Kempen Jom Menangis Sedunia ! - Fakta Unik Air Mata dan Menangis
kempen jom menangis sedunia datang lagi ! ngeee ~ setiap antara kita pasti pernah mengalirkan air mata dalam seumur hidup. hari pertama kita melihat dunia pun telah membuat air mata kita mengalir. alhamdulillah. namun, ape sebenarnya maksud air mata ini ? air mata adalah salah satu cara kita mengekspreskan emosi. tidak semestinya hanya sedih sahaja. malah, ketika gembira pun mampu membuat tangisan kita mengalir. secara umumnya, jelas wanita lebih mudah untuk mengalirkan air mata. ini adalah disebabkan memang fitrah manusia yang bernama perempuan lebih gemar bermain dengan emosi berbanding dengan lelaki. namun sedemikian, masih ade lelaki yang akan menangis walaupun tak bermain dengan emosi. eh, macam mane plak tu ? sebenarnya, air mata bukan hanya terhasil disebabkan emosi sahaja. malah, ia akan terhasil tatkala kita menguap. *orang johor cakap, sangap. haaa. time air mata terhasil ini juga membantu mata dibersihkan serta mengurangkan kegatalan kat mata tu