Posts

Showing posts from December, 2013

Salam Imtihan dan Tips Ringkas Peperiksaan !

Image
apa khabar kawan - kawan ? alahai. sibuknya semua ea. memasing sibuk pulun study erk ? especially to bebudak degree. sekarang memang ngah musim memulun, kannn ? image : google semoga semuanya berjalan lancar dan ape yang kita study tu melekat sampai bebila. in sha Allah. biar buat kerana Allah. usah kerana dekan. okayyy ? barulah ilmu tu kekal sampai bebila. bukan untuk seketika. in sha Allah. TIPS : elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi semasa belajar. tetapi, amalkan pengambilan yang berkhasiat seperti carrot susu kerana ia membantu untuk mencerdaskan otak. pelihara juga hubungan dengan Allah, ibu bapa serta orang sekeliling :) bitaufiq wannajah. salam imtihan untuk semua terutamanya warga Universiti Sains Islam Malaysia :)

Apa Itu Nazar ?

Image
Nazar  ialah  janji  manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini  wajib  ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu  ibadah  untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:- Berpuasa Mencukur rambut Sedekah Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 : Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan  nazar-nazarnya , dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib. Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah