Kasih Suami : Saya Mahu Pulih Isteri


Sepang: “Saya belum fikir apa-apa persiapan untuk Aidilfitri sebaliknya mahu memulihkannya (isteri) terlebih dulu,” kata Mohd Riduan Abd Razak, 43, suami kepada Nuridayu Aziz, 34, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur pada 22 Jun lalu.
Katanya, ketika ini isterinya belum pulih sepenuhnya dan tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut mengenai kejadian menimpa.
Menurutnya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai juruteknik cari gali di sebuah syarikat petroleum di Qatar bagi memberi tumpuan penuh untuk memulihkan keadaan isterinya itu.
“Saya kena berehat dulu buat sementara waktu sebelum merancang untuk mencari pekerjaan di Malaysia supaya boleh memberi tumpuan kepada isteri dan anak-anak.

Foto
NURIDAYU dan Mohd Riduan disambut Abdul Azeez (kanan) sebaik tiba di KLIA.

“Buat masa ini, dia (isteri) hanya mahu bertemu tiga anak kami iaitu Nor Athirah, 10; Najihah, 7, dan Mohd Hizal Hamzi, 6, yang terpisah sejak 26 hari lalu,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.


pssst : kesiannya. . . namun, tersentuh jugak. sanggup suaminya sampai berhenti kerja demi seorang isteri :)

Comments