Posts

Showing posts from July, 2013

#FCBarcelona - Semua Kerana Messi !

Image
Rosario, Argentina: Gerardo Martino percaya cadangan rakan senegara dari Argentina, Lionel Messi antara pendorong utama beliau dilantik secara mengejut sebagai ketua jurulatih baru Barcelona kelmarin. “Saya tak tahu bagaimana ia berlaku tapi saya yakin ia banyak dipengaruhi ayah Messi serta Messi,” kata Martino yang juga bekas ketua jurulatih Paraguay pada sidang media di Rosario. “Saya yakin pengurusan kelab ada bertanya pendapat mereka dan mereka akhirnya mencapai keputusan melantik saya sebagai jurulatih,” kata pengendali berusia 50 tahun itu yang berasal dari Rosario seperti Messi. Martino yang membimbing Newell’s Old Boys ke final kejuaraan Argentina bulan lalu mengaku menanti tawaran baru tapi tidak menjangkakan memperoleh peluang seperti ini. “Peluang ini hadir secara tiba-tiba dan ia mengejutkan saya,” menurut Martino yang melepaskan jawatan di Newell’s selepas mereka tewas separuh akhir Piala Libertadores dua minggu lalu. Barcelona mencari jurulatih baru selepa

TAHUKAH ANDA : Kerajaan Perutukan RM50m Untuk ' Business Online ' ?

Image
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE 1. S: Apakah itu Get Malaysian Business Online? J: Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak. 2. S: Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online? J: Syarat-syarat permohonan: Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita; Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat; Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif; Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M); Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapa

Finalis Anugerah Lawak Warna ( ALW )

Image
KATEGORI TERBAIK 1. FILEM KOMEDI TERBAIK Adnan Sempit 2 Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit Pontianak Vs Orang Minyak Rock oo Istanbul Aku Datang 2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM) Zizan (Hantu Kapcai) Johan (Ponti vs Orang Minyak) Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2) Along (Adnan Sempit 2) Que Haidar (Rock Oo) 3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM) Intan Ladyana (Adnan Sempit 2) Sharifah Amani (Pontianak vs Orang Minyak) Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang) Yana Shamsudin (Wawa Semput) Sharifah Shahira (Pontianak vs Orang Minyak) 4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV) Johan (Super Spontan) Yus Jambu (Karoot Komedia) Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar) Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi) Saiful Apek (Syok : Balik Balik Rempit) 5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV) Susan Lankaster (Keluarga Iskandar) Scha Al Yahya (Jodoh) Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV) Norkhiriah (Mak Sanggup) Sheila Mambo (Kampung Sem

NGERI : Ajal Sebelah Tingkap

Image
Ipoh: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang hanya memakai seluar dalam, ditemui mati tersepit di tingkap dapur sebuah rumah selepas dipercayai gagal memecah masuk kediaman jirannya di Taman Saz, Silibin, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam, suspek ditemui tersepit di tingkap belakang rumah jirannya. Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata, dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang dapurnya. “Sebaik tiba di rumah, saya terdengar jeritan minta tolong dan segera menuju ke arah bunyi itu bagi mengenal pasti apa terjadi. “Sebaik tiba, saya terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap berhampiran dapur dan segera menghubungi polis,” katanya. Menurut Chen, beberapa minit kemudian, polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu, namun mangsa didapati meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sesak nafas akibat tersepit. TINGKAP bahagian

Panggang Mayat Bayi Belasan Hari

Image
Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam. Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter. Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja. Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan. MAYAT bayi yang malang itu. Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu. Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya. Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China. Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema

Abby Abadi Sah Isteri Orang !

Image
alhamdulillah. lepas dapat tahu ashraf muslim bina masjid, lepas tu, dapat tahu abby abadi plak kannn ? kte doakan yang baik - baik sahaja ea. da jodoh kannn :)

Lelaki Berhati Tisu

Image
Mungkin kita akan rasa ‘geli’ dan mungkin juga yang akan mengatakan ia perkara biasa bila bercakap perihal lelaki mudah menangis. Hakikatnya, memang jarang untuk temui lelaki apatah lagi bermuka ganas yang mudah tersentuh. Egolah katakan! Selain dilihat kasar dan tidak romantis, lelaki biasanya dianggap hanya boleh pecahkan masalah mereka dengan kekerasan. Benarkah? Secara luaran, memang tanggapan itu berasas tetapi apabila mengenali mereka dengan lebih mendalam, tak mustahil ada sebahagian perlakuan mereka yang boleh mencuit hati wanita. Contohnya, memang lucu kalau bayangkan lelaki dengan susuk badan tegap dan berurat tetapi menangis apabila menonton drama menyayat hati. Tak salah apabila lelaki menangis, cuma mereka sendiri merasakan ia satu tindakan kurang normal yang tidak akan dilakukan kerana seolah-olah meletakkan mereka setaraf dengan golongan wanita. Namun menangis tak bermakna anda kalah. Ia boleh dijadikan cara untuk luahkan perasaan dan sebagainya. ni gua p