TEASER ! - Novel Kontrak Janji Setia Antara Kita

assalamualaikum ;

hai readers semua ! kali ni, fya nak bagi kome semua TEASER dari NOVEL KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA yang bakal diterbitkan insyaAllah pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. novel ni, gabungan gerak kerja fya dengan sahabat fya yg sama tempat belajar since sekolah sampai lha USIM. hopefully, korang semua enjoy ngan novel ni. dannnnn ! jangan lupa beli edisi penuh tau :)

kitorang pun ade sediakan sedikit banyak episod yang kitorang dah terbitkan kat blog khas.
special blog ! bole komen or bagi idea pape ke. semua boleh ! nak follow, lagi lah boleh ! hehe. doakan yang terbaik untuk kami juga yaw ~ :)

so, selamat menjamu ' selera '. hihi.



_________________________________________________________________


Pintu rumah ditutup. Rafiq menapak ke ruang tamu. Tubuh dihempas ke sofa membuang penat dan lelah. Kerja di pejabat begitu meletihkannya. Mesyuarat bersama staf-staf serta perjumpaan dengan klien membuatkan Rafiq hampir hilang kestabilan diri. Mujur klien yang ditemui tidak banyak songeh. Ikutkan saja cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya. Dapat juga dia pulang awal lewat petang itu berbanding hari-hari biasa hampir mengenjak ke malam hari baru dia menemui jalan balik.

            “ Ni air abang. ” Sakinah meletakkan segelas air blackcurrent di meja kopi.
            Rafiq mencelikkan mata saat suara Sakinah hinggap di cuping telinga. Dia tersenyum hambar. “ Thanks.
            “ Abang penat sangat ke? Kinah tak pernah tengok muka abang seletih ini. Banyak sangat ke kerja di pejabat tu? ” Sakinah menyoal. Berbahasa lembut dan mesra. Setia berdiri di sisi suaminya.
            Rafiq merenung isterinya. Mulutnya berat untuk menjawab. Gara-gara penat dia mengambil keputusan untuk diam.

            Sakinah tersenyum kecil. Serba salah kerana mengajak suaminya berbual saat kepenatan mencengkam tubuh Rafiq. Sepatutnya sebagai isteri dia melayan serta merawat keletihan suaminya. Bukannya mengajukan soalan yang tidak bertepatan pada masanya. “ Abang rehatlah dulu. Kinah nak ke dapur. ”
            “ Kinah..”
Sakinah menoleh. Terkebil-kebil saat Rafiq menghulurkan tangan padanya. Dia mematung. Berdiri tegak tanpa tindak balas. Bibir Rafiq tersingkap senyuman. Tangan sasanya mencapai tangan isterinya seraya menggamit tubuh Sakinah mendekatinya.

Terpinga-pinga Sakinah mengikut rentak. Akhirnya dia ikut duduk di sebelah Rafiq. Tangannya masih dalam genggaman Rafiq. Sakinah mengetap gigi. Lidahnya bisu seribu kalimah. Malu dan segan ditatap dengan begitu asyik.
Jari telunjuk Rafiq merayap ke pipi isterinya. Dikuis debu putih yang bersisa di situ. Meremang bulu roma Sakinah disentuh selembut itu. Terusik jiwa kewanitaannya.
“ Kenapa comot ni? Kinah buat kerja apa kat dapur tadi? ” Tanya Rafiq. Sakinah pantas memegang pipinya. Disapu dan diseka kecomotan yang menodai wajahnya. Alamak, malunya kena tegur dengan suami!
“ Sorry, Kinah tak sempat nak bersihkan muka. Sibuk sangat buat cupcake kat dapur tadi.” Sakinah tersengih-sengih. Sumpah memang sedih kena tegur macam tu. Teringat pesan ibu yang selalu mengingatkannya supaya sentiasa menjaga kekemasan, kebersihan dan kecantikan diri bila berada dekat dengan suami. Hanya dengan cara itu barulah suami akan sentiasa memerhati dan menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

