Setia Menguji Istiqamah

assalamualaikum ;

SETIA tu macam tetap pendirian kita pada sesuatu. tak semestinya hanya dalam percintaan ea ! jiwang bin karat, tak minat i. atau fya lebih suka samakan dengan word istiqamah.
istiqamah yang kita sedia maklum, adalah tetap melakukan. walaupun sikit, nabi lebih suka pabila kita tetap melakukan. susah sebenarnya nak jadi setia ni. tak semudah dengan kata - kata.
setia pada Allah dengan perintah - Nya, setia pada Muhammad s.a.w dengan sunnahnya, juga mahu setia pada seseorang dengan hanya ungkapan, i love you, i miss you  je ? excuse me. kalau dengan tu je korang dah cakap setia, payah - lah. senang sangat percaya dengan kata - kata.

Bagaimana Nak Melahirkan Kesetiaan ?

nak setia, tak susa. tapi, kita je selalu yang menyusahkan. ok. kalau macam dalam agama. setia pada mengaji lepas maghrib. susa ke ? bukan kena baca yassin hari - hari pun, kan ? tak suruh khatam pun. tapi, kenapa kita tak mampu nak setia macam tu hari - hari ? 

sebab hati. hati kita belum sepenuhnya nak setia pada itu. semasa kita nak buat sesuatu perkara, tetapkan hati tu dulu. pastikan, hati tu betul - betul ready. sebab tu, fya cakap setia tu, istiqamah sebenarnya. hati tu, dia mengawal setiap pelakuan kita. tapi, Allah tu maha bijaksana. Allah tetap berikan kita akal untuk berfikir.

ok. tu dalam agama. macam mana kalau dengan pasangan ? rata - rata kita tengok, statistik penceraian * ya Allah. gegar arash Allah ! * sebab tiada kesetiaan pada pasangan. maknanya, semasa akad nikah tu, hati tu belum sepenuhnya bersedia nak dinikahkan. mungkin nikah sebab orang lain pun nikah. atau sebab lain. sebab tu, dia tak mampu untuk setia. setuju tak ?

ok fine. kalau couple pulak, kan ? * huhu. untuk jabatan perkapalan - lah, kan * nape tak setia. senyap - senyap main belakang. orang tanya, ada kapel tak ? dia jawab, takde. aku single. padahal, da berterabur kapelnya keliling pinggang. haa. sama - lah tu. belum bersedia tapi berlagak macho. so, kena ah ada kapel. kan ? kan ? argh ! trend - lah tu. haktuihhh.

google image
kesimpulannya, tetaplah pendirian anda. sebelum melakukan sesuatu,
tanya diri kita terlebih dahulu. 


adakah aku bersedia ?
betul ke apa aku buat ni ? 
apa hukumnya ? 
amalan aku ?
dosa aku ?

istiqamahlah pada setiap perkara yang baik - baik, berfaedah. mudah - mudahan, kita sentiasa dalam keberkatannya, insyaAllah :)

wallahualam
- repost.

Comments

c@pTa!n a!Dz@M said…
okay . pandai hang kaitan semua isu dalam satu entry kan . haha .
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !