Apa Itu Nazar ?


Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.
Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:-
  1. Berpuasa
  2. Mencukur rambut
  3. Sedekah

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.

Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:


( Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana ) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya ), serta mereka takutkan hari ( akhirat ) yang azab seksanya merebak di sana sini.


sumber : WIKIPEDIA

Comments

kalau dah nazar kenalah tunaikan ye tak?
adkdayah said…
dayah pernah bernazar..alhamdulillah dah terlaksana ^^