“ It’s okay, Kinah tetap nampak cantik dan manis.” Rafiq memuji.
Sakinah tergamam. Pujian yang lahir dari bibir nipis itu sukar ditakrif olehnya. Air liur ditelan kesat. “ Er, abang nak rasa cupcake yang Kinah buat? ” dia mengalihkan perbualan. Suasana yang hampir menyekat alur suaranya cuba dinyahkan.
“ Cupcake? Sedap ke? ”
“ Entahlah. Abang cuba makan lepas tu bolehlah bagi komen.”
“ Tapi sejak bila Kinah pandai buat cupcake ni? ”
“ Abang suka makan cupcake, kan? Umi cakap abang suka makan kek dan sekarang ni cupcake vanila dan strawberi dah jadi favourite abang, betul tak? ” aju Sakinah mesra bertanya.
“ Okey, jom kita ke dapur. Abang nak try cupcake buatan Kinah.”
“ Tapi sebelum tu minumlah dulu air tu, ” suruhnya. Rafiq menurut.
“ Silakan duduk,” pelawa Sakinah sambil meyorong kerusi untuk Rafiq. Senyuman tidak lekang di bibirnya.
Rafiq hanya mengikut rentak isterinya. Lapang dadanya melihat senyuman mekar di bibir merah Sakinah. Rafiq berasa teruja dengan keriangan si isteri.
Sakinah mengeluarkan cupcake yang baru siap dari refrigerator. Cermat tingkahnya menatang sedulang cupcake yang telah disusun cantik dan siap di ‘ising’ penuh. Rafiq menatap penuh minat. Bukan cupcake yang dinanti-nanti sebaliknya si pembawa cupcake yang membuat dia teruja. Leka dalam renungannya sendiri.

“ Abang rasa baik-baik tau. Kinah nak dengar komen daripada orang pertama yang merasa cupcake ni.” Arahnya manja. Berharap komen yang cukup positif terbit dari mulut suaminya. Sebagai penghargaan atas kesudiannya berguru dan menuntut ilmu daripada ibu mertuanya.
“ Okey,” Rafiq menjeling satu persatu kek-kek cawan yang digubah indah. Ditabur dengan manik-manik yang bewarna-warni di atasnya. Semuanya comel-comel belaka dengan ukiran bunga-bunga ros yang bewarna biru, kuning, merah jambu dan oren. Sebiji kek cawan di ambil oleh Rafiq.
            “ Macam mana? Okey tak? ” soalnya kurang sabar biarpun Rafiq baru merasa dengan satu gigitan. Terasa seribu debaran memalu dada. Apa yang penting bagi Sakinah ialah Rafiq sukakan kek cawan hasil air tangannya itu.
            Diam Rafiq menggelisahkan Sakinah. Rasa terdera dengan situasi itu. “ Tak sedap ke, bang? ” sayu suaranya.            
“ Kalau abang kata tak sedap apa yang Kinah akan buat lepas ni? Marah tak pada abang? ” Tanya Rafiq menjeling wajah mendung isterinya.
Sakinah mengetap bibir. Sedihnya. “ Kalau  tak sedap, lain kali Kinah takkan buat lagi.” Putusnya.Tercengang Rafiq mendengar balasan isterinya.
“ Cepatnya Kinah putus asa? Tak nak berusaha lagi buat kek cawan yang lebih baik? ”
“ Kinah memang nak usaha tapi rasanya abang tentu takkan suka cupcake buatan Kinah. Kinah confirm abang takkan suka.” Rajuknya teserlah. Sakinah tidak mampu menyembunyikan rasa kecil hati yang ditanggung. Sakit sangat. Dia lantas menarik semula sedulang kek cawan yang berada di depan Rafiq.
“ Hei, kenapa tiba-tiba merajuk ni? Suruh abang komen so, abang komenlah. Takkan tak boleh terima komen abang tadi? ” duga Rafiq mengusik gadis itu.
“ Kinah tak merajuk dan tak ada masa nak merajuk. Kinah cuma sedih itu aje.”
“ Okeylah, kalau macam tu abang nak tukar komenlah.”

