Santai Sabtu #1 - Muzik
salam setia ;
muzik. yes. first time fya buat entry berkenaan ni sekaligus first time buat entry santai sabtu ni. baiklah. apa yang cuba fya ketengahkan ehh ? adakah sebab keunikan muzik lagu pokok ? ouh tidak untuk kali ini. sekian. korang suka dengar muzik tak ? ada sesetengah, belajar guna muzik, kan ? kat sini, fya nak share tips muzik ni sikit :)
MERANSANG OTAK DENGAN MUZIK
Imam Al - Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama daripada alam semula jadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah kepada hamba - Nya. contohnya camne ehh ? ok, macam alunan ombak, burung berkicauan, titisan air hujan dan sebagainya.
bunyian yang macam tu boleh mendatangkan ketenangan pada minda untuk memudahkan saranan berlaku. saranan akan meransang kedua - dua belah otak menerima pembelajaran. hebatkan ciptaan Allah ni ? :)
MUZIK LEMBUT
Dr. Georgi Lozanov, seorang pakar kajian mengatakan bahawa muzik yang berirama perlahan sekitar 60 bit seminit seperti vivaldi, bach, handel ( pergi download lekas :P ) boleh merangsangkan pembelajaran. wah ! bagus ni !
then, menurut beliau juga, muzik sedemikian boleh menjadi sebahagian proses dalaman pembelajaran yang membawa kepada ketenangan sebelum, ketika dan selepas belajar. yela. kita mesti nak apa yang kita study tu, masuk serap melekat dalam kepala, kan ? tenaga bunyi dari muzik yang perlahan atau deruan ombak juga boleh dimanfaatkan untuk ditukarkan menjadi tenaga untuk belajar. wah ! free je dapat. korang yang pernah cuba teknik muzik ni, mesti pernah alami, kan ? rasa macam ada something kekuatan da masuk. ye dak ? tu tenaga lha tu :)
MUZIK KERAS
haa. ni sape sape yang suka rock and roll tu kan. bunyi deras mengalahkan pesta. adess. bingit gak kadang. tapi, nak wat camne kan ? minat masing - masing :) menurut Dr. Steve Halpern pula berpendapat muzik yang keras atau kasar akan menjejaskan kesihatan. lebih - lebih lagi pembelajaran. amacam. takut tak ? haha.
KESIMPULANNYA
memang ada teknik kan dalam pemilihan muzik ni. yang kita pulak, maen bedal je. nasib lagu pokok tu, lembut je. hehe. tak pun, kalau susa sangat, dengar je asmaul husna hari - hari. disamping, dapat pahala free di bulan ramadhan ni :)
gambar : google
gambar : google
entry panjang ni. ada readers ke ? ade orang nak komen ke ? :/
peace ^.^
Comments
keroro main dengar jek yang mana rasa best :P
(fya... Iejam minat korea sbb drama dia best lagu dia pon best... sbb tu bleh minat)