Yang Mana Lebih Baik: Louis van Gaal atau David Moyes

Assalamualaikum;

Post pertama 2015. Sudah berhabuk teratak ini dibuatnya. Wuwuwu.

Baiklah. Kat sini nak review sedikit pasal Manager Manchester United (MU). Setelah Sir Alex Ferguson (SAF) pencen, beliau telah memilih David Moyes (DM) sebagai ganti. Namun, setelah diambil alih DM, beliau hanya mampu meletakkan Manchester United di tangga ke 7 Liga. Secara peribadi, rekod tersebut agak teruk dan mengecewakan. Rata-rata peminat juga agak marah akan sistem taktikal dan pengurusan DM.



Setelah masuk musim baru, MU telah tandatangan kontrak dengan pengurus baru iaitu Louis van Gaal (LVG). Siapa sahajalah yang tidak kenal akan beliau setelah berjaya meletakkan pasukan Belanda di tempat ketiga pada World Cup di Brazil tahun lepas. LVG juga pernah memegang kelab-kelab besar sebelum ini seperti Bayern Munich dan Barcelona serta meletakkan kelab tersebut di tangga teratas.



Secara logik akalnya, memang jelas LVG mungkin agak lebih pengalamannya dalam menguruskan sesebuah pasukan berbanding DM. Namun, sudah setengah musim kali ini, apakah impak yang berjaya LVG lakukan? Setelah berbelanja jumlah yang agak besar, MU hanya mampu ditangga keempat serta diikuti rapat oleh Arsenal di tangga kelima. Adakah itu yang peminat mahukan?

Berbanding DM, beliau tidak berpeluang untuk berbelanja besar seperti LVG. Maknanya, hasil yang mampu LVG lakukan sebenarnya seakan-akan sama dengan DM. Maka, adakah wajar untuk memecat LVG pula?



Baru-baru ini, pemain yang agak 'fresh' dalam dunia Barclays Premier League (BPL) iaitu Radamel Falcao (RF) bejersi 9, dibeli secara 'loan' dengan nilai yang tinggi. Namun hasilnya tidak segempak nilai yang dibeli. Sedangkan, Maouranne Fellaini (MF) juga begitu semasa awal kemasukkan beliau. Juga dibeli dengan nilai yang tinggi. Maka, apakah bezanya LVG dengan semasa zaman pengurusan DM dulu? Tetapi, sekarang MF sangat memberi impak kepada pasukan. Sebagai peminat MU, saya juga berasa sangat kagum dengan MF musim ini.



Bagi saya, tiada yang salah antara mereka berdua. Malah, juga tidak adil jika salah seorang dikatakan hebat. Cuma, secara peribadi, saya agak kagum dengan pendirian LVG. Beliau yang tegas dengan keputusannya, bijak, teratur, berani mengambil risiko adalah sikap yang sangat patut dicontohi. Contoh risiko besar yang diambil beliau adalah mengurus pasukan besar BPL. Padahal, beliau tidak pernah terlibat dalam BPL. Beliau membuat keputusan untuk menjual pemain berusia dan tidak kurang pengalamannya sepeti Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Javier Hernandez. Kemudian, membeli pula pemain muda seperti Luke Shaw, Ander Herrera, Marcos Rojo dan Daley Blind kerana matlamatnya ingin membentuk pasukan muda dan supaya kelab ini utuh dengan lebih lama. Tabik!



Maka, adalah sangat tidak wajar untuk memecat sekali lagi pengurus MU. Lebih baik kita sebagai peminat, berikan sokongan dan masa kepada LVG serta pemain-pemain yang baru memasuki kelab terutamanya si Tigre, RF. Jika kita terus mengecam agak pengurus ditukar lagi, maka sampai ke penghujung pun MU takkan ungguli tangga teratas liga. Kebarangkalian untuk MU berada di tempat pertama liga agak tipis. Namun, setidak-tidaknya MU boleh cuba untuk berada di tangga 4 teratas agar boleh memasuki Liga Juara (UCL) musim depan. Apa yang penting, MU kena menang dan terus menang untuk terus menambahkan 3 mata pada setiap perlawanan.

Walaupun terasa seperti agak simpati dengan nasib DM, namun perjalanan sebagai pengurus patut diteruskan. DM juga telah memegang kelab sebagai pengurus sekarang. Tahniah!


posted from Bloggeroid

Comments