“ Tak payah. Kinah tak suka dengar komen yang tak ikhlas, langsung tak membantu apa pun.” Getusnya geram. Rafiq tergelak kecil. Dia pasti Sakinah sedang berjauh hati dengannya.
Sakinah menarik nafas dalam-dalam. Tawa Rafiq mengundang pilu di hati. Mata redupnya mula berkaca-kaca retak. Sikit lagi air matanya pasti akan meleleh turun. Terkenang betapa penat dan susah untuk menghasilkan kek-kek cawan yang diberi sentuhan seratus peratus olehnya tanpa bantuan sesiapa.
Rafiq tersentak. Pantas tangannya mencapai lengan isterinya. Sakinah mengelak. Menghindar jauh dari suaminya. Rafiq bertindak meraih pinggang Sakinah dari belakang. Kaku Kejur tingkah Sakinah sambil memegang dulang kek-kek cawan.   
“ Nur Sakinah, jangan menangis please. Abang cuma bergurau. Cupcake tu sedaplah. Lagi sedap daripada umi punya.” Desisnya di telinga mulus isterinya. “ Please, jangan sedih. Seriously, I’m just jokingYour cupcake very delicious actually. Sangat-sangat sedap.” Ulang Rafiq berkali-kali.
“ Abang tipu..” selanya sebak.
“ Mana ada tipu, kali ni betul-betul punya. Sumpah, memang cupcake Kinah the best in the house! 
“ Tipu! Abang bohong, ” Sakinah tetap tidak percaya.
“ Habis tu, Kinah nak abang buat apa supaya Kinah percaya? Abang tak bohonglah. Umi punya cupcake pun tak boleh tandingi cupcake Kinah. ”

Bibir mungilnya digigit. Sakinah tak mampu untuk membalas. Sekujur tubuhnya masih gamam dalam pegangan tangan sasa Rafiq. Pinggangnya ditaut erat. Ahh, baru dia sedar! Keadaan mereka berdua begitu dekat. Rapat sehingga dia mampu merasa dada suaminya berombak-ombak menghela nafas. Bergetar kepala lututnya. Dulang yang ditatang juga tidak keruan. Bila-bila masa boleh jatuh menimpa lantai bumi. 
“ Er, boleh tak.. abang lepaskan Kinah? ” pintanya dengan suara yang terketar-ketar. Gugup.
“ Sebelum tu abang nak tanya, Kinah marah ke pada abang? Please let me know if you’re not satisfied, ” Rafiq menuntut. Tidak betah jika Sakinah menyimpan rasa terkilan dan kecewa terhadapnya. Silap perhitungan mungkin ini adalah cupcake terakhir yang dapat dijamah olehnya.

“ Tak. Kinah tak marah. So, abang dah boleh lepaskan Kinah sekarang.” Jawabnya lekas. Ingin segera tautan Rafiq terlerai. Kalau diberi kuasa Sakinah mahu kuasa halimunan wujud dalam dirinya saat ini. Pasti akan dilenyapkan diri dari situasi yang melemaskannya kala ini.
“ Betul tak marah? So, Kinah percaya tak cakap abang, cupcake yang  Kinah buat lagi sedap dari umi punya.”
“ Tak baik bandingkan cupcake umi dengan Kinah punya. Nanti kalau umi dengar tentu dia kecil hati. Tak elok tau.” Selar Sakinah.
“ Okey, abang takkan bandingkan lagi. Hurm, Kinah percaya pada abang, kan? ” Sakinah mengangguk. Rafiq melepaskan sesak nafas yang tersekat. Tidak betah jika Sakinah berterusan sedih kerana ulahnya.
“ Er, sekarang abang dah boleh lepaskan Kinah..” desis Sakinah lembut. Dia terlalu malu sebenarnya.
“ Oh, okey..” terus Rafiq melepaskan pinggang ramping itu. “ Tapi please jangan merajuk lagi? ” sempat dia membisik.
“ Hurm..” Sakinah menapak laju ke refrigerator. Kebas kakinya lama-lama di samping jejaka itu. Lantunan jantungnya semakin tidak ketentuan.

