pada tutorial semata - mata, tak berkembang lha design blog kita tu.

3. kita kena bijak dalam membuat ujikaji. cuba buat post macam A, adakah readers suka ? kalau post macam B, bagaimana pulak hasilnya, dan seterusnya.

korang pun ade tips jugak ? JOM ! sharing is caring kann ? ;)

Melody Monday #8 - Dengan NafasMu

assalamualaikum ;



Dengan NafasMu - UNGU



Izinkanku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu. . . Menutup waktuku
Izinkan ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil. . . Kembali padaMu

Kerana ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan perintahMu menjauhi segala laranganMu
Adalah sebaris doaku untukMu

Izinkanku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu. . . Menutup waktuku

I'm Jozannersz ! - Profil Johan Dan Zizan

assalamualaikum ;


yeah. memang fya mencari sangat profil diorang ni. akhirnya, jumpa jugak. then, rasa macam nak share je dengan korang semua plus serba sedikit pengetahuan fya tentang diorang ni. yeah, admit that I'm one of hardfan for Jozan :) rase tersentuh bila tengok friendship diorang ni. yela, yang mana baik, kita ikut. yang mana tak elok tu, buat tauladan. tak gitu ?

JOZAN. adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. diorang start gabung bila jadi pengacara Raja Lawak Musim Kedua. sampai sekarang diorang still pegang rancangan tu. da masuk Musim Keenam. actually, fya sendiri tak berminat tentang gosip artis ni. tapi, start tengok Maharaja Lawak, baru nampak yang diorang ni best sangat. start dari tu, mula lha suka ngan diorang ni. Lawak Ke Der, Super Spontan and so on. siap hafal dialog kot. terhafal sebab asek tengok je. HAHA.


Nama Penuh : Mohamad Yazid Bin Mohamad Aziz
Nama Gelaran : Johan, Ah Chai
Asal : Ampang, Selangor
Status : Berkahwin
Tarikh Lahir : 13 Jun 1984
Umur ( 2012 ) : 28 Tahun
Nama Twitter Sebenar : @JohERAJohERA *yang lain, semua fake.


Nama Penuh : Razizan Bin Abdul Razak
Nama Gelaran : Zizan, Mael Lambung
Asal : Dungun, Terengganu
Status : Bujang
Tarikh Lahir : 15 April 1984
Umur ( 2012 ) : 28 Tahun
Nama Twitter Sebenar : @zizanrajalawak *yang lain, semua fake.

then, saje nak bg korang layan pictures of JOZAN ^^,

ML minggu 1


ML minggu 4


ML minggu 3


Jozannersz :)

Melody Monday #7 - Doaku Untukmu Sayang

assalamualaikum ;





Doaku Untukmu Sayang - Wali Band
OST Cerekarama Perempuan Neraka

Kau mahu apa pastikanku beri
Kau minta apa akanku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu, sayanggg

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Kukan berdoa pada Illahi
Untuk satukan kami di syurga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta ?
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan, tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan, aku sayang dia

Tuhan, tolong aku, juga jaga dia
Tuhan, ku pun sayang diaaa

Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah Disanubariku - Salam Ramadhan.

assalamualaikum ;

taraaa !

gambar ape ni ? ni lha gambar Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah Ipoh. alarh, yang menang Notty Nutty tu. gi google >.< sekolah ni tempat fya bertendang dan bertandang selama 5 tahun. dari form 1 sampai lha form 5. haizz. banyak sangat kenangan terindah semasa belajar kat sini.

actually, bila da masuk bulan Ramadhan ni, berlilau dengan memori semasa kat sekolah ni. sahur, time puasa, buka, teraweh, moreh. sekolah yang semua perempuan ni membuatkan kami begitu selesa dengan kehidupan kami. yela. perempuan kan ade pantang larang yang memang tak bole nak elak. faham kann ? so, best sangat sebab semua memahami :)

kalau time sahur tu, yang form 1, form 2, mak aihhh. dalam kol 4 da terpacak depan Dewan Makan tu haa. yang senior, nak dekat imsak pun ade yang still baru nak pergi. HAHA. adat lha tu kann ? junior didahulukan, senior diutamakan. kalau fya, sahur kat Dewan Makan, ikut mood. kalau rasa nak, pergi. tak nak, sahur bilek sudaa.

