ALW Iktiraf Pelawak Tanah Air


Bagi memartabatkan golongan anak seni dalam kalangan pelawak tempatan, Astro Warna selaku saluran lawak popular tanah air mengambil inisiatif me­nganjurkan Anugerah Lawak Warna (ALW) yang akan berlangsung pada 16 Ogos depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Acara berprestij yang julung kali diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada barisan pelawak terkemuka negara itu mempertandingkan sebanyak 15 kategori Anugerah Terbaik. Seramai 35 artis bertanding untuk merebut anugerah dipertandingkan itu seperti Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem), Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV), Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri), Siri TV Komedi Terbaik, Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik dan Rancangan Komedi ­Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri).

Selain itu, turut dipertandingkan kategori Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem), Lakon Layar Komedi Terbaik TV, Skrip Komedi TV Terbaik, Skrip Komedi Filem Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (TV), Pengarah Komedi Terbaik (Filem) dan Anugerah Khas Juri.
Tidak ketinggalan, seba­nyak empat kategori Anugerah Popular turut dipertandingkan iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular. Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedia Radio Popular dan Video Viral Paling Original.


DATUK AC Mizal turut dicalonkan sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.


Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, walau pun dianggap agak terlewat untuk Astro Warna menganjurkan majlis anugerah ini kerana sudah empat tahun beroperasi, tetapi sekarang adalah masa yang tepat.

“Sebagai satu-satunya saluran tunggal mengete­ngahkan pelbagai rancangan lawak untuk hiburan penonton sekali gus memberi ruang kepada barisan pelawak tempatan yang kreatif untuk berkarya, ini adalah masanya untuk memberi pengiktirafan kepada mereka.
“Justeru, bagi memastikan keputusan pemilihan pemenang mampu dibuat secara telus, maka sistem penjurian ditetapkan bagi setiap kategori dilakukan seadilnya tanpa campur tangan dari mana-mana pihak stesen TV. Malah, barisan juri yang dilantik terdiri untuk membuat penilaian kepada calon bertanding terdiri daripada golongan profesional dan berpengalaman dalam bidang lawak jenaka,” katanya dalam sidang media Anugerah Lawak Warna di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pembangunan dan Pengurusan Harta Intelek Astro, Adly Syairi Ramly.

Nizam berkata, sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan pada malam anugerah itu nanti, beliau menganggapnya sebagai perkara normal yang biasa berlaku.

Sehubungan itu, me­ngakui pihaknya menyediakan peruntukan yang agak besar untuk penganjuran majlis berkenaan, Nizam berkata, pemenang dipilih akan menerima trofi berbentuk mentol dan juga wang tunai.

Antara barisan pelawak yang dicalonkan ialah Johan, Yus (Jambu), Zizan Razak, Sabri Yunus, Saiful Apek, Didie Alias, Noorkhiriah, Along Cham dan ramai lagi.

Foto 
SUMBER

pssst : hurm,, nakkk. . . tengok gambor je lha. HAHA.



Comments

Ikhma Maa said…
Dato AC Mizal. dekattt di hatii~
leogurl94 said…
Wah . Okay lah tuh . Bukan senang nak buat org ketawa :)