TERKINI ! Abby Abadi Kembali Solo !


KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah. 

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.



Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Mereka bernikah di Selatan Thailand. Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

LAPORAN PENUH : SINI
YA ALLAH. 

bergegar lha arashmu dari hari ke hari. Allahukabar... rasa macam, kenapa lha jadi macam ni ? bukan fokus pada artis je. kepada orang umum pun... ya Allah, terkejut jugak akan berita ini. semoga kita sentiasa dipelihara olehNya. amin... yang mana baik, jadikan pedoman. yang mana tak baik tu, jauhkan... jadikan tauladan kita bersama. inshaAllah.

teringat... time dia mula kahwin dulu, aku publish kat blog aku ni :'(

Comments