Tips Mudah Dapat Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

 
Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat dalam ni. So, macam mana puasa korang setakat ni? Hiks. Kejap je kan. Dah 13 Ramadhan. Nak separuh bulan dah. Terawaih amcam? Solat dengan tiang ke orang? HAHA.
 
Google Image
 
Dalam entry ni, aku nak tegaskanlah dulu ye. Bukan nak berlagak ke ape ke. Cuma sebagai sharing. Mungkin ade kekawan aku sendiri yang tak sedar peluang ni sebab rata-rata dah set 'kerja sekarang susah nak dapat'. So, mostly ramai yang mencuba tapi give up terlalu awal. Okayyy, meh aku share.
 
Alhamdulillah jugak, baru-baru ni aku baru je selesai praktikal. Kalau korang nak tahu kisah tu, boleh tekan SINI . Aku habis praktikal, 12 Jun 2015. Suppose 16 Jun 2015 aku dah start kerja. Tapi aku malas masa tu. Ghase macam tak cukup plak rehat aku. So, aku tangguh sehari jadinya 17 Jun aku start kerja.
 
Alhamdulillah, setakat harini, aku dapat 5 panggilan interview. Baru 2 minggu lebih aku habis praktikal. 2 kat KL. 3 kat area rumah sini je. Present report pun, baru je sudah minggu lepas. Alhamdulillah sangat. Interview ketiga yang aku dapat, itu lah interview first yang aku pergi dan terus dapat.
 
Besar sangat ke kerja aku yang sampai beria aku nak share ni? Tak pun. Biasa je. Sebagai Artist je. Designer.. Takde kaitan dengan certificate pun. Start pun sebagai trainer je dulu sementara 3 bulan ni. Lepas tu, insyaAllah baru dia bagi position tu. Certificate aku, Bach Administartion and Corporate Relation tapi aku kerja sekarang sebagai Artist? Memang. Jauhhhhh gila lari. Habis, macam mana aku apply? Aku main letak je kat resume pasal experiences aku ade blog yang korang baca ni, online business, designer blog website, pernah jadi sidang ridaksi majalah dan sebagainya lah. Semua tu macam kerja sampingan aku je. Plus minat aku yang sangatlah tinggi dalam bidang ni. Alhamdulillah, itu yang dipandang.
 
Google Image
 
1. Jangan terlalu demand gaji
Ye, kau ade degree. So, kau nak starting at least 3k macam tu. Weh, sape nak bagi? Kau fresh graduate, grad pun belum, pengalaman ape takde. Banyak cantik muka kau. Unless kalau kat KL, boleh lah kau nak merasa duit beriban macam tu. Tapi, kalau ikut ratio KL (bandar pesat) dengan tak berapa bandar, same je nilainya.
 
2. Jangan terlalu demand kerja
Yelah. Macam aku cakap tadi... Kau degree, engineer. Takkan nak kerja bahagian admin? Jatuh standard. Erk? Tadi kau jugak cakap kerja susah nak dapat. Lepas tu kau banyak cakap? HA HA HAAAA. Bukan ape, mulalah dari bawah :)
 
Google Image
3. Jangan malas
Beb. Kau nak kerja. Nak duit masuk setiap bulan. Tapi, malas. Alasan kau, sebab takde internet so kau macam tak dapat info untuk kerja kosong, lepas tu penat nak carik dah, lepas tu nak kerja kat situ jugak, lepas tu lepas tu lepas tuuuu... Kena rajin awak kalau nak berjaya. Unless awak tak kisah guna duit parents sampai tua. Jangan bila dah bosan habiskan beras, baru terasa nak apply. Tunggu lah kau anak kau dah ade anak baru nak dapat kerja. Banyak website untuk cari kerja. Antaranya, Job Street, jobsmalaysia, jobs ape ntah lagi. Malah, kat mudah.my pun ade tau.
 
4. Apply awal
Haaaa... Ni aku rasa main point paling penting. Buat masa sekarang ni, dengan pekerjaan pun terhad, gaji pun tak boleh nak demand dah kan. So, apply awal. Kau apply sekarang, bukan dia nak isi sekarang pun. Selalunya company bukak untuk backup jawatan pada masa akan datang. Kerja kosong pun rata-rata aku apply time tengah praktikal. Aku plak praktikal 6 bulan. Mana mahu apply lepas habis, memang habis lah jawatan tu nanti. Macam kerja aku sekarang ni pun, dah lama jugak lah aku apply, baru diorang panggil interview. Ade lah sebulan lebih macam tu kot sebelum aku habis praktikal. Ngam-ngam aku pun baru habis praktikal.
 
Google Image
 
5. Jangan penat mencuba
Di samping jangan demand gaji dan pekerjaan, jangan penat berhenti mencuba jugak tauuu. Mostly kerja kosong sekarang nak yang ade pengalaman sampai 3 tahun. Tapi, masalahnya yang berlambak sekarang budak yang baru lepas grad dengan pelbagai kelulusan. So, takpe lah. Yang mana kau rasa kau boleh, kau try je mintak. Jangan kisah orang sekeliling yang cuba nak jatuhkan kau. Andai itu memang rezeki kau, takkan ke mana :)
 
6. Doa
Last but not least, ini lah dia. Setiap agama ade cara macam mana nak meminta dari Tuhan kita. Bagi yang beragama islam, rajin-rajinkan solat dhuha. Bila kita rajin buat solat dhuha, memang kita akan rasa nikmat rezeki tu. Lebih-lebih dah akhir zaman ni, Allah bayar cash je. Ketenangan pun rezeki tau. Bukan duit dan harta je rezeki. InsyaAllah, akan ade company yang panggil bila kita sertakan dengan doa. Ingat tu.
 
Pssst: Bagi korang yang belum dapat kerja, tapi dah usaha macam-macam dah. Cuma belum rezeki tu. Aku nasihatkan, jangan duduk sesaje. Buat ape yang boleh buat. Berniaga online, jadi promoter ke ape ke. Sambung study pun bagus. Tak semestinya kerja je yang bagus. Duit tu nanti, simpan and kumpul, boleh guna untuk masa akan datang. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah dari takde :)

Comments

cik puan rrai said…
wahh nice info. thanks for sharing :)
Cik Miela said…
Thanks bagi tips yang berguna. Insyallah dua tahun lagi saya grad
Ana Fatihah said…
Wah! Tips berguna. Bakal guna setahun akan dtg kot. Hehe

p/s: Btw, awak ditag untuk join GA.