Trending: Aplikasi Semakan Harga Sebelum dan Selepas GST
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia; Seperti yang kita tahu, Malaysia akan menggunakan sistem cukai Government Services Tax (GST) pada 1 April ini bagi menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST. Maka, adakah kita sudah bersedia? Pengguna rata-ratanya panik akan perubahan sistem cukai tersebut. Malah, tanpa usul periksa, pengguna berbelanja lebih dari yang sepatutnya gara-gara GST. Bagi saya, adalah lebih bagus seandainya kita bijak mengatasi masalah ini. Selain dari memeriksa dan mengkaji harga barang sebelum dan selepas secara manual, pihak kerajaan sendiri telah menyediakan aplikasi bagi membantu kita semua. Secara jujurnya, daripada kita memekak tak tentu hala, bercakap kosong marahkan itu ini, adalah lebih wajar kita sendiri yang bersedia menghadapi segala perkara kebarangkalian yang mungkin/pasti kita tempuhi. Betul tak? So, install lah, MyKira. Selamat mencuba :) posted from Bloggeroid