Posts

Showing posts from February, 2015

Motivasi Kepimpinan: Virus Terapi Diri

Image
Virus adalah sejenis wabak atau jangkitan yang membahayakan sehingga berpontensi membawa maut. Virus sifatnya yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar adalah punca mengapa ia agak sukar diubati. Ada juga yang berpendapat bahawa virus juga seperti bakteria yang mempunyai kategori baik dan jahat. Namun, virus yang ingin dihujahkan dalam penulisan pena motivasi ini adalah lebih cenderung kepada kemahuan dan kehendak diri sendiri yang barangkali negatif bagi sesetengah pihak. Terapi diri bermaksud satu cara yang selesa yang digunakan sebagai rawatan atau servis layanan untuk diri sendiri yang sering disajikan di spa atau pusat kesihatan. Selalunya, terapi diri sebegini juga pastinya berbayar. Maka, apabila digabungkan kedua-dua konsep ini akan menjadi ‘Virus Terapi Diri’ di mana akan membahaskan kemahuan dan kehendak yang barangkali positif atau negatif untuk dijadikan sebagai ganjaran kepada diri sendiri setelah berjaya menyelesaikan sesuatu perkara. Seringkali berlaku d...