Tips Untuk Belajar


kaifa halukum ? ana bikhair, alhamdulillah. tempoh hari, fya da selesai semester 4 di Universiti Sains Islam Malaysia. settle 9 paper. tahmid ! *da macam PMR -.-" sahabat seperjuangan yang belum habis tu, teruskan berjuang lha ea ! *da abis exam, bole lha cakap gini. HEHE.


1. baca doa, berwuduk.
pape tugas pun, kita beringat lha siket kannn. sape pencipta kita, sape yang akan membantu memudahkan urusan kita, kannn ? so nya, start lha dengan lafaz basmallah paling kurang. wuduk pulak agar dijauhi dengan gangguan yang kurang bagus. seperti takde mood, bosan, malas, mengantuk dan sebagainya.

2. tetapkan target.
target kat sini maksudnya brape banyak yang kita akan habis. oke, contohnya. dari jam 8 pagi until 10 pagi, kita target akan habiskan chapter itu ini. dan pastikan matlamat atau target kita tu, terlaksana supaya takde lha jadual kita yang lain tergendala.

3. niat.
HAHA. niat letak nombor 3. patutnya, nombor 1 kannn ? -.-" arghhh, tak kisah lha. janji, ape yang nak disampaikan tu, tersampai. hiks. *ammmboi. bahasa -.-" niat means, biar niat nak tuntut ilmu kerana Allah, bukan sebab exam. biar lepas exam pun, ilmu yang kita da stadi hard tu, melekat dalam diri. kita buat biar kerana Allah supaya dirahmati, diredhai. baru lha senang nak masuk.

4. jaga adab.
oke. elok da baca doa, wuduk semua. lepas tu, ngah stadi group lha katekan, cakap pasal menda tak elok. ngumpat orang, cakap pasal menda tak senonoh. alahai, di mana adabnya. rsenya lha kannn, bila kita sebut menda macam tu, nak ke ilmu tu masuk ? tak payah tunggu exam lha. tengah tak exam pun, jaga lha adab percakapan. adab di sini tak semestinya mulut sahaja. termasuk lha mata terutamanya. nampak mudah. namun, pelihara lha ia dari memandang perkara yang lagha, sepanjang masa. in sha Allah. oke ?

5. jaga hubungan.
jaga hubungan kita dengan semua makhluk. termasuk lha alam sekitar, haiwan dan sebagainya. lebih - lebih, dengan Allah. banyakkan membaca al - quran, memohon maaf sesama manusia supaya hati lebih tenang untuk menuntut ilmu.

next time, nak buat tips untuk stadi last minute plak. hiks :3

Comments

nur fadhilah said…
thanks for the sharing :D