Posts

Showing posts from March, 2014

Keluarga Penumpang MH370 Redha

Image
PUTRAJAYA: ‘Redha’, hanya itulah ungkapan yang mampu diluah beberapa anggota keluarga penumpang pesawat dengan perkhabaran terbaharu berhubung nasib pesawat MH370, yang diumum berakhir di selatan Lautan Hindi, selepas hilang sejak 8 Mac lepas. Zamani Zakaria, 56, bapa kepada Razahan, 23, berkata beliau menerima berita itu sebagai ketentuan Ilahi setelah lebih dua minggu operasi mencari dan menyelamat dilakukan. “Pencarian ini telah berakhir dan kita tidak lagi perlu menunggu dan ternanti-nanti kerana penantian suatu penyeksaan,” katanya ketika dihubungi malam ini. Zamani kehilangan anak serta menantunya, Norli Akmar Hamid, 33, yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Beijing, China. Selamat Omar (gambar), 60, bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29, juga berkata beliau menerima berita itu dengan hati yang redha dan terbuka. “Seperti yang saya beritahu di peringkat awal, saya terima apa sahaja ketentuan, ringkasnya saya redha dengan apa yang telah ditentukan,” katanya. Pesawat malang yang memb…