“ And please jangan cerita dekat umi yang abang kata cupcake Kinah lagi sedap tau? Nanti umi merajuk pulak pada abang. Susah tau nak pujuk kalau umi dah merajuk.” Rafiq berpesan dengan lembut. Kedengaran manja di telinga Sakinah.
Sakinah tersenyum. “ Jangan risau ini akan jadi rahsia kita bersama.” Balasnya.
“  Hurm, I like it. Sounds very catchy and to your cupcake I love it. Very sweet macam tuan cupcake tu.” Pujinya lagi.
“ Owhh, patutlah abang tak suka cupcake tu. Manis sangat ke? ” sangkalnya dengan lagak bendul. Rafiq tergelak kecil. Pantas dipiat hidung isterinya.
“ Cupcake tu sedap tapi gara-gara kemanisan Kinah dah terserap masuk dalam kek tu menyebabkan cupcake tu terlebih manis. Lain kali kalau nak buat kek tak payah tambah gula cukup sekadar secubit rasa sebab air tangan Kinah dah cukup manis untuk melazatkan setiap acuan kek yang diadun.”
Gulp! Sakinah tersedak air liur di tekak hikmatnya. Kata-kata Rafiq menelangkupkan jiwanya. Betul-betul boleh membuatkan tubuhnya melayang dibawa angin lalu. Terawang-awang dipukul ribut buatan Rafiq. Kenapa cute sangat ayat laki aku hari ni?  Asal tiba-tiba mulut dia jadi manis semacam? Kalau hari-hari macam ni boleh menggeletar tempurung lutut aku nanti. Tersilap langkah boleh tercabut kepala lutut tau! Sakinah mengerutu.

“ Eh, nak buat apa simpan cupcake tu? Tak nak bagi abang jamah lagi? ” mulut Rafiq muncung ke depan. Lagaknya manja dan mengada-ngada. Sakinah terkebil-kebil. Tak terkelip-kelip matanya.
“ Abang nak lagi ke? Oh, Kinah ingat abang dah tak mahu. Sorry,” Sakinah mengeluarkan semula kek-kek cawan yang disimpan.
“ Mestilah abang mahu. Tuan cupcake tu lagilah abang mahu.” Balas Rafiq bersahaja. Usikan yang lahir ikhlas dari segumpal hati.
‘ Ya, Allah..’ Sakinah menggenggam erat dulang cupcake. Menahan tubuhnya daripada rebah.

Comments

Shiqin Sunshine said…
huhu, nice one..=) hehe gudluck fya ~,~
nadira shahid said…
terasa nak buat cupcake sekarang ^.^
btw, nice teaser (:
aishah zawani said…
comel ayat2 tu. <3
Anonymous said…
laaa., nk smbgn dy lagi.. kejap nyee . panjang kan la sket babak2 sweet ue. hehehe
Unknown said…
@Norashiqin Kamaruzaman : thanks BL :)
Unknown said…
@nadira shahid : haa. cepat buatt. bahan ade tak ? HAHA :P
Unknown said…
@ai shah zawani : da suda akadnya, ape pun bole kann ^^,
Unknown said…
@Anonymous : alolo awakkk. ade blog khas kt tepi tu lhaa :)


http://novelpelangi.blogspot.com
aneff.marhfiz said…
untunglaaa dah jadik penulis novel dah :D gd luck fya ;)

btw , publish dekat publisher mana ?
Unknown said…
@aneff.marhfiz : ohoho, tkde lah untung sgt. cewah :P hehe. alhamdulillah, dpt kat kaki novel :)
Nurul said…
Comelnyaaaa
@fikri-abd haris said…
akak fya,novel nie best sangat².kakak fikri ade beli tapi kedekot sangat ..hmmm
@fikri-abd haris said…
teringin nk bace tapi hhmmmm..hambar.kak fya,novel nie xleh bace online ke
Unknown said…
kak fya,fikri nk bace online xleh ke?
Unknown said…
nk bce online xleh ke?
Unknown said…
nk bace online x leh ke?