Antara Hostel dan Rumah Sewa ?


hampir seminggu tidak menulis. namun, dengan izin Allah, pada malam ini berkesempatan untuk melontarkan secebis idea yang kian menemani di hati ini. ewahhh ! ayattt ! HEHE.

okay, kali ini duduknya fya di sini adalah untuk membidaskan topik yang bertajuk yang tentera lha ea. HEHE. *jimat dakwat. tak payah tulis banyak kali :P

pada pendapat fya, kedua - duanya ade kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. dan kalau fya berada dalam situasi ini, fya akan memilih untuk tinggal di rumah sewa. sudah pasti :)

google image
first, belajar. bila kita duduk rumah sewa ini, kita akan belajar cara hidup. nak plan ape, nak belanja macam mana, nak arrange rumah, housemate dan sebagainya. sedikit sebanyak sebenarnya dapat mengajar kita erti kehidupan sendiri. so nya, mungkin juga bila sampai masa sebenar untuk kita hidup sendiri, pengalaman pun da ade :) kalau hostel, semua da ade siap. just tinggal bayar dan gerak.

second, peraturan. kita seolah - olah dikawal bila duduk hostel. fya takde lha cakap tak bagus. kalau hidup takde peraturan, macam mana nak hidup kann ? tapi, kadang kala peraturan tu jugak menyusahkan kita. contoh, nak balik awal, pagor tak bukak lagi. nak keluar emergency, pagor da kunci. kalau rumah sewa, haa. ikut suka kamu lha kann ?

third, bole buat income. kalau duduk hostel, boleh masak ? boleh bawak sebarangan barang elektrik ? berbeza dengan rumah sewa kann ? rumah sewa, nak makan pun bole masak sendiri. rase lapor, pergi lha dapur dan masak. then, bole masak - masak, jual - jual untuk tambah side income. kann ? kalau duduk hostel, mampukahhh ? :O

then, faktor jarak. haa. kalau ni, depends on hostel lha kann. tak semua, tapi kebanyakkannya hostel lebih jauh untuk ke kampus berbanding rumah sewa. nak keluar, kena awal. nak balik, letih. kalau rumah sewa, rasenya lebih mudah :)

next, faktor keselesaan. kalau rumah sewa, kita bole pilih sape penghuninya. dengan siapa kita nak duduk. hostel plak, still ade sesetengah tu, da ditetapkan. tapi, kalau silap pilih housemate tu, tanggung lha nasibnya kann. HEHE.

last, perbelanjaan. ni pun depends. tapi, selalunya rumah sewa lebih murah sebenarnya. dengan syarat, kena pandai lha cari rumah sewa tu. kalau cari yang mahal, memang mahal jugak lha kann. kalau macam fya, bila total sewa, makan, minum semua di rumah sewa adalah lebih rendah berbanding yuran yang ditetapkan :)  

last but not least, inilah pendapat saya. anda ? :) 

Comments

Unknown said…
ada baik buruk nye jugak. kalau kaki internet, mmg hostel la yang terbaek. kalau nak belajar berdikari, yes, sudah tentu lah dok umah sewa. :)

kalau kaki internet mcm aku, mmg ak dok hostel la gamaknya. hahaha