| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


BREAKING NEWS !

#FCBarcelona - Semua Kerana Messi !


Rosario, Argentina: Gerardo Martino percaya cadangan rakan senegara dari Argentina, Lionel Messi antara pendorong utama beliau dilantik secara mengejut sebagai ketua jurulatih baru Barcelona kelmarin.
“Saya tak tahu bagaimana ia berlaku tapi saya yakin ia banyak dipengaruhi ayah Messi serta Messi,” kata Martino yang juga bekas ketua jurulatih Paraguay pada sidang media di Rosario.
“Saya yakin pengurusan kelab ada bertanya pendapat mereka dan mereka akhirnya mencapai keputusan melantik saya sebagai jurulatih,” kata pengendali berusia 50 tahun itu yang berasal dari Rosario seperti Messi.
Martino yang membimbing Newell’s Old Boys ke final kejuaraan Argentina bulan lalu mengaku menanti tawaran baru tapi tidak menjangkakan memperoleh peluang seperti ini.
“Peluang ini hadir secara tiba-tiba dan ia mengejutkan saya,” menurut Martino yang melepaskan jawatan di Newell’s selepas mereka tewas separuh akhir Piala Libertadores dua minggu lalu.
Barcelona mencari jurulatih baru selepas Tito Vilanova terpaksa berundur berikutan masalah kanser yang dialaminya.
“Ini tugas penting untuk saya yang hadir selepas masalah kesihatan dialami Vilanova,” kata Martino.
“Saya berterima kasih kerana mereka memilih saya. Kualiti yang ada pada skuad Barcelona dengan kehadiran Messi adalah sesuatu yang diimpikan setiap jurulatih.
“Saya pasti sokongan terhadap Messi semakin meningkat untuk menjadi pemain lebih baik,” katanya.
Martino yang akan berkunjung ke Barcelona hari ini berharap dapat memikul tanggungjawab berat membimbing salah sebuah kelab terbaik dunia itu. - Reuters

pssst : wa GGMU. so, pape je lhaaa. HAHA.

TAHUKAH ANDA : Kerajaan Perutukan RM50m Untuk ' Business Online ' ?


GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1.S:Apakah itu Get Malaysian Business Online?
J:Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

2.S:Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
3.S:Bilakah saya boleh mula memohon?
J:Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

4.S:Bagaimana cara untuk saya memohon?
J:Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my. Sekiranya pemohon tiada akses internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.

5.S:Bagaimanakah geran diagihkan?
J:Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

6.S:Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
J:Permohonan yang diterima akan disemak dalam tempoh 30 hari bekerja. Proses kelulusan akan dilakukan setelah semua butiran adalah benar dan tepat.

7.S:Apakah sebab permohonan ditolak?
J:Permohonan ditolak disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
  •  Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  •  Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  •  Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
8.S:Berapa kali permohonan boleh dibuat?
J:Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

9.S:Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
J:Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.

10.S:Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
J:Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.

11.S:Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
J:Tiada.

12.S:Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
J:Tidak

13.S:Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J:Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.

14.S:Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
J:Tiada

15.S:Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
J:Tiada.

16.S:Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
J:Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya. Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.

17.S:Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
J:Ya.

18.S:Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
J:Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

19.S:Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
J:Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

20.S:Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
J:Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.

21.S:Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
J:Pendaftaran alamat internet boleh dilakukan dengan .my DOMAIN REGISTRY melalui wakil-wakil jualan sah .my DOMAIN REGISTRY yang berdaftar. Senarai wakil-wakil jualan tersebut boleh didapati dipautanhttp://www.domainregistry.my/bm/reseller-list.php manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang.

22.S:Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
J:Ya.

23.S:Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
J:Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.

24.S:Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
J:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.

25.S:Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
J:Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

26.S:Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
J:Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

SUMBER

Finalis Anugerah Lawak Warna ( ALW )


KATEGORI TERBAIK
1. FILEM KOMEDI TERBAIK
Adnan Sempit 2
Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pontianak Vs Orang Minyak
Rock oo
Istanbul Aku Datang

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
Zizan (Hantu Kapcai)
Johan (Ponti vs Orang Minyak)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)
Along (Adnan Sempit 2)
Que Haidar (Rock Oo)

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
Sharifah Amani (Pontianak vs Orang Minyak)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Yana Shamsudin (Wawa Semput)
Sharifah Shahira (Pontianak vs Orang Minyak)

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
Johan (Super Spontan)
Yus Jambu (Karoot Komedia)
Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar)
Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
Saiful Apek (Syok : Balik Balik Rempit)

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
Susan Lankaster (Keluarga Iskandar)
Scha Al Yahya (Jodoh)
Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
Norkhiriah (Mak Sanggup)
Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi)

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
Karoot Komedia
Syok
Maharaja Lawak Mega 2012
Kaunter Kaboom
Hot TV

