Hajat Izwan Pilus Tidak Kesampaian.
assalamualaikum ;
Gambar : Google |
MELAKA – Industri tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang artis, Khairil Izman Pilus, 33, ke rahmatullah pada Jumaat lepas berikutan demam kuning dan akibat jangkitan kencing tikus serta kuman dalam darah yang serius.
Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus tidak sempat untuk menunaikan hasrat hatinya iaitu ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang penyiaran.
Ibunya Allahyarham, Normah Abdullah, 54, berkata, anak keduanya itu sebelum ini sedang mencari institusi pengajian tinggi yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran.
Namun Allah lebih menyayanginya dan perancangan dilakukan itu tidak sempat dilaksanakan.
“Itu antara perancangan yang mahu dilakukan arwah, menuntut ilmu pada peringkat lebih tinggi walaupun sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Selain itu, arwah juga ada menyatakan mahu berjaya dalam kerjaya sebagai penyanyi dan pengacara,” katanya
Lebih 500 ahli keluarga, saudara-mara, rakan artis serta peminat sempat menziarahi jenazahnya di rumah keluarganya
Majlis pengebumian bekas pengacara Bintang RTM itu telah dilaksanakan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Nyalas, dekat sini, semalam.
Sementara itu, adik Allahyarham, Khairil Azam Pilus atau Aril berkata, Allahyarham sempat berpesan kepadanya supaya menjaga ibu bapa mereka.
Malah, abangnya itu pernah memarahinya beberapa minggu lalu hanya kerana dia tidak tahu melipat baju.
Sama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar roh Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : SINI
Comments
al fatihah