Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah Disanubariku - Salam Ramadhan.

assalamualaikum ;

taraaa !

gambar ape ni ? ni lha gambar Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah Ipoh. alarh, yang menang Notty Nutty tu. gi google >.< sekolah ni tempat fya bertendang dan bertandang selama 5 tahun. dari form 1 sampai lha form 5. haizz. banyak sangat kenangan terindah semasa belajar kat sini.

actually, bila da masuk bulan Ramadhan ni, berlilau dengan memori semasa kat sekolah ni. sahur, time puasa, buka, teraweh, moreh. sekolah yang semua perempuan ni membuatkan kami begitu selesa dengan kehidupan kami. yela. perempuan kan ade pantang larang yang memang tak bole nak elak. faham kann ? so, best sangat sebab semua memahami :)

kalau time sahur tu, yang form 1, form 2, mak aihhh. dalam kol 4 da terpacak depan Dewan Makan tu haa. yang senior, nak dekat imsak pun ade yang still baru nak pergi. HAHA. adat lha tu kann ? junior didahulukan, senior diutamakan. kalau fya, sahur kat Dewan Makan, ikut mood. kalau rasa nak, pergi. tak nak, sahur bilek sudaa.

ape nak diketengahkan, rindu sangat nak puasa kat sana. dulu, time puasa, penuh aktiviti. prep petang digantikan dengan tadarus samada ikut dorm atau group. lepas tu, ade kumpulan samada kena tadarus kat dewan serbaguna atau surau. kalau fya, fya suka dalam surau. sejuk siket. HEHE.

okay now, time buka. Dewan Makan akan bukak kol 6. macam biasa, budak form 1, form 2, akan terpacak terlebih dahulu. kadang, dalam area kol 530 da ramai. sekali beratur, masyaAllah. kalah plaza tol. so, yang senior ni, faham sendiri, datang lha lewat siket. bagi adik - adik makan dulu. ye dakk ? HAHA. kalau fya, sorang pergi cop dulu. kang, kami sampai, sambungkan barisan. HAHA. faham ke maksudnya ? >.<

wahhh. teraweh plak ! rinduu ! best. bila semua perempuan, imam pun ikut suka. biasanya, bahagian AJK surau ni, da buat jadual imam, bilal siap - siap. nama fya, tak penah naik jadi imam. yela. mane mahu nak bagi satu batch imam. selalunya, senior yang akan imamkan adik - adik. tapi, ade sekali fya volunteer sendiri nak jadi imam teraweh. pergh ! merasa. tu lha sekali jadi imam teraweh. HAHA. hish, kalau imam solat fardhu lain, pernah lha. just yang teraweh ni, rase eksaited jap. yela. dalam 25 malam ramadhan menjadi senior kat sekolah tu, merasa lha sekali. sebab, peluang tu hanya untuk senior. akhirnya, dapat. alhamdulillah. HEHE.

lepas tu, moreh. time moreh, special tau. bole pakai telekung je pergi Dewan Makan. lepas teraweh, witir, bole terus gerak. ade yang tak bole solat tu, dari dorm, bedal pakai telekung, terus gi makan. HAHA. argh. form 1 ke, senior ke, same je. memasing malas nak siap pakai baju kurung, stokin bagai. tu yang mane bole, sodok je. HAHA. lagipun, biasanya, time moreh, akak perempuan yang jaga kat Dewan Makan tu. so, takde masalah. HIHI.

kalau nak diceritakan satu per satu, tak sahur lha fya harini. tapi, memori kat SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA'AYAH betul - betul menggamit memori terindah buat kami :)

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK YA RAMADHAN AL - KARIM !
BARAKALLHUFIKUM
insyaAllah.

Comments

Unknown said…
Hurrmm. Banyak bena imbauan sejarahnya. Salam Ramadhan. :)
Afifah Azmi said…
memori zaman skolah mmg the best :)
Pwincess said…
Seronokya. Ee tak pernah merasa sahur dgn kengkawan, berbuka pun camtu jugak =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/time-off-for-le-stomach.html
c@pTa!n a!Dz@M said…
hoho ! aku pun rindu kat taayah lah . rase nak balik zaman tu .
Unknown said…
Salam Perkenalan,

Jemput join GIVEAWAY :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/
Anonymous said…
Cam ne nk masuk skolah tu ? Apa syarat kelayakannya bg form 4 ?
Anonymous said…
Cam ne nk masuk skolah ni ? Apa syarat kelayakannya bg form 4 ?
Anonymous said…
Camne nk masuk skolah ni ? Apa syarat kelayakannya bg form 4 ?
Unknown said…
Taaayah mmg best! Balqis form 3 2013 skolah taayah jgak..=)