Posts

Showing posts from October, 2011

Novel : Kontrak Janji Setia Antara Kita | Episod : 3

Image
salam setia ; hari ini hari khamis ! hari novel ni Sangat Setia of Fya Pelangi  !! alhamdulillah, setakat ni, novel ni sangat menggalakkan. maka, adalah rugi yang amat jika anda melepaskan peluang untuk meneruskan episod. " saya terlepas episod sebelumnya ! " ouh. tak mengapa, ade link  sini  untuk mendapatkannya. DAN ! ANDA ADALAH DILARANG KERAS UNTUK MENGOPY CATS NOVEL KAWAN FYA NI , oke ? peliss. hargai lha karya orang lain ! 4 Ketukan pada pintu bilik menyedarkan Sakinah dari khayalannya. Sakinah menapak ke pintu lalu membuka kunci yang diselitnya. Wajah Datin Noraini dan ibunya tersembul. Datin Noraini mengukir senyuman manis. Sakinah membalas. Ibunya pula memandang dengan senyuman kecil. “ Mari,” tangan Sakinah ditarik. Datin Noraini mendudukkan Sakinah di birai katil. Dia turut mengambil tempat di sebelah kanan Sakinah manakala Puan Syamila di sebelah kiri anaknya. Datin Noraini segera mencapai tangan Sakinah.             “ Keluarga umi datang nak pinang Kinah.”

Novel : Kontrak Janji Setia Antara Kita | Episod : 2

Image
salam setia ; * mahu episod sebelumnya ? sila klik Novel : Kontrak Janji Setia Antara Kita di page atas. atau di  SINI . terima kasih :) by :  Mahal Kita 2 “ Woi, apahal moody semacam ni ? Aku ajak kau ke sini untuk hilangkan rasa tension dalam kepala otak kau tu tapi alih-alih aku pulak yang tension tengok kau macam ni. Apahal? ” Tanya Rudi setelah mengambil tempat  di bar lalu duduk bersebelahan Rafiq. Sementara perempuan cantik dan seksi yang dikeleknya tadi masih setia berdiri manja di sisinya sambil mengusap dan mengelus wajah dan lehernya. Dia tersengih pada Rafiq.             Rudi mengangkat jari telunjuk memesan minuman kepada seorang lelaki yang bertugas sebagai pelayan bar. Tidak perlu dia bersusah-susah menyebut pesanan minuman yang perlu dihidangkan kerana pelayan bar itu cukup mengenalinya.             “ So, apahal yang buat kau runsing sangat ni? “ Soal Rudi lagi apabila melihat Rafiq masih diam membisu. Minuman koktel diletakkan dihadapannya oleh pelayan bar.      

RAHSIA SURAH AL - KAUTHAR

Image
salam setia ; Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah

Segmen : Aku Mahu Readers Setia !

Image
salam setia ; * ini sticky post. untuk entry lebih fresh, scroll bawah sikit ehh :) * segmen kali ketiga anjuran fya pelangi :) korang teringin tak nak ada readers yang setia di blog korang, selalu bukak blog korang, komen and segala bagai ? yeah ! berdiri tegak fya di sini ingin membantu kalian meningkatkan trafik di blog anda. cara nya ? 1 ) follow blog  fya   kalau rasa nak. terserah :) dan like fan page fya  kalau sudi :) 2 ) buat tajuk entry : Segmen : Aku Mahu Readers Setia serta letakkan banner segmen di entry anda. pastikan banner tersebut di link kan kembali kepada link entry fya ni ehh :) 3 ) letak minima 1 link dan maksima 3 link entry dari blog anda sendiri dalam entry tersebut yang korang rasa terbaik untuk kawan - kawan lain klik, komen. dengan ini, entry yang anda letakkan tadi akan mendapat trafik dalam masa yang sama :) dan bila anda mampu buat sesiapa tertarik, sekaligus akan memfollow blog anda. dah menyelam sambil minum  air, kann ? :) fahamm ? contoh : li

Bila Putus Cinta. . .

Image
salam setia ; huhu. tetiba aku dapat idea ni. kenapa ? err. saje. takde kaitan dengan sesiapa. saje nak share untuk semua :) oke ! bila putus cinta, selalunya, pasti korang akan nampak kesedihan pada perempuan je kann ? yela. perempuan kann hatinya lembut, manja, mudah terasa, dan sebagainya. tapi, mengikut kajian aku lha kann. bila putus cinta, 80% lelaki yang akan lebih merana daripada perempuan ! adakah korang menyedarinya ? bukti ? ouh ! ada. oke. aku pun pernah clash dulu. time aku sekolah dulu. so, depends on pengalaman aku jugak lha kann and orang sekeliling aku.  oke ! bila putus cinta, sang lelaki akan mendapat pengganti sejurus dia putus cinta. dan bila berlakunya perkara itu, mesti korang fikir : " dasar playboy ! baru clash, da ade awek baru ! " tapi, adakah korang tahu sebenarnya, bila sang lelaki bertindak sedemikian adalah bermaksud dia sedang terlalu kecewa dengan teman wanitanya itu, ingin melupakan yang lama dan ingin menunjukkan bahawa dia mampu te