Tarikh Semakan SPM 2011 dan Tips Sambung Belajar Selepas SPM.
assalamualaikum ;
* planning karnival U *
wahh. aku yakin, debaran adik - adik yang menduduki SPM pada tahun lepas, pasti membuak - buak kann ? mana tak nya, result dah nak keluar. fewwit. lepas tu, tak sabar - sabar nak masuk U kann ? sampai kebosanan duduk rumah. HAHA.
eheh. situasi tu, aku sendiri da lalui. so, aku faham bagaimana perasaan tu. kann ? ade paper yang ditarget, ade paper yang hilang confident, ade yang tak jawab lha ape lha. yang pasti, sementara ade masa ni, kita berdoa lha ea. insyaAllah.
korang tahu tak bila tarikhnya keluar result SPM 2011 tu ? yeah. mengikut pendapat dan sumber yang bole dipercayai, result SPM 2011 akan keluar pada 22 MAC 2012. dan ada jugak sumber mengatakan result SPM 2011 akan keluar selepas 15 MAC 2012 dan sebelum 25 MAC 2012. ape pun, bersama lha kita menanti debarannya kann ^^,
nak semak result SPM 2011 ? klik SINI
--------------------------------------------------------------------------------
yeah. sambil tu, aku nak bagi beberapa tips lha untuk sambung belajar. aku just bole cakap, andai kata apa sahaja result yang dapat, terima dengan reda. sesungguhnya, Allah da beri yang terbaik untuk hambaNya. jangan pernah rasa menyesal dalam menuntut ilmu ni.
baiklah. kalau bab nak sambung mana pulak, tips aku, apply lha ikut minat kann. sebab, nanti kita jugak nak usung sampai abes. then, ukur baju di badan sendiri. jangan sombong. jangan rasa pandai. apply je semua. jangan ego nak buat keputusan and terima takdir. baiklah. aku nak bagi contoh. katakan lha, korang punya result biasa - biasa. and then, takde rezeki. tak dapat nak overseas, U, maktab and mane - mane. tapi, dapat sambung Matrikulasi. just go ahead ! amboi. mentang - mentang Matrik tu belum confirm U, tak semestinya dalam tu semuanya tak pandai. dari dok rumah, takde buat ape. dok rosakkan anak dara orang ke. at least, belajar. tu aku cakap, jangan sombong !
eh, jangan ingat budak STPM, STAM pun tak bole skor tau. and jangan sesekali pandang rendah. sesetengah golongan STPM, STAM ni, da ade perancangan sendiri. diorang nak sambung ape and ke mana. sebab tu diorang still di alam persekolahan pada usia sedemikian.
just aku nak ketengahkan, jangan terlalu bangga. and jangan pulak terlalu humble. jangan jugak pandang rendah kepada golongan lain. sesungguhnya, kita semua sama. tetap hamba Allah yang nyata. sertakan juga usaha, doa dan tawakal. insyaAllah. Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana. wallahualam.
; nanti nak buat tips STAM and STPM pulak lah ^^,
Comments
memg berdebo2 giler dok tggu result..
hehe..
doakn tok sy yer?? hope dpt result yg fuhh meletopp.. aminn :)