#FCBarcelona - Semua Kerana Messi !


Rosario, Argentina: Gerardo Martino percaya cadangan rakan senegara dari Argentina, Lionel Messi antara pendorong utama beliau dilantik secara mengejut sebagai ketua jurulatih baru Barcelona kelmarin.
“Saya tak tahu bagaimana ia berlaku tapi saya yakin ia banyak dipengaruhi ayah Messi serta Messi,” kata Martino yang juga bekas ketua jurulatih Paraguay pada sidang media di Rosario.
“Saya yakin pengurusan kelab ada bertanya pendapat mereka dan mereka akhirnya mencapai keputusan melantik saya sebagai jurulatih,” kata pengendali berusia 50 tahun itu yang berasal dari Rosario seperti Messi.
Martino yang membimbing Newell’s Old Boys ke final kejuaraan Argentina bulan lalu mengaku menanti tawaran baru tapi tidak menjangkakan memperoleh peluang seperti ini.
“Peluang ini hadir secara tiba-tiba dan ia mengejutkan saya,” menurut Martino yang melepaskan jawatan di Newell’s selepas mereka tewas separuh akhir Piala Libertadores dua minggu lalu.
Barcelona mencari jurulatih baru selepas Tito Vilanova terpaksa berundur berikutan masalah kanser yang dialaminya.
“Ini tugas penting untuk saya yang hadir selepas masalah kesihatan dialami Vilanova,” kata Martino.
“Saya berterima kasih kerana mereka memilih saya. Kualiti yang ada pada skuad Barcelona dengan kehadiran Messi adalah sesuatu yang diimpikan setiap jurulatih.
“Saya pasti sokongan terhadap Messi semakin meningkat untuk menjadi pemain lebih baik,” katanya.
Martino yang akan berkunjung ke Barcelona hari ini berharap dapat memikul tanggungjawab berat membimbing salah sebuah kelab terbaik dunia itu. - Reuters

pssst : wa GGMU. so, pape je lhaaa. HAHA.

Comments

husnahazimah said…
hi. singgah blog jom. lovely preloved wear.
http://renyukrenyuk.blogspot.com/2013/07/hanna-preloved-2013.html