ape nak diketengahkan, rindu sangat nak puasa kat sana. dulu, time puasa, penuh aktiviti. prep petang digantikan dengan tadarus samada ikut dorm atau group. lepas tu, ade kumpulan samada kena tadarus kat dewan serbaguna atau surau. kalau fya, fya suka dalam surau. sejuk siket. HEHE.

okay now, time buka. Dewan Makan akan bukak kol 6. macam biasa, budak form 1, form 2, akan terpacak terlebih dahulu. kadang, dalam area kol 530 da ramai. sekali beratur, masyaAllah. kalah plaza tol. so, yang senior ni, faham sendiri, datang lha lewat siket. bagi adik - adik makan dulu. ye dakk ? HAHA. kalau fya, sorang pergi cop dulu. kang, kami sampai, sambungkan barisan. HAHA. faham ke maksudnya ? >.<

wahhh. teraweh plak ! rinduu ! best. bila semua perempuan, imam pun ikut suka. biasanya, bahagian AJK surau ni, da buat jadual imam, bilal siap - siap. nama fya, tak penah naik jadi imam. yela. mane mahu nak bagi satu batch imam. selalunya, senior yang akan imamkan adik - adik. tapi, ade sekali fya volunteer sendiri nak jadi imam teraweh. pergh ! merasa. tu lha sekali jadi imam teraweh. HAHA. hish, kalau imam solat fardhu lain, pernah lha. just yang teraweh ni, rase eksaited jap. yela. dalam 25 malam ramadhan menjadi senior kat sekolah tu, merasa lha sekali. sebab, peluang tu hanya untuk senior. akhirnya, dapat. alhamdulillah. HEHE.

lepas tu, moreh. time moreh, special tau. bole pakai telekung je pergi Dewan Makan. lepas teraweh, witir, bole terus gerak. ade yang tak bole solat tu, dari dorm, bedal pakai telekung, terus gi makan. HAHA. argh. form 1 ke, senior ke, same je. memasing malas nak siap pakai baju kurung, stokin bagai. tu yang mane bole, sodok je. HAHA. lagipun, biasanya, time moreh, akak perempuan yang jaga kat Dewan Makan tu. so, takde masalah. HIHI.

kalau nak diceritakan satu per satu, tak sahur lha fya harini. tapi, memori kat SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA'AYAH betul - betul menggamit memori terindah buat kami :)

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK YA RAMADHAN AL - KARIM !
BARAKALLHUFIKUM
insyaAllah.

TEASER ! - Novel Kontrak Janji Setia Antara Kita

assalamualaikum ;

hai readers semua ! kali ni, fya nak bagi kome semua TEASER dari NOVEL KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA yang bakal diterbitkan insyaAllah pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. novel ni, gabungan gerak kerja fya dengan sahabat fya yg sama tempat belajar since sekolah sampai lha USIM. hopefully, korang semua enjoy ngan novel ni. dannnnn ! jangan lupa beli edisi penuh tau :)

kitorang pun ade sediakan sedikit banyak episod yang kitorang dah terbitkan kat blog khas.
special blog ! bole komen or bagi idea pape ke. semua boleh ! nak follow, lagi lah boleh ! hehe. doakan yang terbaik untuk kami juga yaw ~ :)

so, selamat menjamu ' selera '. hihi.



_________________________________________________________________


Pintu rumah ditutup. Rafiq menapak ke ruang tamu. Tubuh dihempas ke sofa membuang penat dan lelah. Kerja di pejabat begitu meletihkannya. Mesyuarat bersama staf-staf serta perjumpaan dengan klien membuatkan Rafiq hampir hilang kestabilan diri. Mujur klien yang ditemui tidak banyak songeh. Ikutkan saja cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya. Dapat juga dia pulang awal lewat petang itu berbanding hari-hari biasa hampir mengenjak ke malam hari baru dia menemui jalan balik.

