Bukan Sekadar Diari. . .

assalamualaikum ;

pesanan penulis : idea yang lahir berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. 
kisah juga ini tidak ada kaitan dengan sesiapa antara hidup atau meninggal dunia. 
jika ada, ia hanya satu kebetulan sahaja. hayatilah !


------------------------------------------------------------------------------------







banyak sangat kenangan manis mahupun pahit yang berlaku kepada diriku. yang paling aku tergamam, aku ditawarkan ke Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. sesuatu yang langsung tidak aku jangkakan. jauh difikiran even memang aku ade lha mintak :P meski, tidak aku nafikan bahawa aku pernah berhajat besar untuk menyambung pelajaranku di sini. how can aku same U dengan seseorang yang pernah aku sayang ketika suatu masa dahulu sampai sekarang. kesetiaanku yang langsung tidak bercambah. mungkin, ada pihak yang mengatakan, itu adalah kemanisan. tapi, keperitan adalah buatku. mana tidaknya, meskipun begitu, aku sedang berusaha melupakannya, tetapi Allah tetapkan ia begitu. da setahun kami belajar sama, kami sama fakulti. namun, langsung tidak pernah bertegur sapa. seperti langsung tidak pernah kenal sebelum ini. . .

terima kasih Allah memberikan aku pinjam duniaMu. bagi aku, aku belum terlalu cukup matang untuk dikatakan dewasa. namun, aku tetap bangga menjadi diri aku :) kenapa aku terlalu sayang kau duhulu ? hish. and kenapa aku di sini ? sama dengan kau ? jawapan please. adakah aku patut terus untuk menyayangi engkau ? dan kenapa aku memang sedang menyayangi kau ? :( kita putus pun sebab keadaan yang kita sendiri belajar, dan manfaatkan. semuanya kerana agama Allah. kau tahu, mungkin pada mulanya aku sendiri blur. kenapa kau buat macam tu ? tetiba nak lost contact ? tapi, biiznillah, aku di sini, aku semakin faham kenapa kau berbuat demikian. jujur aku katakan, aku langsung tidak pernah marah kepada kau. . .

banyak perkara yang aku dah cuba lakukan. but, aku masih teringatkan kau even kita tak pernah langsung ikhtiraf istilah ' couple ' dalam hubungan akrab kita even teman lain sangkakan ianya begitu, kita tetap menolaknya kann ? kalau kau nak tahu, aku rindu sangat kat kau. aku rindu sangat nak sembang dengan kau. macam keakraban kita dulu :) tapi, aku pernah terbaca, " adalah paling sweet bila sama - sama saling suka menyukai dan saling mendoakan tatkala sama - sama juga tidak mengetahui bahawa sama - sama sedang melakukan perkara yang sama " :')

10 05 10. sewaktu aku bergegas nak ke orientasi kat Matriks. kau cakap, kau sayang aku. kenapaaa ? aku tergamam tahu tak ? sepanjang kita kenal, aku tak pernah langsung terlintas untuk menyukai engkau. kau sering memburuk - burukkan diri kau. kau cakap kau pendek, hodoh, miskin, jahat, kedekut. hee. pendek kata, memang hena lha di mata manusia. aku pun tak tahu kenapa aku percaya semua apa yang kau cakap dan aku layan je. tapi, seburuk - buruk kau tu, kau 9A 1B 1C SPM rupanya. kau tipu aku, kau cakap, 6A. tapi, aku dah pasang spy. spy aku cakap, kau highest dalam akaun ! cess. agak daaa. konon lha kann. time SPM dulu, asal paper abes je, kau cakap, kau tendang pintu lha, kopakkan pintu loker lha, ape lha. konon nak tunjuk exam tu susah. padahal, grr. tengok result lha kann =..="

kau tahu tak aku bengang ? ni bukan first time kau kencing aku kann, then aku tipu pulak SPM aku. geram. asek kau semendang tipu aku. then, saje aku plak try nak tipu kau. mara gilak kau. HAHA. kau tahu, aku takut sangat hilang kau time tu. menggelabah kot. tapi, aku segan. takde lha aku cakap. time ekspo U kat Stadium haritu, kau cakap, kau tak pergi. mara aku lha, takde kawan lha, takde transport lha. lastnya, aku jumpa kau kat situ. aku sepak kau. time tu, sesak. kau tak sempat nak balas pape. tetiba, kau call, mara aku, aku menangis tahu takk ? padahal, kau mara memain je. jahat lha kau ni. then, kau pujuk aku. ajak pergi JJ nak belanja Big Apple konon. aku tak layan. padan muka ! HAHA. terasa macam cinderella. kau ni baik sebenarnya kann ? angin - angin kau pun, kalau time kau baik, memang kau baik sangat. aku tak nafikan. bila kita keluar, asal ape aku mintak, semua kau bagi. kadang, malam sebelum keluar, aku da order dulu. HAHA. esoknya jumpa, mesti kau bawak. haizz :)

