Tips Upload Gambar di Instagram


*promot lah kejap*

Rata-rata pengguna laman sesawang Instagram sangat menggemari akan gambar. Tak kisah lah gambar ape pun. Ade yang suka update muka sendiri hari-hari (muak aku), suka upload gambar environment, kenangan dan sebagainya. Tapi, lantaklah kan. Instagram korang, kisah plak aku. Wakaka.

Tetapi, dalam masa yang sama, para pengguna laman sesawang ini mesti lah nak ade segelintir instead of segerombolan followers, likers supaya takde lah nampak forever alone sangat kot dalam akaun sendiri tu. Ye dak? Lelebih yang dah berabad buat... Tapi, still takde orang nak like, follow. Macam kesian lah, kan? Lulz.

Instagram user pun bukanlah semuanya peribadi. Ade jugak yang buat bisnes. Lelebih yang bisnes tu, lagilah kena pastikan masa dan caption segala bagai tu, memang kena dengan situasi. Baru lah market free menggunung. Moh lah kita ke tips tersebut.


1. Caption
Tolonglahhh... Jangan berjela. Hello, this is Instagram. Upload gambar. Bukannya nak baca karangan kauuu. Kalau aku lah, serius aku scroll je. Nak like tu, tengok mood. Lagi bahaya kalau orang dah aim kau suka buat karangan, lepas-lepas tu bila kau tak buat esei pun, dia main scroll je. Lagi kesian. Nak buat karangan, bukan Instagram derrr. You should go to Blogger ataupun hanya di Dewan Peperiksaan. Lulz.

2. Hashtag
Haaa... Hashtagnya, biarlah kena pada situasi. Sebab, kalau orang tekan hashtag kau, so macam boleh sedut lah gambar kau kat ruang hashtag tersebut. TAPI, janganlah sebab kau nak banyak likers, kau upload muka kau yang muncung kambing tu, kau letak hashtag #MH370. Memang cari maut.

3. Kualiti
Of course lah, kualiti gambar. Kalau rasa gambar yang kau tangkap tu, pecah, kabur, hitam, legam, baik tak payah upload. Better kau cari gambar lelawa siket kat Google tu, then upload. Bukannnya kau paksa mak ayah/balak/bos kau yang sponser handset baru. Lainlah kalau motif kau tu bukan nak likers. Haaa... Kalau macam tu, suka hati kau lah.


4. Rajin
Rajin-rajinlah follow, like gambar orang lain jugak. Kau nak orang follow, like kau... Tapi, kau tak nak buat kat orang. So, sape nak buat kat kau, kan? Rajinkan jugak komen di akaun insta femes dan artis. Supaya bila orang lain nampak komen kau, dia rasa macam nak tekan dan stalk dan like dan dan. Again, biar kena dengan gambar kalau nak serbu pun. Kepada yang masih di zaman baru buat akaun tu, standard lah macam payah siket. Tapi, kalau betul caranya, mesti ade hasil punya lah!

5. Masa
Untuk akaun peribadi, aku tak tahu lah korang kisah ke tak pasal ni. Lelebih yang dah beriban follower. Tapi, untuk akaun bisnes, menda ni lah yang paling penting. Waktu paling best ialah time dah nak maghrib dan area nak tido. Waktu dua ni selalu para remaja (mostly Instagram user akan pegang handset). So, time korang upload, gambar korang keluar dulu. Kan ke bagusss...

6. Followers
Macam aku, aku suka bola. Manchester United. Aku perasan je. Kalau aku upload pasal bola, ManUtd plak tu, mesti tak ramai like. Even aku upload waktu yang aku rasa, pengguna sedang aktif. Tapi, dah aku suka, lantak lah kan. Kalau kau betul nak likers, followers, kau upload lah gambar yang orang suka nak like. Contohnya, muka mancung kau, Kalau kau rasa orang suka, kau upload lah. Gitttew.

7. Akaun
Ni bukan nak cakap pasal akaun semasa mahupun akaun liabiliti jangka panjang. Ni nak cakap pasal akaun Instagram kau. Aku nasihatkan, tak payah lah private. Kalau kau rasa menda yang kau upload tu, privasi, apesal kau upload? Zaman sekarang orang boleh buat macam-macam lah. Orang nak tengok, orang boleh hack. Setakat private, ape menda lah. Ye dak? Since kau dah upload, takde maknanya privasi dah ehhh... Rasa nak privasi, simpan dalam laci. Bukan tayang ke orang.

8. Penutup
Tak payah upload muka sendiri hari-hari. Terutamanya, perempuan. Sama ada tudung labuh, tudung singkat, tudung saji dan sebagainya. Muak ok, muak. Takde cantik mana pun kalau kau dok seronok tayang selalu. Nak like pun naik cemuih.

Dan... Tak perlu upload gambar korang berkepit (couple) dan gambar pasangan (yang belum ade ikatan). Lelebih yang belum nak matang, umur baru brape belas. Allah... Baik upload tazkirah. Dapat pahala free.

By the way, aku ade je orang block aku kat Instagram ni. Sebab musuh sangat dengan aku pasaipaaa ntah! Siap private akaun pulak tu. Lalala~

Comments

The Tukang Taip said…
Nice sharing :)