            “ Ni air abang. ” Sakinah meletakkan segelas air blackcurrent di meja kopi.
            Rafiq mencelikkan mata saat suara Sakinah hinggap di cuping telinga. Dia tersenyum hambar. “ Thanks.
            “ Abang penat sangat ke? Kinah tak pernah tengok muka abang seletih ini. Banyak sangat ke kerja di pejabat tu? ” Sakinah menyoal. Berbahasa lembut dan mesra. Setia berdiri di sisi suaminya.
            Rafiq merenung isterinya. Mulutnya berat untuk menjawab. Gara-gara penat dia mengambil keputusan untuk diam.

            Sakinah tersenyum kecil. Serba salah kerana mengajak suaminya berbual saat kepenatan mencengkam tubuh Rafiq. Sepatutnya sebagai isteri dia melayan serta merawat keletihan suaminya. Bukannya mengajukan soalan yang tidak bertepatan pada masanya. “ Abang rehatlah dulu. Kinah nak ke dapur. ”
            “ Kinah..”
Sakinah menoleh. Terkebil-kebil saat Rafiq menghulurkan tangan padanya. Dia mematung. Berdiri tegak tanpa tindak balas. Bibir Rafiq tersingkap senyuman. Tangan sasanya mencapai tangan isterinya seraya menggamit tubuh Sakinah mendekatinya.

Terpinga-pinga Sakinah mengikut rentak. Akhirnya dia ikut duduk di sebelah Rafiq. Tangannya masih dalam genggaman Rafiq. Sakinah mengetap gigi. Lidahnya bisu seribu kalimah. Malu dan segan ditatap dengan begitu asyik.
Jari telunjuk Rafiq merayap ke pipi isterinya. Dikuis debu putih yang bersisa di situ. Meremang bulu roma Sakinah disentuh selembut itu. Terusik jiwa kewanitaannya.
“ Kenapa comot ni? Kinah buat kerja apa kat dapur tadi? ” Tanya Rafiq. Sakinah pantas memegang pipinya. Disapu dan diseka kecomotan yang menodai wajahnya. Alamak, malunya kena tegur dengan suami!
“ Sorry, Kinah tak sempat nak bersihkan muka. Sibuk sangat buat cupcake kat dapur tadi.” Sakinah tersengih-sengih. Sumpah memang sedih kena tegur macam tu. Teringat pesan ibu yang selalu mengingatkannya supaya sentiasa menjaga kekemasan, kebersihan dan kecantikan diri bila berada dekat dengan suami. Hanya dengan cara itu barulah suami akan sentiasa memerhati dan menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

“ It’s okay, Kinah tetap nampak cantik dan manis.” Rafiq memuji.
Sakinah tergamam. Pujian yang lahir dari bibir nipis itu sukar ditakrif olehnya. Air liur ditelan kesat. “ Er, abang nak rasa cupcake yang Kinah buat? ” dia mengalihkan perbualan. Suasana yang hampir menyekat alur suaranya cuba dinyahkan.
“ Cupcake? Sedap ke? ”
“ Entahlah. Abang cuba makan lepas tu bolehlah bagi komen.”
“ Tapi sejak bila Kinah pandai buat cupcake ni? ”
“ Abang suka makan cupcake, kan? Umi cakap abang suka makan kek dan sekarang ni cupcake vanila dan strawberi dah jadi favourite abang, betul tak? ” aju Sakinah mesra bertanya.
“ Okey, jom kita ke dapur. Abang nak try cupcake buatan Kinah.”
“ Tapi sebelum tu minumlah dulu air tu, ” suruhnya. Rafiq menurut.
“ Silakan duduk,” pelawa Sakinah sambil meyorong kerusi untuk Rafiq. Senyuman tidak lekang di bibirnya.
Rafiq hanya mengikut rentak isterinya. Lapang dadanya melihat senyuman mekar di bibir merah Sakinah. Rafiq berasa teruja dengan keriangan si isteri.
Sakinah mengeluarkan cupcake yang baru siap dari refrigerator. Cermat tingkahnya menatang sedulang cupcake yang telah disusun cantik dan siap di ‘ising’ penuh. Rafiq menatap penuh minat. Bukan cupcake yang dinanti-nanti sebaliknya si pembawa cupcake yang membuat dia teruja. Leka dalam renungannya sendiri.

