Alhamdulillah, Harini, Allah bagi lagi peluang untuk saya menulis dan terus merencanakan idea untuk tatapan semua. Actually, dah lama nak tulis entry bertajuk ini. Tapi, kerap tertangguh dek urusan lain yang perlu diutamakan.
Ok baiklah. Mungkin apa yang saya nak huraikan ni lebih fokus kepada pelajar universiti/kolej yang sedang belajar. Tetapi, harapnya ia tetap bermanfaat untuk semua :)
1. Tabung
Rata-rata bila dah jadi orang besar ni, rasa macam malas dah nak simpan duit syiling. Betul tak? Kalau dulu masa kecik dulu, dapat 50 sen dah macam dapat RM10 sekarang. Rasa bahagia tak terkata. Bukan apaaa... Sebab simpan duit syiling ni, trase berat sangat dompet tu ke hulu hilir. Nanti bayar, pakai duit kertas jugak. Tak pun, swipe pakai kad je. So, solutionnya ialah TABUNG! Nanti, dapat duit syiling, dari dibuang-buang je duit tu, baik letak dalam tabung. Kutip lah semua syiling yang orang buang tu. Cukup bulan, kasi masuk mesin syiling... Selesai!
2. Menyimpan
Lain sikit konteks menyimpan ni. Mesti ramai akan terfikir, BANK. NO, BUKAN NAK CAKAP PASAL BANK. Tapi nak cakap pasal ASB iaitu Amanah Saham Bumiputra. Mengapa saya lebih sarankan ASB berbanding BANK? Seperti yang kita semua tahu, BANK mempunyai kad ATM nya yang sudah disediakan dan membuatkan kita lebih mudah untuk mengeluarkan duit dan menggunakannya. Berbanding ASB, selain pelaburan dan pulangan dividen yang cukup lumayan setiap tahun, kaedah pengeluarannya yang agak rumit dan leceh akan menyebabkan duit simpanan kita akan lebih 'selamat'.
Namun, terdapat sesetengah pihak yang akan berdebat akan hukum melabur di ASB ini. Bagi saya, saya berpegang pada hujah hukumnya 'harus'. Namun, tidak mengapa. Jika anda berpegang pada hujah 'haram' melabur di ASB, kita masih mempunyai TABUNG HAJI yang menggunakan kaedah dan sistem seakan-akan ASB yang bermaksud, duit simpanan kita akan lebih 'selamat' :)
3. Emas
Beli emas! Simpan emas! Tiada isitilah "Nanti dulu" "Tunggu kejap" "Tak cukup duit lagi". Semua tu, TIADA! Serius sekarang saya dalam keadaan agak menyesal kerana tidak menyimpan emas dengan lebih awal. Sekarang, dengan matawang kita yang agak jatuh menjunam dan keadaannya seperti agak sukar kembali stabil bersama ekonomi kita yang tidak begitu baik menyebabkan harga emas telah menjadi sangat mahal. Bayangkan, kalau dulu saya dah beli sebagai persediaan. Wah. Betapa banyaknya yang saya dah berjimat dan untung dengan hasil menyimpan emas. Dan, anda semua tidak perlu risau. Nilai emas semestinya tidak akan jatuh. Mengikut logik akal pun, emas ialah sumber alam. Dan sumber alam semestinya akan susut, hilang dan habis. Pada ketika itu, sudah semestinya emas akan menjadi harga yang terlalu mahal. Tidak perlu sehingga 10 tahun untuk menunggu harga emas meningkat. Cukup dengan mengkaji harga emas pada bulan lepas... Semestinya meningkat dan terus menaik.
Kat mana nak beli emas? Boleh PM saya, 013 465 6567, Fya. Saya jual emas Power Gold :)
Tujuan saranan ini diberikan adalah sebagai back-up kita pada selepas tamat pengajian. Sementara kita menunggu peluang pekerjaan, setidak-tidaknya kita mempunyai modal untuk membuka perniagaan. Maka, masa juga tidak akan terbuang begitu sahaja.
Bercakap mengenai perniagaan, di samping dengan pelbagai bantuan yang telah kerajaan sediakan, kita juga boleh membina perniagaan melalui sistem yang paling mudah dan popular iaitu ONLINE BUSINESS.
Dan untuk emas, setidak-tidaknya, semasa kita mahu menjualnya nanti pada masa akan datang, kita dapat menjualnya dengan lebih mahal. Bukankah cukup menguntungkan? :)
Nak tips mudah dapat kerja pula?
http://www.fyapelangi.com/2015/06/tips-mudah-dapat-pekerjaan-selepas.html
Comments