Posts

Showing posts from January, 2015

Yang Mana Lebih Baik: Louis van Gaal atau David Moyes

Image
Assalamualaikum; Post pertama 2015. Sudah berhabuk teratak ini dibuatnya. Wuwuwu. Baiklah. Kat sini nak review sedikit pasal Manager Manchester United (MU). Setelah Sir Alex Ferguson (SAF) pencen, beliau telah memilih David Moyes (DM) sebagai ganti. Namun, setelah diambil alih DM, beliau hanya mampu meletakkan Manchester United di tangga ke 7 Liga. Secara peribadi, rekod tersebut agak teruk dan mengecewakan. Rata-rata peminat juga agak marah akan sistem taktikal dan pengurusan DM. Setelah masuk musim baru, MU telah tandatangan kontrak dengan pengurus baru iaitu Louis van Gaal (LVG). Siapa sahajalah yang tidak kenal akan beliau setelah berjaya meletakkan pasukan Belanda di tempat ketiga pada World Cup di Brazil tahun lepas. LVG juga pernah memegang kelab-kelab besar sebelum ini seperti Bayern Munich dan Barcelona serta meletakkan kelab tersebut di tangga teratas. Secara logik akalnya, memang jelas LVG mungkin agak lebih pengalamannya dalam menguruskan sesebuah pasukan berban