Gempak: Tottenham Hotspur Bakal Bertandang di Malaysia Mei Ini!



Subang: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur memberi jaminan akan membawa barisan terkuat mereka bagi aksi persahabatan menentang pasukan pilihan Malaysia bagi merebut Piala AIA pada 27 Mei di Stadium Shah Alam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pembangunan Perniagaan Tottenham Hotspur, Aidan Mulally pada sidang media yang turut dihadiri bekas kapten kelab dari London itu Ledley King serta jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh hari ini.

Ini kunjungan pertama Spurs ke Malaysia sejak 1979 selepas menewaskan Selangor 4-0 di Stadium Merdeka.

Kelab kendalian Mauricio Pochettino itu akan terus ke Malaysia sebaik mengharungi perlawanan terakhir EPL pada 24 Mei ini.

Spurs yang kini menduduki tangga keenam liga memiliki beberapa pemain terkenal seperti penyerang England Harry Kane, Andros Townsend, Christian Eriksen dan Erik Lamela.

Sumber: http://pingbusuk.org/v/1367950/spurs-jumpa-harimau-malaya-27-mei.html

Pssst: Waiting for Manchester United... Kehkeh

Comments

Cikgu Norazimah said…
Salam mesra..

Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html