Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
2. Kolej Matrikulasi
Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan.\. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh apply UPU lagi di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Anda boleh mengikuti program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, bergantung kepada keputusan SPM anda.
3. Politeknik/Program Teknikal/Latihan.
Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan SPM cuma gaji permulaan lebih sikit. Diploma sama dengan STPM, tapi gaji permulaan lebih sikit.
4. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang diiktiraf MQA (dahulunya LAN).
Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Teknologi Timur ada ditawarkan program diploma UiTM.
5. Tingkatan 6 (STPM/STAM)
Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Tingkatan 6 terbahagi kepada dua iaitu STPM dan STAM. Jika STPM, rata-rata mengetahui bagaimana bentuknya. Untuk STAM pula, subjek yang dipelajari adalah hanya menggunakan bahasa arab kecuali MUET dalam bahasa Inggeis.
Comments