United Perlu Bermula Baik - #IAmUnited #GGMU


Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville (gambar) menegaskan kelab lamanya itu mesti membuat permulaan cemerlang dalam saingan Liga Perdana untuk mengekang cabaran skuad Chelsea yang dikendalikan Jose Mourinho.
Neville yang pernah membuat 600 penampilan dalam semua pertandingan untuk United memberitahu, permulaan yang baik begitu genting memandangkan juara bertahan itu bakal berada dalam keadaan tidak tentu di bawah kendalian pengurus baru, David Moyes.
Gesaan itu dibuat sejak beliau menyaksikan Mourinho kembali membimbing Chelsea di Stamford Bridge dan Neville sedar bukan mudah untuk United mengatasi Blues dengan pengurus Portugal itu sebagai pengurus.

“Sepanjang tempoh 2004 hing­ga 2007, United bermula dengan agak perlahan dan ketika itulah, Mourinho bijak mengambil kesempatan hingga kerap mengecewakan kami,” kata Neville.

Foto
Gary Neville

“Sewaktu bersama United, kami bukan jenis pasukan yang gemar membuat permulaan perlahan tetapi kami masih belum mencapai tahap kemuncak kami daripada September hingga Disember 2004 hingga 2007. Sewaktu Chelsea di bawah Mourinho, kami ketinggalan begitu jauh di belakang mereka dan untuk kembali mencabar bukanlah mudah.


“Perkara paling kritikal adalah untuk memastikan kami terus berada dalam saingan memburu tempat teratas dan kami tidak boleh tercicir begitu jauh di belakang pasukan Mourinho. Mereka mempunyai ketahanan yang sangat kukuh dalam diri pemain mereka yang membolehkan kelab itu menangani tekanan.

“Kami akan melangkah ke dalam keadaan yang kami sendiri tidak tahu kerana kami akan dibimbing pengurus baru. Menjelang musim depan, kami bukan lagi di bawah Sir Alex Ferguson.

“Seperti biasa, pasukan Jose Mourinho juga akan berada pada tahap itu atau berada hampir pada kejuaraan. Bagaimanapun, kami masih lagi memikirkan apa reaksi orang ramai terhadap pengurus baru kami serta bagaimanakah pemain yang baru dibeli dan sebagainya.”

Spekulasi me­ngenai masa depan United semakin memuncak apabila Wayne Rooney dikatakan mahu meninggalkan Red Devils dan pemain itu sudah dihantar pulang dari Bang­kok akibat masalah hamstring.

Neville bagaimanapun percaya, penyerang England itu masih dialu-alukan oleh peminat sekiranya dia mahu terus kekal di Old Trafford pada musim depan.

“Wayne Rooney dan Manchester United saling memerlukan,” katanya.

“Saya sedar hakikat betapa besarnya kelab bola sepak itu dan anda mampu mencapai segala cita-cita anda di situ.

“Wayne mempunyai cita-cita sendiri. Dia menetapkan pendiriannya. Ketika terdapat banyak rasa kurang selesa wujud terhadap Wayne, dia kembali tanpa ­sebarang masalah pada pra-musim dan perkara itu akan terbukti dalam tempoh beberapa minggu lagi.


pssst : pasal MU kannn, laju jeee. HEHE.

SUMBER : SINI


Comments

dayteenlea said…
man united ni hebat ke


hehe