kau ingat tak bila first time aku tengok muka kau ? kau Giant lha. Marrybrown. siyes aku engat kau bohong. yela. kau kann suka tipu aku. HAHA. sebelum tu, kau da menapak depan rumah aku. aku engat, siapa lha kann terjerit - jerit. rupanya, memang kau. kononnya, nak bagi bukti lha yang kau tak tipu aku =..=" ngek lha kau. tu pun aku tercengang. ntah betul ke tak itu kau. tapi, oleh sebab kau ade dengan pijoy, aku percaya lha itu kau. sah - sah pijoy yang bawak kau pergi rumah aku even tak masuk. HAHA. then, bila aku sampai Marrybrown, kau da ade kat situ. tercengang aku tengok kau makan. semangat ! HAHA. kau hulur RM10 suruh aku beli. tapi, aku segan lha mek ! aku amik, aku simpan masuk poket. next, aku duduk kerusi depan kau, aku tengok je kau makan. aku tahu kau segan, tapi, ape aku kesah ? padan muka kau. HAHA. pijoy pun ade. hee. kau ingat ke tak ni ?

lepas tu, hari anugerah sekolah kau. pewwwit ! pelajar terbaik kann. dapat lha naik pentas. jeng jeng jeng. kita jumpa lagi kat Giant kann ? kau lha gedik sangat nak jumpa. at last, aku layan jugak lha kau, aku pergi dengan ain. aku bagi pinjam buku yang kau nak tu. konon, nak improve BI lha. HAHA. then, ade lha surat ehhem dalam tu. hepp. bukan surat cinta lha ngekk. surat yang kau mintak tu lha. tergelak - gelak kau tengok muka ain tu kann ? jahat lha kau ni. kenakan orang je kejanya. ngekk.

hee. kalau citer satu - satu, letih aku nak menaip. tapi, ade lha satu ni. 01 05 10. hari tu, check UPU kann ? kita keluar. hurm,, UO kann ? then, Parade kot. lepas tu, UO balik. kann ? kita main boling. aku belanja. kau merengek macam bebudak. HAHA. ikutkan, aku tak minat boling UO tu. aku prefer JJ punya lagi. tapi, adik aku lha katakann, layan sudaa :P haa. beria kau nak semak UPU aku. senget. check lha diri sendiri punya dulu ! lambat sangat line. tup tup, aku dapat UiTM Arau, Perlis. lepas tu, baru kau check kau punya. aku pernah tau berangan nak same U dengan kau. tapi, aku tahu mustahil sebab kau mintak tamhidi USIM. sedangkan, aku tak mintak langsung. sebelum keluar keputusan UPU kau, kita jalan - jalan. serius. aku rase kita kawan biasa. and tak pernah aku terfikir yang kita akan lebih.

pada hari yang sama. kita pergi solat zohor. handset kau, pada aku. aku lupa nak bagi balik before kita pergi solat tu. sebelum kau bagi, kau ade pesan. jangan tengok draft. kann ? kau ni, bagus kann. da kau cakap jangan, alahh baik benor lha aku nak jangan jugak. HAHA. aku bukak lha wei. tapi, sampai sekarang kau tak tahu. aku baca. tergamam aku. macam - macam luahan kau dalam tu untuk aku. berulang - ulang aku baca kau tahu. kenapa kau tak terus terang je kat aku ? then, kau pun siap solat. aku tercengang. kantoi lha aku. aku memang da spare ayat nak temberang kau yang kenapa aku awal keluar. nasib lha kau percaya. HEHE. lepas tu, aku diam je kann. kau tegur aku, nape aku pelik ? aku gelakkan aje. aku sengih, aku diam. kau je dok membebel sensorang. HAHA. mana tak terpana aku ?


