Skip to main content
Rahsia Wanita Syurga
ajal maut, di tangan Tuhan. entah esok, lusa malaikat izrail melaksanakan amanahnya kepada kita, kita pun tak tahu. sesungguhnya, ajal adalah antara 4 perkara yang Allah rahsiakan kepada kita.
bercakap tentang ajal, harini ade suatu al kisah benar yang ingin sekali fya kongsikan dengan rakan taulat sekalian. yang mana baik, buruk, ambil jadikan sempadan dan tauladan :)pada suatu hari, tibalah seruan seorang wanita tua menyahut panggilan Illahi. tatkala mayatnya terbujur hendak dikebumikan, mayatnya itu tersenyum manis. dan agak mudah perjalanan untuk mengebumikan si arwah. alahai, alangkah bahagianya jika kita pun begitu. namun, apabila ditanya kepada pewaris, " apakah si arwah baik orangnya ? sangat beriman ketika hidupnya ? ". jawab pewaris, " tidak pasti. arwah hanya biasa orangnya. kadang kala solat, kadang kala tidak. juga tidak seberapa kerap membaca al - quran. untuk kerja rumah pula, arwah seorang yang sangat rajin ". kami buntu. apakah dengan menjadi rajin, boleh mendapat manfaat sedemikian ? tiba - tiba pewaris arwah mengatakan, " sewaktu suaminya masih hidup, arwah langsung tak pernah melawan suaminya. biarpun suaminya herdik, pukul, caci. segala suruhan yang tidak berlanggar syariah, pasti dituruti. arwah hanya taat sehinggalah suaminya meninggal ". di situ, kami terfikir, ya Allah, benarlah firmanMu. sesungguhnya, redha seorang isteri adalah bergantung pada suaminya. syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suaminya. subhanallah. maha suci Allah. sesungguhnya, Allah tidak akan memungkiri janji.
berdasarkan kisah benar di atas, kita boleh ambil manfaat bahawa janji Allah sememangnya pasti. namun sedemikian, solat masih wajib dalam amalan fardhu ain kita. kerana ia adalah rukun islam yang kedua. cuma, redha Allah, sudah pasti hanya Allah yang maha mengetahui. buat yang belum berkahwin, tahukah anda syurga kita di bawah tapak kaki ibu kita ? adakah ibu kita redha dengan kita selama hidupnya ? bagaimana pula dengan kisah kita ? kisah ni sekadar pedoman untuk kita semua untuk kita manfaatkan :)
Comments
jdkan kisah tu untuk panduan kita masa akan dtg..