Tak Sanggup Tinggal Kekasih Yang Curang ?


Saya mempunyai kekasih yang baik terhadap saya dan keluarga. Sikapnya membuat keluarga saya menyukainya malah mereka terhutang budi terhadap beberapa perkara baik yang kekasih lakukan.

Hubungan kami pada mulanya baik tetapi tidak disangka dia curang terhadap saya dengan menjalin hubungan dengan rakan sekerjanya. 
Perkara itu sudah dua kali berulang tapi saya tetap bersabar kerana kami pernah terlanjur. Perkara itu terjadi tanpa saya relakan. Kerana budi saya terpaksa korbankan maruah saya.

Apabila saya bertanyakan mengenai perkahwinan, jawapan yang selalu kekasih berikan ialah dia belum bersedia dan tiada duit.

Saya takut untuk memutuskan hubungan ini kerana keterlanjuran itu. Kekasih juga pernah berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Apakah yang patut dilakukan?

SANGAT BUNTU, 
Pahang 


Sering kali gadis yang mengorbankan kesucian kerana termakan budi akan menjerat diri sendiri. Lelaki yang benar-benar mencintai kekasihnya tidak akan berlaku curang.

Realitinya, lelaki yang menodai seorang wanita dan tidak bersedia berkahwin, menunjukkan dia tidak serius dalam perhubungan.

Mengelak daripada berbicara mengenai perkahwinan dan menggunakan alasan kekurangan kewangan adalah perkara biasa bagi lelaki seperti itu.

Adik perlu bersifat tegas dan mencari jalan supaya kekasih bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

Pengetahuan keluarga terhadap sifat baik kekasih adalah bersifat luaran saja. Tiada siapa memberitahu keluarga mengenai kecurangan kekasih.

Adik perlu nyatakan keadaan sebenar mengenai diri kekasih. Mungkin selepas ini keluarga akan lebih memahami dan melihat permasalahan adik dari sudut berbeza.

Penting untuk adik bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Alam perkahwinan adalah satu dunia yang penuh dengan cabaran. Sesiapa pun lelaki yang adik pilih, cabaran alam perkahwinan tetap ada. Cuma, pilihan yang baik boleh mengurangkan risiko alam perkahwinan.

Namun, jika adik masih sayangkan kekasih walaupun tahu kecurangannya, adik perlu berbincang secara jujur dengan kekasih mengapa dia tidak lagi boleh menjadi seorang kekasih yang curang. Ini kerana dalam perhubungan cinta yang suci, kecurangan adalah racun kepada kebahagiaan.


pssst : cerita agak menarik untuk dikongsikan bersama. kepada para - para sakura, jage lha maruah kte ea. kte ni, perempuan. jom muhasabah ! :)

SUMBER : SINI

Comments

Adam Faiz said…
nice sharing ^^v
nadia said…
Perempuan selalunya mudah termakan pjukan lelaki. Kena pandai jg diri.