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK
Sepahtu
Jodoh
Senario
Udin Glamor Balik Kampung
Keluarga Iskandar

8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK
Geng Bas Sekolah S5
Elly & Epit
Oh! My English
Kan Dah Kena S1
Super Smash

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
Warna Raya 2012
Aaron Dan Zizan Beraya Sampai Pengsan
Bimbi Dan Bonni
Kampung Semarah Padi
Bila Joyah Masuk TV

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Adnan Sempit 2
Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pontianak Vs Orang Minyak
Rock oo
Istanbul Aku Datang

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
Jodoh
Bimbi Dan Bonni
Cikgu Timah Tukar Sekolah
Kampung Semarah Padi
7 Dulang Asam Pedas

12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK
Wan Hasliza (Jodoh)
Amaz Mazilan (Cikgu Timah Tukar Sekolah)
Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
Nazlee Jaafar (7 Dulang Asam Pedas)
Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)

13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK
Adnan Sempit 2
Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pontianak Vs Orang Minyak
Rock oo
Istanbul Aku Datang

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
Melissa Saila (Kampung Semarah Padi)
Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)Wan Hasliza (Jodoh)
Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)
Azhar Khalid Apache (Cikgu Timah Tukar Sekolah)

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Ismail Bob Hasim (Adnan Sempit 2)
Mamat Khalid (Hantu Kak Limah 2 Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)
Afdlin Shauki (Pontianak Vs Orang Minyak)
Mamat Khalid (Rock oo)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

KATEGORI POPULAR
1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
Dato’ AC Mizal
Zizan Razak
Johan
Jep Sepah
Yus Jambu

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
Jihan Raja Lawak
Norkhiriah
Sharifah Shahirah
Scha Al Yahya
Didie Alias

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR
Sketsa JoHaRa
Lagu Merapu
Sepontan ERA
Gosip Mossip Mak Jemah
Panggilan Hangit

4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR Samad Maccaboy – Video Hangat di Malaysia (Parody)
megatmiqael – Gwiyomi Paling Gangster
popteevee – The Dendamers (The Avengers Parody)
EdsynEngineUp – Malaysian Lady Driver
matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin

5. ANUGERAH KHAS JURI



pssst : MatLutfi pun tersenarai bebbb ! anddd. . . where's nabil, shiro ?



NGERI : Ajal Sebelah Tingkap


Ipoh: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang hanya memakai seluar dalam, ditemui mati tersepit di tingkap dapur sebuah rumah selepas dipercayai gagal memecah masuk kediaman jirannya di Taman Saz, Silibin, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, suspek ditemui tersepit di tingkap belakang rumah jirannya.
Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata, dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang dapurnya.

“Sebaik tiba di rumah, saya terdengar jeritan minta tolong dan segera menuju ke arah bunyi itu bagi mengenal pasti apa terjadi.

“Sebaik tiba, saya terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap berhampiran dapur dan segera menghubungi polis,” katanya.

Menurut Chen, beberapa minit kemudian, polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu, namun mangsa didapati meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sesak nafas akibat tersepit.

Foto
TINGKAP bahagian dapur tempat mangsa ditemui meninggal dunia akibat sesak nafas.


“Walaupun tiada barang hilang, saya dan isteri membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.30 tengah malam.
Menurut Sum, anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas dihubungi pemilik rumah itu dan mendapati lelaki terbabit tersepit di tingkap belakang berhampiran sinki.

“Mangsa ketika itu hanya memakai seluar dalam manakala pakaian dan kasutnya diletakkan di tepi sinki rumah terbabit, dipercayai bagi memudahkannya memasuki rumah.
“Anggota polis terpaksa memotong besi tingkap terbabit bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi semalam.
Sum berkata, mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat oleh unit forensik HRPB mendapati mangsa maut akibat kesukaran bernafas, malah tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa dipukul dengan objek keras,” katanya.

pssst : ni tempat gua kottt. alahai. seriau gituhhh >.< HAHA. poyozzz.


Panggang Mayat Bayi Belasan Hari


Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.
Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.
Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.
Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.

Foto
MAYAT bayi yang malang itu.

Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.
Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.
Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.
Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema. 
Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia. 
Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.
Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi

pssst : negara China, mesti bagi berita pelik camni. aku plak semakin pelik baca cerita pepelik mereka. rakyat ramai sangat. tak terkawal semuanya. haizzz.