kau tahu, balik tu, aku termenung je. aku macam tak percaya. betul ke ape yang terjadi hari tu ? lepas tu, time kau dalam bas, kau mesej aku. kau cakap, kau dapat tamhidi tu. ya Allah, syukur alhamdulillah. kau dapat ape yang kau nak kann ? lepas tu, aku pun chow ke Matriks. aku masuk awal siket dari kau. beria aku apply diploma. lastnya, aku pergi Matriks. baik aku tak payah mintak UPU =..=" aku ingat lagi, last kita jumpa before aku ke Matriks tu, aku terambil handset kau. hee. aku pun tak perasan how can handset tu ade pada aku. cepat - cepat aku bagi pijoy suruh pulang kat kau balik kann ? sebab, kau ade cakap yang kau memang ade nak datang Ipoh lagi. siap aku letak surat lagi dalam tu. lepas kau baca surat tu yang kau terus luahkan sayang kau tu. haizz :) 


aku sedih sangat bila handset tu kat aku. sebab, malam aku nak berangkat, kau mane ade mesej aku. pergi jenjalan Alor Setar, orang pasal lagu Wali Band. ngan lagu Baik - Baik Sayangnya. arghhh ! tapi, aku terasa sweet sangat sebab kau call aku pakai number rumah kau, public :') kau bagi kata semangat. and sekarang, handset kau tu, ade kat rumah aku. sebenci - benci aku, semarah - marah aku, aku tetap simpan semua. beg, baju, handset, kad, lesen, surat, jam and bla bla bla. da macam couple pulak. padahal, tak pun. adik beradik je. *konon. HAHA. aku tahu, kau mesti dah lupakan semua ni. ntah. 


HAHA. dua kali bhai kau mintak couple. bila aku tanya, kau memain ke serius ni ? kau mesti akan jawab yang kau memain. lepas tu, nak ungkit pasal aku dengan ex aku yang sewel tu. ciss. ade sekali tu, kau mintak time lecture bisnes. nasib nak habis kelas da. tup tup, handset aku bunyi. haa. aku ingat lagi, haritu hari ahad. sebab tu kau kacau aku. yela. aku kann ade kelas hari ahad. aku terus hilang fokus dalam kelas. melayang aku bhaii. aku tak dapat bayangkan kalau aku couple ngan kau. confirm hari - hari aku kena ceramah, tazkirah. pastu, bagi hadith bagai. 


HAHA. last but not least, bermula lha kisah perjalanan kita. . . sehingga kita kat sini. aku sangkakan, kita keluar sama pada 27 07 10 tu lha yang terakhir kita akan bersua. rupanya, aku silap. unexpected, aku masih diizinkan Allah untuk tengok sendiri kau kat sini. aku pernah mintak kepadaNya, agar aku diberi peluang untuk tengok sendiri siapa kau sebenarnya. adakah kau mempermainkan perasaan aku semata - mata, atau sebaliknya. Allah menjawab pertanyaanku dengan tempatkan aku sambung Ijazah bersama - sama dengan kau. aku sendiri tengok. kau tak bercakap dengan perempuan. sepanjang kita belajar sama, sekali je aku pernah tengok kau cakap dengan perempuan. itupun, esaimen yang kita semua budak USIM kena buat. kalau tak, memang tak. kau memang macam aku kenal dulu. dunia kau, hanya kau.

masih mekar dalam ingatanku tatkala aku hadir ke Nilai sehari lebih awal dari hari pendaftaran kita masuk ke USIM. aku sekeluarga berhenti rehat kat highway R & R Tapah. aku jalan dengan ma aku. sekali, kita berselilih. aku dari muka mamai, segar terus aku. lalu, aku toleh belakang, begitu juga kau. ya Allah ! aku da lha ngah cuak cmane aku nak hadap kau kat U nanti time tu. tup tup, mak aihh. awalnya jumpa. start dari haritu, kau mesej aku. tapi, sekejap je aku dapat merasakannya. tu pun, awal sem 1 je. lagipun, memang tak macam dulu. kerja kau, asek lha nak dok buat aku panas. HAHA. tapi, kau nak tahu, kau tak berjaya pun. aku tahu siapa kau. kau memang suka buat orang macam tu. lebih - lebih, aku. kau saje nak buat aku benci kau. ya Allah, kau gagal ! :)

akhirnya, angan aku yang aku rasakan mustahil itu pun tercapai. nak diceritakan semua, tak tidur lha aku malam ni. segala kenangan aku dengan kau, masih segar dalam ingatan aku. tu, jam kita. dari aku hampir nak buang, aku bawak ke sini. silap - silap, aku pakai jugak baju kau bagi tu kat sini. lawak je bila kawan - kawan aku cerita, aku toleh kau, kau pandang tempat lain. bila aku toleh tempat lain, kau tengok aku. kadang, siap senyum lagi. HAHA. deme saje nak kenakan aku kot ehh ? kadang tu plak, kawan - kawan kau kenakan aku depan kau. aku dengar je. tapi, saje aku buat pekak, pandang tempat lain. padan muka. HAHA. ntah. malas aku fikir sangat.

