Kini Giliran Dafi Pula Ditangkap Khalwat



Dafi Jelas Isu Ditangkap Khalwat

3 Jun – Penyanyi dan pelakon popular, Dafi menjelaskan kejadian ditangkap khalwat di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor adalah salah faham apabila dia didakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadinya.
Menurut satu laporan akhbar mingguan semalam, Dafi, 24, yang menjalani penggambaran sebuah drama di sana berkata dia terkejut apabila biliknya diketuk oleh empat orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai pencegah maksiat.
Mereka yang mendakwa mendapat aduan daripada orang awam kemudiannya meminta izin untuk melakukan pemeriksaan, namun gagal menjumpai apa-apa dan memohon maaf sebelum beredar. 

Pelantun lagu "Salahkah Aku" ini menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut dan menjelaskan pembantu peribadinya memang seorang wanita tetapi mereka tidak berkongsi bilik, sebaliknya diletakkan di tingkat hotel yang sama.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri memberitahu kejadian tersebut memberi pengajaran besar buatnya dan turut berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya bukan semuanya begitu.

SUMBER : SINI

Comments