Abby Abadi Sah Isteri Orang !


alhamdulillah. lepas dapat tahu ashraf muslim bina masjid, lepas tu, dapat tahu abby abadi plak kannn ? kte doakan yang baik - baik sahaja ea. da jodoh kannn :)

Lelaki Berhati Tisu


Mungkin kita akan rasa ‘geli’ dan mungkin juga yang akan mengatakan ia perkara biasa bila bercakap perihal lelaki mudah menangis. Hakikatnya, memang jarang untuk temui lelaki apatah lagi bermuka ganas yang mudah tersentuh. Egolah katakan!
Selain dilihat kasar dan tidak romantis, lelaki biasanya dianggap hanya boleh pecahkan masalah mereka dengan kekerasan. Benarkah? Secara luaran, memang tanggapan itu berasas tetapi apabila mengenali mereka dengan lebih mendalam, tak mustahil ada sebahagian perlakuan mereka yang boleh mencuit hati wanita. Contohnya, memang lucu kalau bayangkan lelaki dengan susuk badan tegap dan berurat tetapi menangis apabila menonton drama menyayat hati.
Tak salah apabila lelaki menangis, cuma mereka sendiri merasakan ia satu tindakan kurang normal yang tidak akan dilakukan kerana seolah-olah meletakkan mereka setaraf dengan golongan wanita. Namun menangis tak bermakna anda kalah. Ia boleh dijadikan cara untuk luahkan perasaan dan sebagainya.

ni gua punya calon. kriukkk kriukkk.

Calar ego
Sebenarnya, lelaki akan cuba menyembunyikan air mata. Sebolehnya nak tutup dengan perlakuan ‘macho’ dan sifat kejantanan supaya tak mahu dilabel ‘lembut’. Mereka makhluk keras dan tegar. Tapi entah kenapa penulis merasakan mereka nampak comel dan manis apabila mula menangis.
Jika malu nak menangis untuk sesuatu yang anda rasa perlu, tengoklah keadaan. Tak salah untuk anda yang bergelar lelaki meluahkan masalah dengan cara menangis. Berhati lembut juga tidak mengapa kerana ia tak merendahkan tahap anda sebagai lelaki. Berlembut harus kena pada tempatnya. Jangan asyik bela ego menggunung, bukan boleh disimpan buat harta pusaka.
‘Di sebalik kekasaran seorang lelaki, pasti ada secebis kelembutan’
‘Dan kelembutan itulah yang berjaya menawan hati seorang perempuan.

Malu mengaku
Perasaan lelaki sama seperti wanita iaitu cepat tersentuh namun mereka malu untuk mengakuinya. Dikatakan setiap titisan air mata mereka memang ‘mahal’. Tapi kita akan rasa geli hati apabila mereka menangis untuk perkara yang kurang relevan. Maksudnya situasi yang tidak kena dengan status mereka sebagai lelaki. Contohnya ‘kantoi’ mengesat air mata apabila menonton filem Hindustan ataupun membaca novel yang pengakhiran mengecewakan.
Walaupun mereka berhati lembut, bukan maksudnya lelaki ini dalam golongan ‘lembut’. Cuma mereka tergolong dalam kelompok yang mudah terguris dan terasa hinggakan ada kes di mana rakan serumah tak ajak keluar makan malam boleh menyinggung perasaan si jejaka. 
Setinggi mana pun ego seorang lelaki, dia akan tetap menangis, cuma cara mereka berbeza sama ada menangis di dalam hati atau diluahkan secara bersendirian. Dilahirkan sebagai lelaki memang banyak cabaran, tak terkecuali juga wanita. Tetapi dugaan si jejaka dikatakan lebih mencabar apatah lagi bergelar ketua keluarga. 


Lelaki biasa menangis bila...


  • Kehilangan orang yang disayangi kerana kematian. Lelaki jarang menunjukkan rasa lemahnya kerana mungkin bimbang sifat maskulin akan pudar.

  • Apabila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan. Siapa cakap lelaki tak ada perasaan apabila perempuan idamannya minta putus atau berubah hati. Hati tetap rasa tersentuh dan bagai direntap. Jalan mudah, menangis sambil berpura-pura tidur.

  • Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. Lelaki yang bertanggungjawab akan merasa tercabar sekiranya dia gagal memberikan nafkah kepada isteri atau anaknya lalu diluahkan dengan linangan air mata.

  • Bergaduh atau berselisih faham dengan isteri. Seorang lelaki mungkin akan mengalirkan air mata jika isteri bersikap tidak ambil peduli atau tidak tahu menahu mengenai keperluan ataupun tak ambil kisah perasaan mereka.

  • Melihat anak atau isteri menderita sakit. Lelaki punya hati yang keras dan tak mudah dipecah tetapi bila diuji Tuhan dengan menimpakan penyakit berbahaya kepada orang yang disayangi termasuklah ahli keluarga.

  • Terharu dan terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata kesyukuran. Lelaki yang pernah menangis untuk hal seperti ini adalah lelaki yang berhati lembut dan sensitif.

  • Gagal dalam pelajaran atau kerjaya juga boleh menyebabkan kaum lelaki berlinangan air mata.

  • SUMBER

    pssst : so, amcam ? HIHI.


    ShareThis