ME When People Say, "Minat Bola Sebab Handsome"

Assalamualaikum dan hai. Post ini merupakan post pertama selepas setahun lebih berkerak. Banyak idea yang tergerak hati. Tapi, kekangan masa maka aku jadi malas. Harap masih ada generasi yang menjadikan blog sebagai bahan bacaan. Kalau tak, sia-sia lah post aku selepas setahun lebih ni.

Baiklah, izinkan aku masuk topik.

Adalah lumrah seseorang itu mempunyai minat, hobi, kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Memang manusia Tuhan jadikan sedemikian rupa. Macam aku, bola sepak merupakan salah satu sukan kegemaran dan sememangnya aku suka akan sukan. Macam kau, mungkin kau suka pergi karaoke.

Getty Image
Pasal bola ni, style aku tengok je mana-mana liga/game yang aku rasa nak tengok. Tak kisah lah liga luar mahupun liga tempatan. Faktor pemilihan biasanya aku akan pilih match yang rare (khusus untuk liga luar) sebab aku memang jenis tak suka sangat kalau sama dengan orang, match panas kalau aku rajin, gamestyle pasukan tersebut, pemain yang aku suka dan sebagainya.

Sumpah frust bila orang cakap (terutamanya lelaki) cakap aku suka mana-mana player sebab handsome semata. Padahal, aku rasa setiap orang ada cara dia meluahkan rasa minat mereka. Andai cara penyampaian seseorang itu mungkin tak dapat diterima oleh akal kita sekalipun, rasanya tak perlulah sesuka hati nak menghakimi sesiapa.

Sebab kau tak sehandsome dia. Haha!

Getty Image
Jadi, dalam post selepas setahun lebih ni aku nak menyeru agar menjadi insan yang menerima apa yang orang lain rasa. Selagi tidak bercanggah agama, tidak melanggar batasan hak asasi manusia dan paling penting tidak menganggu kehidupan kita, rasanya tidak perlu langsung menghakimi bah kan, ambil tahu pun sangat tidak perlu.

Ketahuilah bahawa apa yang ditunjuk pada kita tu adalah apa yang dia tunjukkan sahaja. Sesungguhnya ada perkara disebalik yang kita tidak tahu menahu kisahnya sebab kita bukan yang penting bagi mereka.

Getty Image
Korang pun ada yang terkena ke dengan spesies macam ni? Meh aku ajar taktik macam mana nak atasi. Amalkan konsep PM yakni membawa maksud 'Pergi Mampus'. Kerana spesies sebegini tidak layak untuk dilayan dan patut diabaikan. Teruskan dengan apa yang anda minat dan minatlah dengan sepuas hati dan cara anda yang tersendiri.


Comments