pertemuan kita kat sini menyebabkan ingatan aku semakin mekar pada tautan kenangan. serius aku semakin susah nak lupakan kau. agak - agak kau, kau ingat kat aku lagi tak ? yela. since aku masuk sini, kau tak pernah tegur aku. even dalam lecture, kita duduk dekat sangat. kadang, kau betul - betul depan aku, aku betul - betul belakang kau. time aku training netball, kau ade kat court sebelah main futsal. time aku makan kat cafe, kau ade jugak makan sama kat situ. time kita berselisih kat library, cafe, kita same - same pandang tempat lain. dalam dewan exam, ade rezeki, kita duduk dekat. HEHE. tapi, dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. aku nak sangat kita macam dulu :')

ntah. patutnya, kisah ni da lame mati dalam diri aku. sampaikan, folder mesej aku dengan kau dulu, aku still simpan. mesej kita gaduh pun, aku simpan. mesej kau cakap aku kakak kau sampai bebila pun, aku simpan tau. aku tak tahu nak ungkap macam mana da. aku malas ingat lebih - lebih. pape pun, good luck exam final ni. ahakz ! macam lawak pulak bila same - same wish good luck. kau wish aku, aku wish kau balik. aku rase suprise gila bila kau wish time sem 1. bila sem 2, aku tunggu. tup tup, kau bagi jugak. nampaknya, aku memang akan sentiasa menunggu sampai kita habis sem 8 nanti. HEHE. almaklum, same U lha katekann. eleh. tapi, kau tu pandai. mesti kau dekan lagi sem ni kann ? haritu da dekan da. time kau tamhidi, kau selalu dekan jugak kann ? macam lha aku tak tahu. 

HAHA. aku ingat lagi dulu, time kita baik, kau pernah pesan, kalau kau masuk tamhidi USIM, aku kena terima apa yang bakal berlaku. kau cakap, nanti kau belajar agama. hafal al - quran, hadith. so, besar kemungkinan kau akan tak contact aku da. then, aku jawab, aku terima. asalkan, kau dapat apa yang kau nak. cuma time tu, aku ambil perkara tu sambil lewa. aku tak sangka kau betul - betul maksudkannya. masih jugak aku ingat, lepas kau cakap kau nak lost contact terus dengan aku, kau bagi aku satu pesanan. bahawa, cinta kita hanya untuk - Nya, rindu kita hanya pada nikmat syurga -Nya, taat kita hanya pada perintah - Nya. ya Allah, menitis air mata aku :')

time orientasi haritu, kau cakap, kau ade awek kann ? usaha sungguh kau nak bagi aku sakit hati kann ? awek kau tu, mesti sangat cantik kann ? erk ? tapi, kau nak tahu, sampai sekarang aku tak pernah percaya yang kau ade awek. sebab, aku sangat kenal style kau. kau bukan sebarangan. kalau tak kenal kau cmane, orang takkan bole ngam dengan kau. tu yang sampai semua adik - beradik kau teruja nak berkenalan dengan aku tau tak =..=" tapi, kau tak tahu rasanya, kann ? :) bukan sebab aku yakin kau milik aku. cuma, aku memang sangat mengenali siapa kau. dari kita kenal dari zaman persekolahan dahulu, sampai lha sekarang. even, kita tak pernah sama sekolah sekalipun. see ! akhirnya, kita sama U. even, perkenalan kita hanya satu kebetulan :) yeahh. pijoy ! thanks pijoy ! HAHA.

akhirulkalam, ya Allah, jika benar aku sukar melupakan dia, temukan lha aku pengganti sama seperti dia. namun, jika benar dia jodohku, eratkan lha kami ya Allah. jangan Kau jarakkan kami. meski, mungkin masa itu masih belum mengizinkan untuk kami menyulam perasaan itu lagi. aku setia menunggunya. hanya dia. insyaAllah. aminn :')

Comments

nabila huda said…
hahahaha...sweet..=)nak jugak same u ngn orang yg kite syg..=)
Rohainah said…
bestkan bila bercinta....tapi tak best bila kita di sakiti..~
qinaysf said…
Ya Allah, sweetnya. Tak terkata baca ni, rasa macam nak nangis pulak..
c@pTa!n a!Dz@M said…
no comment . . aku pun sayang kau jugak . cume aku tak mampu nak luahkan kat kau . aku takut kau masih terluke . .
nahu said…
sukee la baca yg ni! beshnye sama U dgn org yg kite syg~~ hehe :)