Aku Anak Malaysia

Assalamualaikum ;

Alhamdulillah. Dah boleh update. Selama ni, nak sangat update. Tapi, tu lah. Internet ntah pahape, handset problem kejap. Ni... Dah boleh. Yeayyy ! Haha. Macam bebudak plaksss.

Alhamdulillah jugak. Allah izinkan kita duduk di bawah langitnya yang merdeka. Semuanya kerana Allah. Semoga kita sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan negara kita. Amin...

Cakap pasal Merdeka... Aku ade sedikit rasa kesal dengan anak bangsa yang mungkin terlupa apa erti kemerdekaan sebenarnya. Barubaru ni, aku ade tengok rancangan Melodi. Tengok Zuan interbiu artis kita... Ade sorang tu, tahun ni (2014), tahun ke berapa kali Merdeka pun, boleh silap. Ape ke hal nya ? Diorang tu lah paling orang nampak. Menda basic pun tak lepaih. Haishhh... Paling tabik masa tu pada Shaheizy Sam. Soalan yang Zuan tanya pada beliau, memang agak kena baca buku sejarah lah jugak dan beliau pass semua. Tu sebab gua sukaaa diaaa. Be mine pehlisss. Haha.

Ok lah. Tu, hidup diorang. Yang baik, kita angkut. Yang tak baik, buang dalam sungai. Tapi kan... Sejauh mana kita ni sayangkan Malaysia ? Nak harap Bangla, Indon, memang tak lah. Diorang sayang duit kita je kot. Rasa sayu tengok anakanak siber sekarang. Lagu Jalur Gemilang pun tak tahu macam mana. Apatah lagi lagu Keranamu Malaysia, Sejahtera Malaysia dan sebagainya yang rare tu. Haishhh...

Bukan apa, memang bukan dalam suruhan manamana agama pun kena hafal lagu Merdeka tu. Tapi at least, tunjukkanlah rasa cinta pada negara tu. Ni, lagu pun tak tahu. Apatah lagi nak pegang bendera. Kalau kita tak sayang Malaysia, siapa lagi ? Kan ?

Sekarang zaman dah maju... Semua di hujung jari. Sekali skala, google pasal Tanah Melayu pun, apa salahnya. Bila kita bebetul faham apa maksud sayang Malaysia ni akan rasa macam nak buang sampah pun rasa nak simpan je sebab terlalu sayangkan Malaysia. Haaa gitu.

Pelbagai cara yang boleh kita tunjukkan sebagai rasa cinta pada negara. Maka, tunjukkanlah. Biar negara luar rasa kagum sebab kita boleh sayang begitu hebat pada negara sedangkan negara kita pelbagai kaum, agama dan bangsa. Tak nak ke negara maju macam Jepun tu tabik springgg kat kita. Kan ?

Pape pun, banggalah sebagai Anak Malaysia. Sayang, cinta akan Malaysia :)

Maaf, aku cuma menggunakan bahasa yang mudah difahami kepada golongan yang dituju :)



*gambar Google*
posted from Bloggeroid

Comments