Posts

Showing posts from October, 2015

Tips Persediaan Sebelum Menjadi Penganggur

Image
Alhamdulillah, Harini, Allah bagi lagi peluang untuk saya menulis dan terus merencanakan idea untuk tatapan semua. Actually, dah lama nak tulis entry bertajuk ini. Tapi, kerap tertangguh dek urusan lain yang perlu diutamakan. Ok baiklah. Mungkin apa yang saya nak huraikan ni lebih fokus kepada pelajar universiti/kolej yang sedang belajar. Tetapi, harapnya ia tetap bermanfaat untuk semua :) 1. Tabung Rata-rata bila dah jadi orang besar ni, rasa macam malas dah nak simpan duit syiling. Betul tak? Kalau dulu masa kecik dulu, dapat 50 sen dah macam dapat RM10 sekarang. Rasa bahagia tak terkata. Bukan apaaa... Sebab simpan duit syiling ni, trase berat sangat dompet tu ke hulu hilir. Nanti bayar, pakai duit kertas jugak. Tak pun, swipe pakai kad je. So, solutionnya ialah TABUNG! Nanti, dapat duit syiling, dari dibuang-buang je duit tu, baik letak dalam tabung. Kutip lah semua syiling yang orang buang tu. Cukup bulan, kasi masuk mesin syiling... Selesai!