“ Abang rasa baik-baik tau. Kinah nak dengar komen daripada orang pertama yang merasa cupcake ni.” Arahnya manja. Berharap komen yang cukup positif terbit dari mulut suaminya. Sebagai penghargaan atas kesudiannya berguru dan menuntut ilmu daripada ibu mertuanya.
“ Okey,” Rafiq menjeling satu persatu kek-kek cawan yang digubah indah. Ditabur dengan manik-manik yang bewarna-warni di atasnya. Semuanya comel-comel belaka dengan ukiran bunga-bunga ros yang bewarna biru, kuning, merah jambu dan oren. Sebiji kek cawan di ambil oleh Rafiq.
            “ Macam mana? Okey tak? ” soalnya kurang sabar biarpun Rafiq baru merasa dengan satu gigitan. Terasa seribu debaran memalu dada. Apa yang penting bagi Sakinah ialah Rafiq sukakan kek cawan hasil air tangannya itu.
            Diam Rafiq menggelisahkan Sakinah. Rasa terdera dengan situasi itu. “ Tak sedap ke, bang? ” sayu suaranya.            
“ Kalau abang kata tak sedap apa yang Kinah akan buat lepas ni? Marah tak pada abang? ” Tanya Rafiq menjeling wajah mendung isterinya.
Sakinah mengetap bibir. Sedihnya. “ Kalau  tak sedap, lain kali Kinah takkan buat lagi.” Putusnya.Tercengang Rafiq mendengar balasan isterinya.
“ Cepatnya Kinah putus asa? Tak nak berusaha lagi buat kek cawan yang lebih baik? ”
“ Kinah memang nak usaha tapi rasanya abang tentu takkan suka cupcake buatan Kinah. Kinah confirm abang takkan suka.” Rajuknya teserlah. Sakinah tidak mampu menyembunyikan rasa kecil hati yang ditanggung. Sakit sangat. Dia lantas menarik semula sedulang kek cawan yang berada di depan Rafiq.
“ Hei, kenapa tiba-tiba merajuk ni? Suruh abang komen so, abang komenlah. Takkan tak boleh terima komen abang tadi? ” duga Rafiq mengusik gadis itu.
“ Kinah tak merajuk dan tak ada masa nak merajuk. Kinah cuma sedih itu aje.”
“ Okeylah, kalau macam tu abang nak tukar komenlah.”

“ Tak payah. Kinah tak suka dengar komen yang tak ikhlas, langsung tak membantu apa pun.” Getusnya geram. Rafiq tergelak kecil. Dia pasti Sakinah sedang berjauh hati dengannya.
Sakinah menarik nafas dalam-dalam. Tawa Rafiq mengundang pilu di hati. Mata redupnya mula berkaca-kaca retak. Sikit lagi air matanya pasti akan meleleh turun. Terkenang betapa penat dan susah untuk menghasilkan kek-kek cawan yang diberi sentuhan seratus peratus olehnya tanpa bantuan sesiapa.
Rafiq tersentak. Pantas tangannya mencapai lengan isterinya. Sakinah mengelak. Menghindar jauh dari suaminya. Rafiq bertindak meraih pinggang Sakinah dari belakang. Kaku Kejur tingkah Sakinah sambil memegang dulang kek-kek cawan.   
“ Nur Sakinah, jangan menangis please. Abang cuma bergurau. Cupcake tu sedaplah. Lagi sedap daripada umi punya.” Desisnya di telinga mulus isterinya. “ Please, jangan sedih. Seriously, I’m just jokingYour cupcake very delicious actually. Sangat-sangat sedap.” Ulang Rafiq berkali-kali.
“ Abang tipu..” selanya sebak.
“ Mana ada tipu, kali ni betul-betul punya. Sumpah, memang cupcake Kinah the best in the house! 
“ Tipu! Abang bohong, ” Sakinah tetap tidak percaya.
“ Habis tu, Kinah nak abang buat apa supaya Kinah percaya? Abang tak bohonglah. Umi punya cupcake pun tak boleh tandingi cupcake Kinah. ”

Bibir mungilnya digigit. Sakinah tak mampu untuk membalas. Sekujur tubuhnya masih gamam dalam pegangan tangan sasa Rafiq. Pinggangnya ditaut erat. Ahh, baru dia sedar! Keadaan mereka berdua begitu dekat. Rapat sehingga dia mampu merasa dada suaminya berombak-ombak menghela nafas. Bergetar kepala lututnya. Dulang yang ditatang juga tidak keruan. Bila-bila masa boleh jatuh menimpa lantai bumi. 
“ Er, boleh tak.. abang lepaskan Kinah? ” pintanya dengan suara yang terketar-ketar. Gugup.
“ Sebelum tu abang nak tanya, Kinah marah ke pada abang? Please let me know if you’re not satisfied, ” Rafiq menuntut. Tidak betah jika Sakinah menyimpan rasa terkilan dan kecewa terhadapnya. Silap perhitungan mungkin ini adalah cupcake terakhir yang dapat dijamah olehnya.

“ Tak. Kinah tak marah. So, abang dah boleh lepaskan Kinah sekarang.” Jawabnya lekas. Ingin segera tautan Rafiq terlerai. Kalau diberi kuasa Sakinah mahu kuasa halimunan wujud dalam dirinya saat ini. Pasti akan dilenyapkan diri dari situasi yang melemaskannya kala ini.
“ Betul tak marah? So, Kinah percaya tak cakap abang, cupcake yang  Kinah buat lagi sedap dari umi punya.”
“ Tak baik bandingkan cupcake umi dengan Kinah punya. Nanti kalau umi dengar tentu dia kecil hati. Tak elok tau.” Selar Sakinah.
“ Okey, abang takkan bandingkan lagi. Hurm, Kinah percaya pada abang, kan? ” Sakinah mengangguk. Rafiq melepaskan sesak nafas yang tersekat. Tidak betah jika Sakinah berterusan sedih kerana ulahnya.
“ Er, sekarang abang dah boleh lepaskan Kinah..” desis Sakinah lembut. Dia terlalu malu sebenarnya.
“ Oh, okey..” terus Rafiq melepaskan pinggang ramping itu. “ Tapi please jangan merajuk lagi? ” sempat dia membisik.
“ Hurm..” Sakinah menapak laju ke refrigerator. Kebas kakinya lama-lama di samping jejaka itu. Lantunan jantungnya semakin tidak ketentuan.

“ And please jangan cerita dekat umi yang abang kata cupcake Kinah lagi sedap tau? Nanti umi merajuk pulak pada abang. Susah tau nak pujuk kalau umi dah merajuk.” Rafiq berpesan dengan lembut. Kedengaran manja di telinga Sakinah.
Sakinah tersenyum. “ Jangan risau ini akan jadi rahsia kita bersama.” Balasnya.
“  Hurm, I like it. Sounds very catchy and to your cupcake I love it. Very sweet macam tuan cupcake tu.” Pujinya lagi.
“ Owhh, patutlah abang tak suka cupcake tu. Manis sangat ke? ” sangkalnya dengan lagak bendul. Rafiq tergelak kecil. Pantas dipiat hidung isterinya.
“ Cupcake tu sedap tapi gara-gara kemanisan Kinah dah terserap masuk dalam kek tu menyebabkan cupcake tu terlebih manis. Lain kali kalau nak buat kek tak payah tambah gula cukup sekadar secubit rasa sebab air tangan Kinah dah cukup manis untuk melazatkan setiap acuan kek yang diadun.”
Gulp! Sakinah tersedak air liur di tekak hikmatnya. Kata-kata Rafiq menelangkupkan jiwanya. Betul-betul boleh membuatkan tubuhnya melayang dibawa angin lalu. Terawang-awang dipukul ribut buatan Rafiq. Kenapa cute sangat ayat laki aku hari ni?  Asal tiba-tiba mulut dia jadi manis semacam? Kalau hari-hari macam ni boleh menggeletar tempurung lutut aku nanti. Tersilap langkah boleh tercabut kepala lutut tau! Sakinah mengerutu.

“ Eh, nak buat apa simpan cupcake tu? Tak nak bagi abang jamah lagi? ” mulut Rafiq muncung ke depan. Lagaknya manja dan mengada-ngada. Sakinah terkebil-kebil. Tak terkelip-kelip matanya.
“ Abang nak lagi ke? Oh, Kinah ingat abang dah tak mahu. Sorry,” Sakinah mengeluarkan semula kek-kek cawan yang disimpan.
“ Mestilah abang mahu. Tuan cupcake tu lagilah abang mahu.” Balas Rafiq bersahaja. Usikan yang lahir ikhlas dari segumpal hati.
‘ Ya, Allah..’ Sakinah menggenggam erat dulang cupcake. Menahan tubuhnya daripada rebah.

Hi Guys ! I'm Back !

assalamualaikum ;



haii semua, kabare ? harapnya, waras belaka. hehe. lama kann da tak update ? maaf lha to all followers, commentors, viewers yang sudi nak menapak kat teratak lama fya ni. lately, quite busy ngan esaimen lha, exam lha, program U lha. even ngah cuti semester sekarang ni. haizz.

dan esok, program bersambung. dapat lha rest sehari dua. tp, rest pun, bukannya rest sangat. ade je aktiviti sampingan untuk mencegah kebosanan. tengok macam sekarang ni. tadi, baru je lepas mandi air terjun kat semenyih dengan budak group. lepas maghrib sampai nilai. semalam pulak ke puchong ngan geng bloggers. lepas isyak baru sampai. patutnya, tido kan sekarang ni ? tapi, tak. dok mengupdate blog plak. apekann daya, untuk kome jugak. nampak tak permainan di situ ? kehkeh.

entah. tak tahu apa matlamat entry ni. just sekadar bercerita je lha kot even fya tahu takde sape yang berminat pun nak tahu senanya kann ? hihi. saje update pasal diri sendiri setelah almost a year menjadi blogger. asek isu semasa, idea, bosan jugak kann ? ye dakk ? :O

eh eh, korang ade twitter ? youtube ? tumblr ? kampus ? page ? haa. ape kate, share nak ? bole follow, subscribe, like ke ape ke kann. bole jugak mengisi masa lapang. hehe. nah, bawah ni, fya punya tau. 


fya quite aktif kat twitter lha. fb, memang tak. ni pun baru je reactivate balik akaun fb. tapi sekarang, mcm maleh nak online sangat. prefer to watch JOZAN shows je. sometimes, search jugak lha kat youtube shows deme ni. eh, kome ade yang jozannerz jugak tak ? bole join the club ni :D fya suka deme ni sebab ukhwah deme ni, sangat kuat and sweet. deme style, tak lupa salah sorang antara deme ni haa. lagipun, shows deme memang lawak kann ? kadang, mengekeh jugak gelak. hehe.

wahh. da banyak sangat fya melalut ni. apa kata, fya mengundur diri dulu kot. again, jutaan kemaafan kepada semua yang fya tak sempat nak balas jejak, follow back, comment back, sorry yaa ~ mohon jangan terkecik hati, terasa hati plak yaa. jangan risau, fya tak pernah lupakan korang, insyaAllah :) hanya Allah saja lha yang dapat membalas budi baik korang tu tau ^^,

psst : jangan lupa beli novel fya bergabung dengan sorang lagi kawan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan tau ! ;)

ShareThis